Kugan’s Mother: A.G Refuses to prosecute Police Criminal, It’s 8 month now.

SETIAUSAHA SULIT KEPADA
DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG
Istana Negara
Kuala Lumpur.

Tuan,

PER: PENYERAHAN MEMORANDUM KEPADA DYMM YANG DI PERTUAN AGONG

Kami dengan rendah hati merujuk kepada perkara di atas.

Kami bercadang untuk menghantar suatu Memorandam kepada DYMM Yang Dipertuan Agong mengenai kes pembunuhan kejam seorang rakyat bernama Kugan a/l Ananthan pada 20.1.2009 oleh pihak polis.

Dimaklumkan bahawa sehingga hari ini pihak kerajaan dan/atau Peguam Negara dan/atau Ketua Polis Negara gagal mengambil tindakan sewajarnya ke atas pembunuh-pembunuh Kugan a/l Ananthan.

Kami bercadang menyerahkan Memorandum tersebut pada Sabtu 26.9.2009 jam 11 pagi di Istana Negara.

Kami dengan rendah hati memohon supaya perkara ini dapat dibawa ke perhatian DYMM Yang Dipertuan Agong.

Kerjasama pihak tuan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.
HAF

No comments: