Sebuah parti baru yang akan mewakili kaum India, Makkal Sakhti akan dilancarkan secara rasmi penubuhannya pada 10 Oktober ini dan pada masa yang sama buat kali keenam Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) akan mengulangi permintaan untuk menyertai Barisan Nasional (BN).
Selain itu kita juga tidak harus melupakan Parti Progresif India (IPF) yang sebelum ini sememangnya berhasrat untuk menjadi ahli komponen kepada parti pemerintah tersebut. Berdasarkan kepada senario ini dan berikutan perkembangan politik semasa adalah jelas masanya sudah tiba untuk BN mengkaji menambah parti komponen yang mewakili kaum India.
Sama ada hendak diakui atau tidak, MIC kini bukan lagi menjadi taruhan BN bagi meraih sokongan kaum itu. Pencapaian yang merosot dalam pilihan raya umum lalu dan sokongan yang semakin merudum sudah membuktikan era dominasi MIC sudah berada di penghujungnya. MIC tidak lagi digeruni oleh parti pembangkang sebagai parti yang boleh membolot undi masyarakat India.
Sebaliknya dari semasa ke semasa, parti berkenaan semakin ditolak oleh kaum itu, biarpun MIC mendakwa mereka adalah jaguh kaum India.
Kewujudan pertubuhan Hindraf, penubuhan parti Makkal Sakhti, peningkatan jumlah anggota dalam IPF pertambahan keahlian kaum India dalam Parti Progresif Penduduk (PPP) dan terdapat pula sebahagian kecil kaum India memilih Parti Gerakan sebagai wadah perjuangan politik mereka sudah membuktikan bahawa MIC semakin kehilangan pengaruhnya.
Oleh itu, BN tidak boleh lagi selama-lamanya bergantung kepada MIC bagi meraih sokongan kaum India. Perkembangan politik yang berlaku sudah membuktikan bahawa sokongan kaum tersebut kepada BN akan terus merosot jika parti berkenaan hanya bergantung kepada MIC.
BN perlu mencari alternatif bagi menambah atau lebih tepat lagi memulihkan sokongan kaum itu. Seperti mana kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, kerajaan tidak boleh kehilangan pengaruh di kalangan masyarakat India.
Atas alasan itu, maka jika Parti Makkal Sakhti diterima sebagai ahli komponen terbaru dan ditambah pula dengan kehadiran KIMMA yang mewakili kaum India Muslim, maka kekuatan BN akan bertambah.
Tidak usahlah BN terlalu memikirkan apa yang MIC terutama Presidennya, Datuk Seri S.Samy Vellu katakan. Apa yang lebih penting ialah survival politik BN. Akibat kegagalan MIC meraih sokonganlah yang menyebabkan pakatan pembangkang menjadi kuat apabila semakin ramai calon daripada kaum India mencatatkan kejayaan dalam pilihan raya.
Semua itu berlaku kerana orang sudah muak dengan MIC, malah pendirian tegas Samy Vellu untuk terus kekal berkuasa boleh dianggap mampu memberikan liabiliti kepada BN seperti mana dikatakan oleh Dr. Mahathir sebelum ini.
Dalam memperkatakan soal menerima Parti Makkal Sakhti sebagai komponen BN bersama-sama KIMMA, tiada siapa pun perlu gundah gulana, apatah lagi MIC.
Kalau Samy Vellu begitu yakin bahawa sokongan kaum India kepada parti pimpinannya tidak akan berubah, maka kehadiran parti baru itu tidak harus dibimbangkan.
Biarlah Makkal Sakhti berusaha meraih sokongan daripada kaum India bersama-sama MIC kerana itu adalah lebih baik. Tambahan pula kalaulah kaum India menyokong salah satu parti itu, yang akan meraih keuntungan ialah BN.
Pada masa ini, kita harus akui bahawa MIC sedang dilanda pelbagai kemelut, selain permusuhan yang berpanjangan antara bekas Timbalan Presiden, Datuk S.Subramaniam dengan Samy Vellu, ternyata sekali MIC berada di ambang perpecahan. Kalau ia berlanjutan sudah pasti ini akan menjejaskan kekuatan BN.
Justeru adalah lebih baik jika dominasi MIC sebagai satu-satu parti komponen dalam BN mewakili kaum India ditamatkan supaya segala masalah dalamannya yang berlaku tidak menyeret BN bersama-sama.
Mingguan Malaysia
27/09/09

No comments:
Post a Comment