Edmond Bon: Sedition Act ultra vires the constitution

AD2YVR2CAPGTQ2DCAO1PYFECARACH1DCA1H1PIQCAYJZX8ACAT97X2TCAN3OS7KCAUI50X1CA4EK6RPCAZSKLASCA68O7GQCAQ6NG47CA42YS83CAEUV90ECAIF4RBZCALAMOC7CAS3MB72CAN7LN07CAE8R5CL

Obsolete colonial era Sedition Act have been repealed in india and former colonies. Lawyer Edmond Bon submits in K.L. High Court in P. Uthayakumar’s sedition that Sedition Act is ultra vires the Federal Constitution. Proceedings began at 3.15 on 22/12/10 p.m before High Court Judge Dato Ghazah bin Cha.

In a test case Edmond Bon submitted that the High Court had the jurisdiction to declare the Sedition Act is ulta vires the Federal Constitution and that the criminal prosecution against P. Uthayakumar should be stuck out. Especially so the “ethnic cleansing” allegation in P. Uthayakumar’s letter to then British Prime Minister Gordon Brown.

The latest example being the ethnic cleansing of Ladang Bukit Jalil ie the last Indian village in KL is to be demolished and then followed by their Tamil school, Hindu temple and Hindu cemetery. If you do not call this “ethnic cleansing” then what is ethnic cleansing?

But the UMNO Deputy Public Prosecution Noorin Badaruddin the alter ego of the UMNO Attorney General Tan Sri Gani Patail had the cheek to submit that the truth or the (good) intention of saying it does not matter by Malay-sian laws.

It is this way that UMNO has been asserting it’s racism and religious extremism and has succeeded for 53 long years in silencing dissenting voices and in reducing the Indians to the poor state they are in today.

N. Surendran had submitted that there is selective sedition prosecution for example Dato Nasir Sahar, an assistant to the Prime Minister had said the Chinese were involved in the flash trade and the Indians were beggars. The racist remark by the Biro Tatanegara Assistant Director Ibrahim Ali, Home Minister Hishamuddin Tun Hussein etc but they are never prosecuted because they are the Malay muslim racists and supremacists and above the law! (see P. Uthayakumar’s affidavit below).

We do not have very much hope in this High Court UMNO Judge or the Malay-sian Judiciary but irrespective we will appeal to the Court of Appeal and the Federal Court.

Karunai Nithi @ Compassionate Justice

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR

DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA

PERMOHONAN JENAYAH NO. ______________ TAHUN 2010

Dalam Perkara satu Permohonan oleh

UTHAYAKUMAR A/L PONNUSAMY

Dan

Dalam Perkara Mengenai Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Kes Tangkap No. 3-62-548-2007

Dan

Dalam Perkara Seksyen 25 Akta Mahkamah Kehakiman 1964

Dan

Dalam Perkara kuasa-kuasa sedia ada

Mahkamah Tinggi

ANTARA

UTHAYAKUMAR A/L PONNUSAMY ….PEMOHON

DAN

PENDAKWARAYA ….RESPONDEN

AFIDAVIT JAWAPAN DEFENDAN

Saya UTHAYAKUMAR A/L PONNUSAMY (K/P NO: 611107-07-5815) yang beralamat di NO. 10-4-4 Tivoli Villas, Jalan Medang Tanduk, Bukit Bandaraya, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, aadalah seorang Penguambela dan peguamcara, sesungguhnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:-

1. Saya adalah Pemohon disini.

2. Saya memohon kebenaran Mahkamah yang mulia ini untuk merujuk kepada Afidavit Jawapan Melisa binti Mohd Akhir di pihak PendakwaRaya yang telah diikrarkan pada 1/12/10.

3. Pendakwa Raya telah menyatakan yang permohonan saya adalah kabur dan tidak jelas.

4. Sudah gaharu cendana pula sudah tahu bertanya pula adalah jawapan saya. Walaubagaimanapun saya akan huraikan beberapa contoh terbaru tahun 2010 sahaja dalam menyokong permohonan saya ini sebagai contoh “tip of the iceberg” dalam “selective and malicious “prosecution” oleh pihak Pendakwa Raya.

5. Seorang pembantu Perdana Menteri Najib Razak bernama Datuk Nasir Safar telah membuat kenyataan hasutan yang “the Chinese had participated in the flesh trade and that the Indians were beggars” seperti yang telah dilaporkan dalam akhbar The Straits Times bertarikh 4/2/2010 at page A22). Walaupun sudah hampir satu tahun, Datuk Nasir ini telah tidak dituduh oleh Pendakwa Raya di bawah Akta Hasutan walaupun laporan akhbar The Star bertarikh 4/2/10 di mukasurat N2 melaporkan yang 12 laporan polis telah dibuat dan beliau sedang disiasat. Disebaliknya dengan surat aduan saya mengenai penganiayaan masyarakat India yang miskin di Malaysia (yang didakwa adalah hasutan oleh Pendakwa Raya) yang bertarikh 15/11/07 kepada Perdana Menteri Britian Gordon Brown saya telah dituduh dengan begitu “cekap dan pantas” sekali dan dalam tempoh kurang dari satu bulan iaitu pada 13/11/2007. Sesalinan keratan akhbar The Straits Times yang bertarikh 4/12/10 tersebut dan akhbar The Star bertarikh 4/2/10 tersebut dilampirkan bersama disini dan ditandakan sebagai Ekshibit “UK-1”.

6. “Effigy Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng telah dibakar oleh Gabungan Melayu Sedaq seperti yang telah dilaporkan dalam akhbar The Star bertarikh 6/2/2010. Sesalinan akhbar The Star yang bertarikh 6/2/10 tersebut dilampirkan bersama disini sebagai Ekshibit “UK -2”.

7. Penukaran nama Jalan Barat oleh Kerajaan Negeri Selangor kapada nama mendiang pemimpin pembangkang keturunan Indian bernama V. David dibantah oleh satu kumpulan dipercayai tajaan parti pemerintah UMNO/BN dan Norazlan Mohd Shaha Rizam dan Mohd Shahril. Sesalinan laporan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 1/5/2010 di mukasurat 8 yang melaoprkan perkara ini dilampirkan bersama disini dan ditandakan sebagai Ekshibit “UK-3”.

8. Suara Perkasa pimpinan Datuk Ibrahim Ali yang telah melaporkan dalam tajuk utama supaya Timbalan Menteri Dr. Wee Ka Siong ditahan dibawah ISA telah hanya diberi amaran oleh Kementerian Dalam Negeri dan tidak didakwa untuk Hasutan. Dan Datuk Ibrahim Ali ini dan Utusan Malaysia telah menerbitkan satu berita bertajuk “Bangkitlah Melayu” yang berunsur hasutan. Sesalinan akhbar The Star yang betrairkh 6/7/2010 dan Arkib Utusan Malaysia bertarikh 14/4/2009 dimukasurat N6 yang telah melaoprkan perkara ini dilampirkan bersama disini dan secara kolektif ditandakan sebagai Ekshibit “UK-4”.

9. Seramai 50 orang ibu-bapa dan penuntut telah membuat 12 laporan polis terhadap seorang gurubesar keturunan Melayu di sebuah Sekolah Kebangsaan di Johor yang membuat kenyataan perkauman terhadap murid-murid keturunan Cina dan India yang dikatakan adalah penumpang dinegara ini dan murid-murid bukan Melayu balik ke Negara China (dan India). Sesalinan keratan akhbar The Star bertarikh 16/8/2010 dimukasurat N 16 tersebut dilampirkan bersama disini dan ditandakan sebagai Ekshibit “UK-5”.

10. Satu laopran polis oleh sebuah parti politik gabungan kerajaan Barisan Nasional (B.N) iaitu MIC mengenai akaun Facebook yang menggunakan nama Belia Benci Hindraf gugat keamanan telah dibuat tetapi tiada sebarang tindakan dibawah Akta Hasutan dikenakan oleh Pihak Pendakwa Raya. Sesalinan akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh 2/9/10 di mukasurat 32 yang melaporkan perkara ini dilampirkan bersama disini dan ditandakan sebagai Ekshibit “UK -6”.

11. Seorang lagi guru keturunan Melayu dari Bukit Selambau turut menghina pelajar bukan Melayu termasuk melabelkan mereka sebagai “pendatang”, menggesa pelajar kaum Cina supaya “balik ke China” dan membandingkan benang sembahyang yang dipakai pelajar beragama Hindu sebagai pengikat anjing. Walaupun perkara ini sangat serius satu dan satu usul telah dibawa di Parlimen Malaysia oleh bekas Ketua Pembangkang Lim Kit Siang, Pendakwa Raya telah tidak mendakwa guru tersebut. Sesalinan laporan akhbar Sinar Harian yang bertarikh 12/10/10 di muka surat N10 yang melaporkan berita ini dilampirkan bersama disini dan ditandakan sebagai Ekshibit “UK-7”.

12. Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin adalah bertanggungjawab sebagai Menteri Pelajaran dalam penyediaan kertas Sejarah SPM yang mempersoalkan kesan perlaksanaan sekolah Tamil dan Cina dalam polisi pendidikan Negara dan menjadi penghadang kepada perpaduan nasional. Tetapi Dato Mark Koding yang telah menyoal sekolah-sekolah Tamil dan Cina telah didakwa dibawah Akta Hasutan sebelum daripada ini. Sesalinan akhbar The Star yang betraikh 13/10/10 dimukasurat N 41 yang melaoprkan perkara ini dilampirkan bersama disini dan ditandakan sebagai Ekshibit “UK -8”.

13. Penolong Pengarah Biro Tatanegara Hamim Husin telah membuat kenyataan rasis terhadap penduduk bukan Melayu di khayalak ramai. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Menteri Undang-Undang) menjawab dalam Parlimen bahawa satu penyiasatan rapi harus dijalankan sebelum seseorang boleh dituduh di bawah Akta Hasutan dalam menjawab kepada ketiga-tiga kes diatas.Sesalinan laopran akhbar New Straits Times yang bertarikh 9/11/10 di mukasurat 22 yang melaporkan perkara ini dilampirkan bersama disini dan ditandakan sebagai Ekshibit “UK -9”.

14. Tetapi disebaliknya kes saya cuma disiasat untuk lebih kurang tiga minggu sahaja dan saya didakwa dengan begitu “pantas dan cekap” sekali bercanggahan dengan Artikel 8 (Equality before the law and equal protection of the law).

15. DYMM Raja Zarith Sofia Almarhum Sultan Idris Sultanah Negeri Johor telah bertitah yang rakyat tidak harus mengelak dan membangkitkan isu-isu perkauman dan keugamaan dan mengandaikannya sebagai isu sensitive untuk dibincangkan olehkerana jika ianya dielak, isu-isu tersebut tidak akan diselesaikan langsung. “Destructive rhetoric must be met with constructive dialogue, she said in her keynote address at the Voices of Peace, Conscience and Reason Forum here yesterday. Sesalinan akhbar The Star yang bertarikh 17/11/10 di mukasurat N 12 yang melaporkan berita ini dilampirkan bersama disini dan ditandakan sebagai Ekshibit “UK-10”.

16. Presiden MCA iaitu sebuah parti komponen pemerintah B.N Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek telah dilaporkan membuat kenyataan hasutan tetepi telah tidak didakwa oleh Pendakwa Raya. Sesalinan laporan akhbar dari arkib Utusan Malaysia yang bertarikh 4/8/2009 yang melaporkan perkara ini dilampirkan bersama disini sebagai Ekshibit “UK – 11”.

17. Isu Dato’ Seri Hishamussin yang telah saya rujuk dalam Afidavit Sokongan saya yang telah diikrarkan pada 24/11/10 telah dilaporkan “waving the keris at the UMNO Annual General Meeting in 2005 drew applause from UMNO delegates. However Chinese politicians declared themselves unconvinced by Hishammuddin’s explanations, with the Malaysian Chinese Association (a member of the ruling Barisan nasional coalition) Youth Chief, Datuk Seri Liow Tiong Lai saying that “if I hold a Chinese sword at a wushu function, it would be in a different context. It can create uneasiness.

18. Selanjutnya Datuk Seri Hishamuddin ini dalam isu perakan kepala lembu yang menghina masyarakat hindu telah dilaporkan sebagai “Cow Head “debacle Hishammuddin found himself mired in controversy again in 2009 when he came to the defence of a group of demonstrators who were protesting the relocation of a Hindu temple into their housing area. The protest was caught on video by the popular Malaysian news online portal Malaysiakini. The protesters, with a group of about 50, marched a few hundred meters carrying the decapitated head of a cow. The cow is a sacred animal in the Human religion. The demonstration met with nation – wide condemnation from government & opposition politicians, non – government organizations, and the public”.

“Embarrassingly for Hishamuddin, the Malaysian Communication and Multimedia Commission (MCMC), the government multimedia agency, sent a letter to Malaysiakini.com appealing for it to take down both videos. This has been interpreted by some as damage control by the government due to Hishamuddin’s embarrassing press conference”.

Sesalinan laporan ini daripada laman Malaysia Today dilampirkan bersama disini dan ditandakan sebagai Ekshibit “UK – 12”.

19. Tetapi disebaliknya apabila Pengerusi parti DAP, peguam kanan dan Ahli Parlimen Pembangkang bagi Gelugor yang cuma member pandangan undang-undang berkenaan isu ‘rampasan kuasa” kerajaan Negeri Perak oleh kerajaan B.N, beliau telah didakwa atas satu pertuduhan hasutan yang tidak berasas yang lebih kurang sama seperti dalam kes saya tetapi beliau telah dibebaskan dan dilepaskan tanpa pembelaannya dipanggil dalam Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur. Berita ini yang telah disiarkan dalam akhbar The Star bertarikh 12/6/2010 di mukasurat N 24 dilampirkan bersama disini dan ditandakan sebagai Ekshibit “UK -13”.

20. Saya menyatakan bahawa pendakwaan tidak dilakukan ke atas individu-individu diatas kecuali En. Karpal Singh dan saya sendiri kerana mereka adalah daripada parti Pemerintah dan kami adalah di pihak pembangkang . Oleh yang demikian, pendakwaan terhadap saya seperti dalam kertas pertuduhan yang dilampirkan bersama disini dan ditandakan sebagai Ekshibit ‘UK-14” adalah tidak berperlembangaan, dibuat secara selektif adalah satu pendakwaan yang dibuat secara mala-fide dan merupakan penyalahgunaan proses Mahkamah yang mulia ini. Saya sesungguhnya percaya bahawa ini adalah suatu kes wajar bagi Mahkamah yang mulia ini untuk menggunakan bidang kuasa bagi menagguh (stay) atau membatalkan (quash) pertuduhan terhadap saya. Oleh yang demikian, saya memohon untuk suatu Perintah seperti di pohon disini.

Berkenaan dengan Afidavit oleh deponent )

Bernama UTHAYAKUMAR A/L PONNUSAMY )

Diikrarkan pada 2010 )

di Kuala Lumpur )

[Terjemahan tidak diperlukan] )

Di hadapan saya,

…………………………………..

Pesuruhjaya Sumpah

No comments: