Adakah Malaysia ‘dijajah’ lagi?

Pada masa kini, terdapat terlalu ramai pekerja asing yang telah membanjiri negara ini. Apa ertinya perkara sebegini? Adakah ini merupakan satu kuasa penjajah yang baru?

Soalan ini dikemukakan oleh sebab terdapat terlalu ramai pekerja asing yang membanjiri bandaraya Kuala Lumpur terutamanya di kawasan persekitaran Pasar Seni (Central Market) sehingga kawasan ini terutamanya di Lebuh Pudu, Medan Pasar, Jalan Tun H S Lee, Jalan Hang Kasturi dan Jalan Silang merupakan bandaraya Jakarta ataupun Dhaka apalagi pada masa cuti umum ataupun cuti perayaan.

Kebudayaan seni Malaysia telah hilang dan diganti dengan kebudayaan seni pekerja-pekerja asing ini sebab banyak premis perniagaan dan restoran yang dimiliki oleh pekerja asing terdapat disini. Malah kedai-kedai handfon/telekomunikasi dipenuhi oleh para pekerja asing dan terdapat juga suratkhabar (Jawa Pos) dari negara asal mereka yang dijual disini.

Terdapat banyak ‘Remittance Houses’ yang bertugas untuk menyelenggarakan kiriman wang untuk pekerja-pekerja asing ini di kawasan dekat Pasar Seni.

Hakikatnya, bukan sahaja Kuala Lumpur telah ‘ditakluki’ oleh pekerja asing malahan juga tempat-tempat seperti Pasar Borong Selayang, Damansara Damai, Sungai Buloh, Wangsa Permai, Kg. Paya Jaras, Gombak dan banyak lagi bandar-bandar kecil serta kawasan pendalaman di negara ini yang telah ‘dijajah’ oleh pekerja asing.

Adalah tidak salah jika pekerja asing boleh disebut sebagai kuasa penjajah yang baru. Ketibaan mereka secara berpusu-pusu sejak lewat tahun 1990an telah mewujudkan satu keadaan dimana jumlah mereka telah melebihi jumlah rakyat Malaysia di banyak lokasi.

Adakah keadaan ini patut digalakkan?

Jika jawapannnya ialah ‘Ya’ , maka adalah tidak salah untuk mengisytiharkan para pekerja asing sebagai kuasa penjajah asing yang baru.

Dengan kewujudan mereka di tanahair sehingga jumlah mereka boleh diibaratkan sebagai butiran pasir di pantai, maka demografi negara telah berubah sebab pekerja asing yang menetap disini akan beranak-pinak dan mewujudkan generasi mereka yang baru.

Apabila mereka diberi status Bumiputera, ini bermakna bahawa mereka berhak mendapat dan menikmati hak-hak Bumiputera.

Adakah para pekerja asing ini juga dimasukkan dalam golongan Ketuanan Melayu yang diwujudkan oleh Umno?

No comments: