Militan Islam bekas tahanan ISA di Jalan Kebun

By Helen Ang,

Abdul Manaf Kasmuri ialah individu yang membuat laporan polis terhadap Hindraf kerana dia membantah orang India menghadiri forum ABU pada Jan 21 di suatu tempat yang didakwanya “kawasan orang Melayu”.

Abdul Manaf Kasmuri (dalam YouTube dipautkan di bawah) berkata bahawa dia duduk 60 tahun di Jalan Kebun.

Seorang bekas tentera bernama Abdul Manaf Kasmuri pernahditahan di bawah ISA pada tahun 2003. Dia ini mphonline.pngdilahirkan di Jalan Kebun (yang sama).

Operasi ISA tersebut memberkas sebilangan ahli-ahli Jemaah Islamiah (JI) dan Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM). Mereka dituduh pengganas dan militan Islam.

Ketika ditahan, Abdul Manaf bertugas sebagai seorang pengurus Koperasi Belia Islam Malaysia yang didakwa ada kaitan rapat dengan Abim.

Dalam video YouTube itu, Abdul Manaf menyatakan kemarahan dan rasa tidak puas hatinya terhadap orang India yang dibayangkannya sebagai “macam nak test power”. Sebab itulah, katanya, dia telah membuat laporan polis terhadap kumpulan Hindraf bersangkut dengan kekecohan di Dewan MBSA tempoh hari.

Bagi Abdul Manaf, Hindraf yang “buat provoke” kerana berada di kawasan orang Melayu. Abdul Manaf berkata dia tidak kisah jika ianya ahli-ahli PAS atau PKR yang berceramah di kampung itu tetapi orang India tidak boleh.

Orang India dianggapnya sebagai “bangsa asing” dan Abdul Manaf menuntut diberitahu “apa maksud dia datang ke Jalan Kebun”.

Kalau Abdul Manaf Kasmuri yang menuduh Hindraf sebuah “pertubuhan haram” ialah Abdul Manaf Kasmuri yang pernah dikenakan ISA kerana terlibat dengan sama ada pertubuhan JI atau KMM, maka bukankah ini periuk mengata cerek hitam?

Chegubard menceritakan peristiwa malam kejadian (minit 1:02 di YouTube):

“Pada ketika dalam dewan sekitar 50 ke 60 orang yang majoriti orang bukan Melayu, datang sekumpulan budak-budak muda sama menjerit, memaki-hamun orang-orang India khususnya, bawa kayu, bawa belantan, bawa helmet bawa motosikal dalam dewan, menjerit, menghalau orang-orang India.

“Apabila kita bercakap dalam Twitter serangan berikut, dalam Facebook serangan berikut, teman-teman Umno secara sombong menyebut ini kawasan Melayu, ini kawasan Umno, mana boleh India buat program?”

Seorang lagi penceramah Melayu berkata beliau juga berada di Jalan Kebun untuk forum ABU pada malam itu dan telah nyaris-nyaris dilanggar oleh samseng yang menaiki motosikal ke dalam dewan.

Beliau telah mencerita (YouTube minit 20:02):

“Bayangkan kalau kawan-kawan Hindraf ini balas. Katalah seorang aje kawan Hindraf, jangan kata tumbuk, jentik telinga aje, besok keluar apa muka depan suratkhabar? ‘Hindraf rasis’.”

Blogger Mohd Arshad Raji, seorang bekas tentera, mengulas:

“My question is what if it were an Indian guy that started the fracas and the audience were mainly Malays? I am quite sure there will be a riot and the police will be there in droves and in double quick time making the arrest.”

Komen saya pula: Seorang yang mungkin pernah ditahan ISA kerana militan boleh hendak menuduh orang India “buat onar” hanya kerana kehadiran mereka di “kawasan orang Melayu”? Dunia terbalik.

Orang Melayu yang menuduh Hindraf berlaku kurang ajar di Jalan Kebun harus tunjukkan bukti. Sebaliknya bukti sudah ada dalam bentuk rakaman gelagat Mat Rempit pada malam itu. Sah perangai samseng.

Seorang bekas tentera bernama Abdul Manaf Kasmuri pernahditahan di bawah ISA pada tahun 2003. Dia ini dilahirkan di Jalan Kebun (yang sama).

Hj Abdul Manaf bin Kasmuri: (video bermula) Buat pengaduan polis berkenaan dengan lokasi yang dilakukan oleh pihak Hindraf dan kumpulan yang dinamakan Asalkan Bukan Umno, ABU. Jadi kita tak puas hati lah, sebab apa, tindakan itu adalah tindakan yang dia orang buat secara menyalahi undang-undang.

Itu pasal kita orang pihak orang kampung kita marah, kenapa, sebab kita memang tahu Hindraf satu pertubuhan yang haram, tau. Orang yang tidak diiktiraf oleh kerajaan dan mana-mana badan berkanun.

Jadi mengapa dia buat di Jalan Kebun sedangkan Jalan Kebun tak ada seorang pun penduduk India? Ini apa maksud dia datang ke Jalan Kebun, satu.

Yang keduanya, saya tak paham dengan pihak parti macam PAS dengan PKR ini. Apasal dia perlu nak bawa parti, orang, yang tidak ada diiktiraf dengan kerajaan, yang diharamkan oleh kerajaan? Apasal, maksud dia apa? Jadi sekarang menyusahkan orang kampung, kampung yang begitu aman.

Saya ada duduk 60 tahun di Jalan Kebun itu, inilah perkara pertama kali kita nampak seolah-olah parti, apa, pertubuhan haram cuba nak memporak-perandakan keamanan Jalan Kebun. Sebab itulah saya buat laporan polis pada hari ini. Ini ajelah.

Minit 1:42 “Dan saya pun NGO [xyz]” (pita disunting).

KOMEN HELEN: Mengapa pula pita disunting apabila pengadu memberitahu nama NGOnya? Adakah NGO itu Waris Malaya yang dikaitkan serumpun dengan Perkasa dan Pekida?

Minit 1:46 (Abdul Manaf Kasmuri membalas pemberita): Ah siasatlah. Jadi kita rasa tidak puas hati lah, sebab apa, pihak luar cuba untuk menggugat keamanan di Jalan Kebun hah. Begitu wenang-wenangnya buat onar. Dah tu pula salahkan kita pula kata yang didalang lah pihak ialah pihak kerajaan yang, apa ni, Umno yang buat dalang. Jadi benda tak betul lah kan?

Jadi seolah-olahnya kita macam, dia orang ni macam nak test power ke? Jadi tak bolehlah. Sebagai seorang anu kita, selalu yang anu buatkan, parti PAS atau PKR 100 percent dia orang tak apa.

Ini Hindraf. Jadi itulah yang kita kesal tu. Perbuatan tu kita betul-betul kesal. Jadi sekarang tengok. Dah jadi kecoh benda-benda yang mana kita dengar dekat mana, dekat media, dekat YouTube ke, dekat Internet mengatakan kita pihak ahli(minit 2:38 blogger tak dengar – ahli AJK?) sengaja kita Umno nak buat huru-hara kawasan itu jadi tak boleh lah kan. Sebenarnya dia mulakan.

Dia buat provoke. Lokasi yang tidak betul. Dia yang merancang. Kita sebagai rakyat, penduduk Jalan Kebun rasa kecewalah. Selama ini kita tak ada (blogger tak dengar) … kita aman damai. Nah ini dia buat seolah-olah macam kita ini macam kita ini anti rasis ke, kita ini anti bangsa asing – tidak.

Tapi sebab dia ini pertubuhan haram. Apasal dia nak buat di Jalan Kebun? Buat tempat lain buat tempat dia, tak kisah. Itu dia punya masalah. Jadi dia menyalahi undang-undang. Jadi saya buat repot polis supaya undang-undang akan mengajar dia buat cara undang-undang yang betul. Sekian aje. Terima kasih. (Tamat minit 3:20)

*** *** ***

Seorang lagi kononnya penduduk kampung bernama Shaari Basri juga membuat aduan kepada polis.

Transkrip (bermula minit 3:21 di youtube klik youtube

Shaari Basri: Kita orang ini buat repot ni atas alasan pada Hindraf — kumpulan Hindraf yang diharamkan sebab penduduk kampung Jalan Kebun tak mau kehadiran Hindraf tu tak diterima di Jalan Kebun sebab kampung Jalan Kebun solid seratus-peratus orang Melayu. Tak ada India, kenapa harus dia buat function kat Jalan Kebun, provokasi kat Jalan Kebun.

Sebenarnya yang memulakan provokasi ini adalah Hindraf. Dia kibarkan bendera Hindraf. Waktu di dalam keadaan waktu Maghrib. Ah, tujuh setengah tu waktu Maghrib di Jalan Kebun dan di mana-mana juga Jalan Kebun dan di mana-mana juga tu waktu Maghrib tu tak boleh lah dibuat apa pasal sebab di Jalan Kebun ini semua orang Melayu.

Kalau dia nak buat apa-apa, siapa nak dengar kecuali India juga? Padahal India di Jalan Kebun tak ada. Kenapa harus dia buat?

Jadi saya mintalah kepada semua jangan salahkan pihak orang kampung atas sebab provokasi ini. Sebenarnya yang memulakan adalah Hindraf bukan orang Jalan Kebun Jalan Kebun ini kerana marah sebab kita tak boleh, tak menerima akan kehadiran Hindraf ini di Jalan Kebun. Sekian, terima kasih.

No comments: