YB Anwar Ibrahim berkawan dengan Yahudi tak salah, kerana bukan semua Yahudi jahat.

Bila sahaja sebut nama Israel, orang Islam khususnya Melayu akan berbuih di mulut. Apa yang pelik disini adalah mereka yang meradang ini kebanyakan mereka tidak pernah dalam riwayat hidup mereka pernah bertembung dengan orang Yahudi atau Israel. Lebih melucukan disini adalah terdapat kaum bukan Melayu dan bukan Islam di Malaysia yang turut meradang bila disebut nama Yahudi dan Israel. Memang pelik memandangkan Israel terletak 6,000 Km dari bumi Malaysia.

Apa yang paling mengaibkan disini adalah terdapat rakyat Malaysia yang lazimnya penyokong Rejim Syaitan BN/Umno yang akan membisu apabila pengganas-pengganas seperti Hezbollah, Hamas, Al Qaeda dan sebagainya melakukan keganasan terhadap orang Yahudi dan rakyat Israel yang tidak berdosa.

Tak salah YAHUDI juga mempunyai orang yang baik. Adakah AL-QURAN kata jangan kawan dengan manusia? Bukan semua Yahudi itu jahat. Yang jahat adalah yahudi zionis yang rampas tanah Israel. Hingga Rabbi Yahudi sendiri tidak setuju dengan tindakan Israel menubuhkan negara Israel, kerana ini bertentangan dengan akidah yang mereka percayai. Saya cukup marah bila Mahathir serta Umno/BN tuduh sedemikian rupa. Sedarkah Mahathir dan Umno/BN bahawa kerajaan Malaysia ada hubungan perdagangan dgn Israel, bahkan Malaysia adalah rakan dagang Israel yang ke-15. APCO itu apa ceritanya? Bukankah APCO mempunyai kaitan rapat dengan Zionis Israel? Orang kuat APCO adalah bekas pegawai risikan Mossad Israel. Bak kata pepatah, paku dulang paku serpih kata org dia yang lebih. YB Anwar Ibrahim berkawan dengan Yahudi tak salah, kerana bukan semua Yahudi jahat. Yang salah adalah Rejim Syaitan BN/Umno Malaysia berkawan dengan Zionis Israel, Yahudi yang memusuhi Islam & merampas tanah rakyat Palestin! Sendiri mau ingatlah Mahathir dan BN/Umno, siapa yang salah siapa yang benar. Nak bermuka-muka & tunjuk baiklah konon. Depan rakyat tunjuk baik, tapi belakang rakyat bukan main lagi ada hubungan akrab dengan Yahudi Zionis!

Persoalannya, Mengapakah orang Islam khususnya orang Melayu begitu membenci Yahudi dan Israel?

Jawapan: Pertama, penting sekali untuk memahami bahawa bukan semua orang Arab adalah Muslim dan bukan semua Muslim adalah orang Arab. Manakala sebahagian besar orang Arab adalah Muslim, ada ramai orang Arab yang bukan Muslim. Bahkan terdapat lebih ramai orang Muslim bukan berbangsa Arab di Indonesia dan Malaysia daripada orang Muslim berbangsa Arab. Kedua, penting untuk diingat bahawa tidak semua orang Arab membenci orang Yahudi, tidak semua Muslim membenci Yahudi dan tidak semua orang Yahudi membenci orang Arab dan Muslim. Kita harus berhati-hati untuk mengelak diri daripada menyamakan semua orang. Namun secara umum, orang-orang Arab dan Muslim tidak suka dan tidak mempercayai orang Yahudi dan begitu pula sebaliknya.

Jika ada penjelasan Alkitabiah yang jelas untuk keadaan ini, hal itu kembali jauh kepada Abraham. Orang-orang Yahudi merupakan keturunan Ishak, anak Abraham. Orang-orang Arab adalah keturunan Ismail, juga anak Abraham. Dengan Ismail anak kepada seorang hamba perempuan(Kejadian 16:1-16) dan Ishak sebagai anak perjanjian yang akan mewarisi berkat Abraham(Kejadian 21:1-3), jelas akan ada permusuhan di antara kedua-dua anak laki-laki itu. Akibat Ismail mengejek Ishak (Kejadian 21:9), Sarah telah menyuruh Abraham supaya menghantar Hagar dan Ismail pergi (Kejadian 21:11-21). Mungkin ini telah lebih lagi membuatkan Ismail merasa jijik terhadap Ishak. Seorang malaikat bernubuat kepada Hagar bahawa Ismail akan “hidup dalam permusuhan terhadap semua saudara-saudaranya” (Kejadian 16:11-12).

Agama Islam, yang dianuti majoriti orang Arab, telah membuat permusuhan ini lebih mendalam. Dalam Quran, terdapat pertentangan dalam arahan-arahan yang diberikan kepada orang Muslim berhubung orang Yahudi. Di satu bahagian, Quran memerintahkan umat Islam untuk melayan orang-orang Yahudi sebagai saudara dan di bahagian yang lain pula Quran memerintahkan umat Islam untuk menyerang orang Yahudi yang enggan masuk Islam. Al-Quran juga memperkenalkan konflik mengenai yang mana satu di antara anak Abraham merupakan anak perjanjian. Kitab Suci Ibrani mengatakan bahawa anak perjanjian itu adalah Ishak. Quran mengatakan anak itu adalah Ismail. Quran mengatakan Ismail merupakan anak yang hampir dikorbankan oleh Abraham dan bukannya Ishak (bertentangan dengan Kejadian 22). Perdebatan tentang anak yang dijanjikan menyumbang kepada permusuhan sehingga pada hari ini.

Namun, akar kepahitan kuno di antara Ishak dan Ismail tidak menjelaskan semua permusuhan di antara orang Yahudi dan Arab pada hari ini. Bahkan, selama ribuan tahun sejarah Timur Tengah orang Yahudi dan orang Arab hidup dalam keadaan damai dan tidak berminat terhadap satu sama lain. Punca utama permusuhan ini mempunyai asal usul yang moden. Selepas Perang Dunia II, ketika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memberi sebahagian daripada tanah Israel kepada orang Yahudi, tanah itu dihuni terutamanya oleh orang Arab (orang-orang Palestin). Kebanyakan orang Arab membantah dengan keras terhadap pendudukan bangsa Israel. Negara-negara Arab bersatu dan menyerang Israel dengan tujuan mengusir mereka keluar tetapi mereka telah dikalahkan. Sejak itu terdapat permusuhan yang sengit di antara Israel dan jiran-jiran Arabnya. Israel menduduki sebidang tanah kecil dikelilingi oleh negara-negara Arab yang jauh lebih besar seperti Jordan, Syria, Arab Saudi, Iraq dan Mesir. Pada pandangan kami dan secara Alkitabiah, Israel mempunyai hak untuk hidup sebagai bangsa di tanahnya sendiri yang telah diberikan Tuhan kepada keturunan Yakub, cucu Abraham. Pada masa yang sama, kami sangat percaya bahawa Israel perlu mencari perdamaian dan memaparkan rasa hormat terhadap para tetangganya iaitu negara-negara Arab. Mazmur 122:6 berkata , “Berdoalah untuk kesejahteraan Yerusalem: "Biarlah orang-orang yang mencintaimu mendapat sentosa.”

MGM

1 comment:

Unknown said...

dasar cakap keling..