Politik kotor UMNO@BN


Tak ada orang nak bergaduh dan bunuh membunuh lagi kerana tiada apa yang hendak direbut

Pemimpin melagakan rakyat tapi poket mereka penuh manakala rakyat terpaksa bersusah payah bila keadaan negara huru hara....

Pemimpin boleh terbang meninggalkan negara dan menggunakan simpanan mereka diluar negara untuk terus menikmati kemewahan hidup.

Apa yang ada pada rakyat yang terus miskin melarat

Tak payah lah menggunakan sentimen dan retorik konon nya ada pihak yang akan kehilangan hak kerana hak rakyat yang miskin telah lama dinafikan

Orang kaya selalu menggunakan kekayaan mereka menindas simiskin dengan cara halus dan bila tiba masa kuasa mereka mula tercabar bertindak membakar semangat simiskin untuk berdiri dibelakang mereka konon nya demi mempertahankan hak

Yang miskin tanpa mengira bangsa tidak memerlukan pergaduhan dan perbalahan kaum kerana mereka sudah cukup menderita untuk meneruskan kehidupan dibumi yang konon nya bertuah ini

Wahai pemimpin bila kamu sudah kehilangan sokongan rakyat maka akur lah kepada pilihan rakyat dan jangan lah bertindak mengadu dumba sentimen perkauman yang boleh menimbulkan persengkitaan kaum
Cukuplah dengan segala kekayaan negara yang telah kau kaut dan berilah kesempatan pada generasi baru untuk hidup aman di negara tercinta ini.

Sesungguhnya rakyat miskin tidak sanggup menumpahkan darah demi mencapai matlamat pemimpin yang tamak haloba
Ya Allah kapada mu jua lah aku memohon agar diberi rahmat dan kesejahteraan kepada malaysia agar manusia yang tamak haloba ini insaf bahawa islam itu menganjurkan perdamaian dan kesejahteraan kepada semua manusia..

 ..ammmiiin

No comments: