by: Uncleseekers 111
Benar atau tidak terserah kepada orang ramai yang mempersoalkan cerita sebenar dari
Tengku Amran, yang merupakan saudara sepupu tetapi berlainan darah
daging dan mereka pernah tinggal sebumbung dan sama-sama diperlihara
oleh Almarhumah Puan Khatijah Ahmad, bekas isteri ke-empat kepada
Almarhum Raja Yusuf Izuddin Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah yang mangkat pada tahun 1857.
Pada bulan Februari 1984, Sultan Idris Iskandar Shah telah disahkan mangkat. Majlis Dewan Negara Negeri Perak
yang diketuai oleh Datuk Seri Ramli Ngah Talib selaku Menteri Besar
ketika itu telah melantik Sultan baru sebagai pengganti. Mengikut adat
istiadat dari dahulu lagi, apabila sultan telah disahkan mangkat,
jenazahnya akan disimpan selama tiga hari sebelum disemadikan bagi
membolehkan seorang Sultan baru dilantik.
Etika Raja-Raja Melayu yang termaktub dari dahulu lagi melarang
seseorang yang bukan keturunan atau bukan berdarah raja tulin dari
dinobatkan atau dilantik sebagai Sultan. Amalan tersebut diketepikan dan
Datuk Seri Ramli Ngah Talib yang sudah merancang mahu melantik Raja
Azlan tanpa mendapat persetujuan sepnuhnya dari ahli Majlis setelah
dimaklumkan lebih awal kepada Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir
Mohamad terpaksa akur walaupun beliau memang tahu Raja Azlan bukan anak
Raja sebenar.
(Gambar ihsan Malaysia Crisis)
Dilaporkan, Dewan Negara Perak mahu melantik juga Raja Azlan sebagai
Sultan untuk memudahkan jenazah Almarhum Sultan Idris Iskandar Shah
disemadikan, tetapi permasalahan timbul setelah kaum kerabat
mempersoalkan perlantikan Raja Azlan tidak mengikut susunan oleh kerana
beliau telah melangkah lima tangga dengan mengenepikan pewaris dari
keturunan sebenar yang tidak sepatutnya berlaku. Ketika itu, Raja Azlan
diletak sebagai “Raja Kecil Bongsu” ditangga bawah sekali tiba-tiba mahu
dinobat sebagai Sultan.
Sebelum upacara adat istiadat perlantikan dijalankan, beberapa orang
ahli majlis bercakap tentang pewaris yang lebih dekat dan mereka ingin
tahu dari penjelasan Raja Azlan sendiri yang mereka kira ada kebenaran
tanpa keraguan. Orang kenamaan mahu tahu selaian Raja Azlan, siapa lagi
pewaris yang masih ada.
Raja Azlan memberitahu bahawa Raja Baharom Shah merupakan abangnya.
Kebetulan ketika itu, Raja Baharom Shah sedang menghidap penyakit kurang
siuman (gila) dari zaman kanak-kanak lagi. “Ku Ann @ Amran Mohammad
Shah dimana? ” mereka bertanya lagi.
Raja Azlan memberitahu bahawa Ku Ann sudah lebih 20 tahun tidak pulang. Mungkin masih hidup ataupun sudah meninggal dunia.
Ahli Majlis mendapat laporan dari beberapa orang bekas pengawal peribadi
Almarhum Sultan Idris Iskandar Shah yang tahu dan mengenali Ku Ann
sebelum mereka diberhentikan dari jawatan masing-masing selepas Almarhum
mangkat. Nama Ku Ann atau Tengku Amran Mohammad Shah disebut oleh
beberapa orang Ahli Majlis, beliau adalah cucu tunggal kepada Sharipah
Malini, Permaisuri Kedua kepada Sultan Abdul Jalil Nasiruddin
Al-Mukhataram Shah (Iskandar Muda) selepas Permaisuri Pertama Tengku
Yong Sapiah mangkat di Acheh.
Nama Tengku Amran tidak tercatit dalam buku rekod kerabat-kerabat raja
Perak dan beliau telah menghilangkan diri beberapa tahun selepas
Allahyarham Datuk Tak Haji Daud, yang merupakan bapa tiri Raja Azlan
meninggal dunia.
Siapa Ku Ann@Raja Amran Mohammad Shah?
No comments:
Post a Comment