Umno-BN masih mengamalkan dasar politik menekan dan menindas terhadap lawannya.
Menurut Setiausaha Politiknya Hilman Idham, mereka dilarang masuk ke
Sabah oleh pihak imigresen dan terus dihantar pulang ke Kuala Lumpur.
“Sebaik menjalani pemeriksaan di kaunter imigresen, saya telah
ditahan dan dimaklumkan bahawa terdapat arahan melarang saya memasuki
negeri Sabah menerusi Notis Penolakan Masuk ke Sabah Seksyen 65 (1)(a)
Akta Imigresen atas arahan Ketua Menteri Sabah.
“Notis tersebut telah ditandatangani oleh Timbalan Pengarah Jabatan
Imigresen Sabah, Fenny Fiona,” katanya dalam satu kenyataan media petang
tadi.
Hilman Idham menegaskan, ketika negara bakal meraikan sambutan
ulangtahun penubuhan Malaysia yang ke-49, amalan politik menekan dan
menindas sebegini masih lagi menjadi budaya khususnya di kalangan
pimpinan Umno-Barisan Nasional.
“Saya menyifatkan tindakan ini sebagai zalim serta menafikan hak asasi saya sebagai warganegara Malaysia.
“Tujuan saya ke Sabah adalah atas urusan kerja dan adalah tidak adil
bagi pihak imigresen negeri Sabah melakukan tindakan yang tidak
profesional sebegini,” katanya.
No comments:
Post a Comment