Masyarakat Orang Asli tidak akan maju jika terus sokong Umno

KUALA KRAU: Masyarakat Orang Asli di negara ini tidak akan maju berbanding orang lain selagi mereka terus menyokong Umno yang mengamalkan dasar penindasan untuk memaksa orang Asli memberi sokongan berterusan, kata Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat Kuala Krau, Haji Suhaimi Said.

Justeru, Suhaimi menambah Orang Asli mesti berani menolak Umno dalam pilihan raya akan datang dengan memilih Pakatan Rakyat yang telah jelas melakukan pembelaan kepada masyarakat itu sebagaimana dinikmati orang Asli di negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat.

"Mereka (pemimpin Umno) datang jumpa Orang Asli bila tiba musim pilihan raya. Mereka beri sedikit gula-gula bagi melupakan Orang Asli terhadap penderitaan mereka. Bila Orang Asli berikan sokongan kepada mereka dan mereka menang mereka hilang.

"Masalahnya selama ini Orang Asli sendiri selalu lupa. Tapi, sekarang kita tahu masyarakat Orang Asli sudah bijak, sudah berani bersuara seperti hari ini. Bila pilihan raya datang nanti Orang Asli mesti berpakat tolak Umno yang menipu itu," kata Suhaimi selepas menziarahi masyarakat Orang Asli Gugusan Jenderak, dekat sini, baru-baru ini.

Sementara itu, masyarakat Orang Asli berkata akhbar Harakah selalu mendedahkan penderitaan masyarakat mereka dan mereka percaya peranan yang dimainkan Harakah amat berkesan dalam usaha merubah kehidupan mereka.

"Kami harap Harakah tolong bantu siarkan kesusahan kami. Kalau Harakah selalu dedahkan penderitaan kami ia memberi tekanan kepada pihak kerajaan Umno yang selalu tipu kami," kata mereka.

Harakah
27/12/08

No comments: