Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini membatalkan dengan kos permohonan saman Speaker Pakatan Rakyat, V Sivakumar terhadap Datuk R Ganesan berhubung dakwaan menyerang dan melakukan pemenjaraan salah pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak 7 Mei lalu.
Selain itu Hakim, Datuk Azahar Mohamed juga memutuskan mahkamah tiada kuasa untuk mendengar permohonan saman tersebut kerana tidak boleh campur tangan dalam keputusan yang dibuat oleh ahli-ahli DUN pada persidangan tersebut.
Jika berbuat demikian katanya, ia akan melanggar Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kesahihan sebarang prosiding dalam DUN di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah.
"Ini adalah perkara dalaman dan apa sahaja perkara yang timbul perlu dibincang dan diselesaikan dalam DUN, bukan dalam mahkamah," katanya.
Sivakumar dalam permohonan samannya sebelum ini turut memohon injuksi bagi menghalang R Ganesan dan sesiapa di bawah arahan Ganesan daripada menghalang tugasnya sebagai Speaker dan menghalang daripada menyebabkan kecederaan berterusan terhadapnya.
Keputusan mahkamah hari ini juga dilihat satu penjelasan besar terhadap krisis perlembagaan negeri Perak.
Ianya memberi faham bahawa semua perkara berkaitan krisis perlembagaan negeri Perak yang sedang dipersoalkan di mahkamah mestilah dihentikan supaya tidak melanggar Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan.
Dalam perkembangan lain, Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohammad Nizar ketika diminta mengulas gesaan supaya Ganesan mengambil tindakan terhadap ADUN pakatan yang bersidang pada 2 September lalu berkata, ianya sia-sia kerana Ganesan tidak mempunyai apa-apa kuasa berbuat demikian.
"Dia tak ada 'locus standi'. Dia bukan speaker, dia juga bukan pengerusi Hak dan kebebasan DUN perak. Atas dasar apa dia nak ambil tindakan," soalnya ketika dihubungi Harakahdaily.
Gesaan itu sebelum ini dilontarkan ADUN Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar dari BN yang menganggap tindakan ADUN Pakatan yang mengadakan persidangan tersebut sebagai mencemar imej negeri dan tidak menghormati perintah mahkamah.
Selain beliau, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yasin juga turut menasihatkan pakatan Perak supaya berhenti melakukan sebarang desakan kerana mahkamah telah memutuskan BN sebagai kerajaan sah memerintah negeri Perak.
Tindakan melakukan sebarang desakan seperti sidang DUN 2 September lalu kata Muhyidin, hanya sia-sia.
Nizar ketika mengulas kenyataan itu berkata, Muhyidin seharusnya mendapat maklumat tepat dari penasihat undang-undang beliau sebelum mengulas isu Perak.
"Dia tidak dinasihatkan oleh penasihat undang-undangnya dengan baik agaknya. Mahkamah persekutuan putuskan untuk dengar permohonan saya mencabar perlantikan Zambry pada 5 November ini, jadi macamana dia boleh keluar kenyataan mendahului keputusan mahkamah. Dia perlu rujuk penasihat dia," ujarnya.
Berhubung tindakan lanjut terhadap Ganesan and ADUN Bebas pro-BN, Hee Yit Foong yang dihukum penjara pada sidang DUN tempoh hari, Nizar berkata ianya kini terserah kepada pihak polis.
"Mereka sepatutnya mengambil tindakan. Kalau ambil tindakan bermakna mereka hormat kepada keputusan DUN, kalau mereka tak ambik tindakan bermakna mereka adalah alat Umno dan menghina DUN Perak," katanya.
Pada Sidang DUN di Hotel Heritage Ipoh 2 September lalu, Speaker V Sivakumar mengesahkan keputusan jawatankuasa hak dan kebebasan menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM500,000 ke atas Speaker BN, Datuk R Ganesan and ADUN Bebas pro-BN, Hee Yit Foong.
Ianya berikutan tindakan Ganesan mengengkari perintah Sivakumar supaya keluar dari dewan dalam persidangan pada 7 Mei lalu.
Selain bukan berjawatan seorang ADUN, Ganesan juga dilihat duduk di meja BN dan Pemimpin MIC itu kemudiannya 'dipilih' sebagai speaker dalam suasana yang penuh kontroversi.
Satu lagi ialah tindakan Ganesan yang mengarahkan anggota polis supaya mengalih Sivakumar dari kerusi speaker.
Hee pula dihukum kerana mengambil alih peranan Sivakumar sebagai speaker dan membenarkan wakil rakyat BN mengundi memilih Ganesan sebagai speaker baru.
Harakah
09/09/09

No comments:
Post a Comment