Pemuda Pakatan Rakyat membuat laporan polis terhadap Liow Tiong Lai dan Ong Ka Chuan.

Timbalan Presiden MCA Liow Tiong Lai telah membuat satu kenyataan yg berunsur ugutan terhadap pengundi Hulu Selangor. Beliau memperingati pengundi supaya mengundi dengan berhati-hati kerana mungkin menyebabkan rusuhan kaum.

Kenyataan dibuat semasa dia berucap di sat majlis kempen PRK Hulu Selangor.

Selain itu, pimpinan pusat MCA Ong Ka Chuan juga membuat kenyataan yang mirip iaitu pilihan pengundi di Hulu Selangor akan dikenalpasti oleh kerajaan. Undi tersebut tidak lagi rahsia kerana ia boleh dikenalpasti.

Kedua-dua kenyataan adalah sangat tidak bertanggungjawab serta menimbulkan ketidaktenteraman di kalangan pengundi.

BN selalu mengguna taktik kotor untuk menakut-nakutkan pengundi. Sebagai sebuah Negara yang demokrasi, rakyat sepatutnya dapat mengundi dalam keadaan yang aman dan tenteram. Sebagai ahli politik yang bertanggungjawab, pemimpin MCA tidak patut menakutkan pengundi.

Kenyataan pemimpin MCA jelas menunjukkan bahawa mereka telah hilang sokongan dan kepercayaan daripada rakyat.

Mereka terpaksa mengguna cara murahan tersebut untuk mendapatkan sokongan.

Pemuda Pakatan Rakyat percaya rakyat Hulu Selangor tidak akan terpedaya dengan kenyataan yang tidak matang tersebut.

Pemuda Pakatan Rakyat
23/04/10

No comments: