Pada hari penamaan calon, saya memberitahu para wartawan bahawa saya jatuh cinta pada Hulu Selangor. Saya telah bertemu, mendengar dan belajar daripada ramai orang. Saya telah berjalan melawati banyak tempat dan melihat banyak perkara yang menyentuh hati saya. Untuk saya, Hulu Selangor merupakan suatu kawasan yang cukup istimewa.
Saya telah bercakap dengan Menteri Besar Tan Sri Khalid dan saya beriltizam untuk bersama-sama mengangkat gagasan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bagi mengubah Hulu Selangor menjadi contoh tauladan yang dikagumi seluruh rakyat Malaysia. Selangor dianggap sebagai negeri maju dan taraf hidup masyarakatnya hampir menyamai Eropah Barat. Namun kenapa – sejak 50 tahun lalu – ribuan orang masih hidup tanpa bekalan paip air? Tanpa tanah? Tanpa harapan masa hadapan buat anak-anak mereka? Masa untuk kecewa telah tamat. Kini waktunya hak-hak yang dirampas dipulangkan kepada rakyat Hulu Selangor.
Anda memerlukan prasarana yang mudah, lebih ramai pasukan polis, lebih banyak klinik untuk memelihara kesihatan anda dan anak-anak anda. Prasarana, keselamatan dan kesihatan adalah hak asas untuk kesemua rakyat Malaysia. Hulu Selangor memerlukan pemimpin untuk menjuarai keperluan anda. Jika rakyat Hulu Selangor memberikan saya peluang, InsyaAllah saya percaya saya boleh menjadi pemimpin yang diharapkan itu.
Anak Muda
Golongan belia adalah masa depan Hulu Selangor dan negara. Tetapi anak-anak muda ini meninggalkan Hulu Selangor kerana kekurangan pekerjaan, kurangnya kegiatan serta kekurangan peluang untuk mereka melakukan perubahan. Hal ini mesti berubah. Hulu Selangor memerlukan orang-orang mudanya untuk menetap di sini. Kita mesti menukar Bukit Beruntung dan Lembah Beringin – yang sekarang seperti bandar terbiar – menjadi pusat pendidikan, perniagaan dan pembudayaan di Selangor. Kita mesti bekerja untuk menjadikan Hulu Selangor sebuah tempat untuk semua.
Tanah
Hulu Selangor hampir menyamai keluasan negeri Melaka dan dikurniakan kekayaan anugerah tanah dan alam semulajadi. Namun ribuan penduduk di sini tinggal dalam ketidak tentuan nasibnya sejak 50 tahun yang lalu, sehinggalah Ketua Menteri Tan Sri Khalid memberikan mereka geran-geran tanah. Namun banyak lagi tanah yang tidak bergeran, khususnya anak-anak para peneroka FELDA – meskipun ibu bapa mereka mengusahakan tanah tersebut lebih 30 tahun. Dalam masa yang sama FELDA mendapat habuan keuntungan berbilion ringgit.
Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah menyelesaikan beberapa isu ini dan kita bersedia untuk maju ke hadapan. InsyaAllah jika saya terpilih, bersama-sama dengan rakyat, khususnya golongan muda, kita akan menukar Hulu Selangor menjadi pusat utama Pelancongan Hijau (Eco) dan Warisan Semulajadi dalam negeri.
Air
Air merupakan sumber kehidupan. Di Selangor, kebanyakan air yang kita minum datangnya dari sini, justeru ia merupakan sumber alam yang tidak ternilai harganya. Oleh yang demikian semua orang berhak mendapatkan bekalan air bersih dan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memberikan 20 gelen air percuma kepada setiap isi rumah. Tidak ada sesiapapun di dalam negeri kita yang indah ini perlu kehausan, namun kita perlu mengasuh keinginan diri kita untuk mahukan suatu perubahan yang positif.
Saya berasal dari keluarga miskin. Saya faham kehendak, maruah dan impian rakyat Hulu Selangor, umpama ianya hasrat dari saya sendiri. Kepada rakyat Hulu Selangor, saya berkata, percayalah pada saya dan berikanlah saya peluang untuk sama-sama bekerja menjadikan impian ini suatu kenyataan. Ke arah Malaysia yang lebih baik.
Bersama Selamatkan Malaysia!
ZAID IBRAHIM
Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR)
www.ZaidUntukRakyat.com

No comments:
Post a Comment