"Kita sudah buat laporan polis tapi masih belum ada tindakan yang diambil dan kita tidak tahu kes ini disiasat atau tidak."
SHAH ALAM: PAS Selangor mengesan sindiket pemberian kad pengenalan kepada warga asing yang didakwa didalangi rakyat tempatan berlaku di DUN Paya Jaras, Subang dekat sini.
Setiausaha PAS Selangor Khairuddin Othman berkata, PAS mengesan pada Februari lalu apabila tangkapan dibuat di sebuah rumah.
Beliau juga kesal ekoran laporan hasil siasatan berhubung sindiket pemberian kad pengenalan kepada warga asing masih belum mendapat perhatian pihak polis.
“Peliknya kad pengenalan itu boleh dibaca ‘card reader’ tetapi semakan di dalam talian Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan mereka sebagai penduduk tetap (PR)
“Kami menangkap seorang penduduk luar Selangor yang ditemui sedang mengedarkan kad pengenalan dan borang kepada sekumpulan warga Indonesia dalam sebuah rumah pada tengah malam.
“Satu kes lagi melibatkan seorang individu dari Johor yang mengedarkan kad pengenalan kepada warga Kemboja.
Kerakyatan sedang digadai
“Kita sudah buat laporan polis tapi masih belum ada tindakan yang diambil dan kita tidak tahu kes ini disiasat atau tidak,” katanya.
Dalam pada itu Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad perkara itu tidak boleh dipandang ringan kerana melibatkan keselamatan negara serta menimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat Malaysia.
Ujar Khalid kes tersebut juga seperti kes yang berlaku di Sabah ketika Barisan Nasional berjaya menguasai negeri itu.
“Jika kerakyatan sedang digadai untuk kemenangan BN, ini satu pengkhianatan yang sangat teruk.
“Bagi negara demokrasi, orang yang melakukan kerja ini boleh dihukum dengan hukuman berat,” katanya.
No comments:
Post a Comment