April 29, 2012
KUALA
LUMPUR, 29 April - Datuk Ambiga Sreenavasan percaya pentadbiran Najib
perlu melihat semula keganasan yang berlaku semalam semasa Bersih3.0 di
Dataran Merdeka dan peserta menuntut pilihan raya adil dan bersih telah
keluar dengan jumlah yang besar.
Pengerusi bersama Bersih itu berkata kepada The Malaysian Insider,
kerajaan tidak boleh membutakan mata terhadap insiden semalam kepada
ribuan peserta yang sanggup turun ke jalanan untuk perhimpunan itu.
Perhimpunan dan keganasan semasa perhimpunan itu mungkin menjadi faktor
pilihan raya mungkin diadakan awal 2013.
"Sekiranya mereka mengambil berat perkara itu, mereka tidak akan
mengabaikan pandangan yang diutarakan oleh rakyat Malaysia bukan sahaja
di dalam negara, malah di seluruh dunia," katanya yang dihubungi
semalam.
"Jika kamu tidak melihat daripada peserta demonstrasi semalam yang
tidak berpuas hati dengan sistem pilihan raya negara ini ... dan jika
menukarkan perkara ini menjadi perbahasan, ia adalah tindakan yag
salah," tambahnya.
Ambiga, bagaimanapun, mengakui terdapat sesetengah insiden negatif
yang terpaksa di hadapi Bersih akibat tindakan sesetengah peserta
semalam yang menggunakan perhimpunan itu untuk menyerang polis.
Beliau berkata, sesetengah pihak mungkin melihat Bersih 3.0 telah "melakukan kesalahan".
"Bercakap dari pihak kerajaan, mereka perlu melihat dengan lebih jauh
dan tanya diri mereka sendiri - kenapa orang ramai semalam seperti
bersedia meletakkan diri mereka dalam situasi seperti itu untuk pilihan
raya adil dan bersih?" katanya.
Ribuan rakyat Malaysia di Kuala Lumpur, bandar-bandar di seluruh
negara, dan seluruh dunia terlibat dalam perhimpunan Bersih 3.0 semalan
menuntut pilihan raya yang adil dan bersih.
Perhimpunan itu berlangsung dengan aman bertukar ganas apabila
pemimpin Bersih mengatakan perhimpunan itu perlu ditamatkan apabila
perusuh mula melanggar halangan yang dibina polis di sekeliling Dataran
Merdeka, atas perintah mahkamah.
Rusuhan mula berlaku apabila polis mula menahan peserta rusuhan
hampir empat jam selepas Bersih 3.0 diisytiharkan tamat oleh pemimpinnya
apabila perusuh dianggarkan 1,000, enggan meninggalkan kawasan
demonstrasi.
Terdapat juga perusuh yang mencabar dan memperolok-olokan pihak pikis walaupun menerima arahan untuk bersurai.
Perhimpunan bertukar ganas apabila pihak polis menangkap seorang
lelaki di Jalan Tun Perak yang mana penyokong mula membaling objek
seperti botol, dan kepingan konkrit ke arah polis
Disebalik kekecohan itu, turut terdapat khabar angin ada empat
perusuh meninggal dunia dalam perhimpunan tersebut, dengan seorang
daripanya dikatakan mati ditembak, menambah kemarahan peserta.
Turut dikatakan kenderaan membawa Datuk Bandar KL, Tan Sri Ahmad Fuad
Ismail terpaksa membuat pusingan U berhampiran Masjid Jamek apabila
bertembung dengan perusuh.
Mereka membaling kasut dan kepingan konkrit ke arah polis dan memecahkan cermin kereta berkenaan.
Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) secara peribadi turut mengakui keganasan
itu adalah lebih teruk daripada perhimpunan tahun lalu, dan cubaan
"mengawal perusuh" adalah teruk.
"Arahan untuk bersurai telah dibuat, pulang ke rumah masing-masing.
"Pemimpin Pakatan kata dah selesai. Jika kamu masih berdegil,
tanggung sendiri," kata Unit Amal PAS kepada perusuh semasa perhimpunan
Bersih semalam.
No comments:
Post a Comment