Datuk Mahfuz Omar tuduh bapa Mukhriz Mahathir jadi Perdana Menteri 22 tahun pun tak tunaikan janji.

PETALING JAYA: PAS menempelak kenyataan Timbalan Ketua Umno Kedah Datuk Mukhriz Mahathir berhubung isu tema kemerdekaan kerana bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pun tidak mengotakan janjinya.
“Bapa dia jadi Perdana Menteri 22 tahun pun tak tunaikan janji. Dr Mahathir gagal capai matlamat Dasar Ekonomi Baru.
“Itu dakwaan kosong Mukhriz. Sejumlah 95 peratus manifesto pilihanraya Pakatan Kedah, Kedah Sejahtera telah ditunaikan,” kata Mahfuz yang juga ialah Ahli Parlimen Pokok Sena .
Beliau berkata sedemikian ketika mengulas kenyataan Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri semalam yang mendakwa kerajaan negeri Pakatan Rakyat  takut menggunakan tema kemerdekaan kerajaan pusat ‘Janji Ditepati’ kerana banyak janji yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Rakyat tidak ditunaikan.
Mukhriz turut mengkritik kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat yang kerana slogan berbeza meskipun kepimpinan pusat Pakatan Rakyat memilih tema “Sebangsa Senegara Sejiwa”.
Mahfuz turut menjelaskan perkara ini.
“Kerajaan negeri telah menolak tema Janji Ditepati sebelum pimpinan Pakatan Rakyat mengumumkan tema “Sebangsa Senegara Sejiwa”.
“Yang pentingnya, kita tolak program politik (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib Tun Razak yang dinaik taraf sebagai tema kemerdekaan,” kata Mahfuz.
Beliau menambah bahawa sekarang Kedah akan menggunakan dua tema hari kemerdekaan iaitu “Sebangsa Senegara Sejiwa” dan tema kemerdekaan negeri Kedah, “Terus Berbakti”.

No comments:

Do feel free to provide suggestions, ideas, comments, complaints or articles. Thank you

EMAIL:
malaysianindian1@gmail.com

To post comments, you need not log in to the Google account, just click Anonymous.


Malaysian Indian Ethnic Cleansing by UMNO led government

Google