Pelik apa, kalau (Datuk Mohd) Asri (Muda) yang berpuluh tahun menjadi Presiden PAS boleh masuk Umno, kata Nik Aziz.
“Pelik apa, kalau (Datuk Mohd) Asri (Muda) yang berpuluh tahun
menjadi Presiden PAS boleh masuk Umno, jadi Nasharudin juga akan turut
berbuat demikian,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Akhbar hari ini memaparkan gambar Nasharuddin menyertai Perdana
Menteri dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan
Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Arab
Saudi.
Nasharuddin sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi dalam PAS
ekoran menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan Umno-PAS
sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada Nik Aziz.
Pada Muktamar Agung PAS tahun lepas, Nasharuddin gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden kepada Mohamad Sabu.
Nik Aziz juga berkata adalah lebih baik bagi Nasharudin meninggalkan PAS daripada menimbulkan masalah kepada parti.
- Bernama
No comments:
Post a Comment