Respect is earned, not gotten free. It is earned, not demanded as of right.
Tidak syak lagi, tindak tanduk UMNO akhir2 ini, menunjukkan bahawa parti itu dalam keadaan yang amat terdesak. Orang yang terdesak akan menggunakan pelbagai tipu helah dan taktik kotor. Orang terdesak hilang pertimbangan dan harga diri.
Tidak syak lagi, tindak tanduk UMNO akhir2 ini, menunjukkan bahawa parti itu dalam keadaan yang amat terdesak. Orang yang terdesak akan menggunakan pelbagai tipu helah dan taktik kotor. Orang terdesak hilang pertimbangan dan harga diri.
Mula2
UMNO guna bangsa. UMNO itu Melayu, Melayu itu UMNO. Sayang sekali,
slogan demikian tinggal jadi omongan kosong. Bila UMNO lemah, mereka
akan kembali kepada jatidiri Melayu konon; bila kuat Melayu dilupakan.
Berdepanlah dengan kenyataan. UMNO menjaga kepentingan Melayu istimewa dan Melayu terpilih. UMNO menjaga Putera dalam BumiPutera.
UMNO jaga putera2 pemimpin UMNO, putera ketua bahagian, putera
bangsawan, putera Raja. UMNO tidak jaga Melayu marhaen. UMNO tipu mereka
lagi ada.
Hanya UMNO sahajalah parti yang boleh jaga orang Melayu, jerit para juak UMNO. Rakyat akan jawab- sudah2 lah!
Yang
mengherankan kita, penegasan tersebut datang dari orang2 yang
keMelayuan mereka sendiri pun disangsikan. Si Mamak2 dalam UMNO lebih
dari Melayu yang tulen, menjerit sana sini, kata UMNO lah Melayu. Kemana pergi nya Melayu tulen dalam UMNO?
Kedua,
perakuan Melayu nya UMNO tidak disokong oleh fakta; dalam tahun 2008,
calun2 UMNO hanya dapat 2 juta undi dari 5.7 juta undi Melayu. 1juta
lebih ahli UMNO menolak UMNO. Banyak mana pun rasuah yang disogok oleh
Najib kepada pemimpin UMNO yang akan digugurkan, parti itu akan
disabotaj. Ahli UMNO biasa jangan lagi diperbodohkan, Najib deal dengan
ketua2 bahagian kamu, kamu dapat apa? Ketua bahagian boleh pencen, kaya
raya dengan duit rasuah, ahli UMNO membanting tulang panjat tiang dan
pokok gantung bendera dan poster. Kita biarkan lembu dengan kelembuan mereka, jangan manusia dilembukan oleh pemimpin UMNO.
Jadi
bagaimana UMNO boleh mengaku bahawa dialah penjaga orang Melayu? Orang
Melayu sendiri pun tolak UMNO. Jadi, hendak jerit, jeritlah sekuat hati;
hendak laungkan awak Melayu lebih dari Melayu lain, silakan. Reality
nya, UMNO semakin hari, hilang sokongan dan kredibiliti.
UMNO
boleh claim apa sahaja yang mereka mahu. Yang menentukan ialah rakyat.
Kini UMNO takut kepada pengadilan rakyat. Salah satu tanda nya ialah
melewat lewatkan pilihanraya. Tidak pernah berlaku dalam sejarah UMNO
seorang PM melewatkan untuk mendapat mandate baru. Itu lagi satu petanda bahawa UMNO tahu , rakyat sudah benci epada UMNO.
Kerana
UMNO itu melambangkan rasuah, salahguna kuasa, penganiayaan, kezaliman
dan segala yang buruk. Walaupun ia Melayu, orang Melayu yang waras
menolak Melayu yang zalim, yang rasuah, yang salah guna kuasa. Orang
Melayu bukan Hang Tuah zaman dulu, yang akan menyokong membabi buta.
Kalau orang Melayu hendak maju, mereka mesti menjebatkan diri mereka.
UMNO
lagakan bangsa Melayu dengan bangsa Cina. UMNO menakut nakutkan orang
Melayu bahawa Cina akan ambil alih negara ini. bolehkah suatu kumpulan
yang berjumlah 25% dari penduduk negara menundukkan 65%? Yang jatuh
ialah UMNO bukan Melayu. Kalau UMNO jatuh, orang Melayu masih boleh
meneruskan hidup. Nabi Muhammad saw wafat, Islam tidak terkubur. Islam terus berkembang.
UMNO
guna kedudukan raja2 Melayu. UMNO kata kalau UMNO tewas maka tidak ada
siapa yang akan menjaga Raja2 Melayu. Kalau Raja2 Melayu bersikap ikut
undang2 negara, tidak perlu penjagaan. Rakyat akan sayang kepada raja
yang baik dan adil. Sebaliknya, orang Melayu terutama nya, tidak perlu
hasutan dari orang lian kalau hendak membenci Raja2 mereka. Kalau raja2
bersikap matlaon, semua rakyat akan benci. Kalau Raja Melayu kaki judi,
kaki arak, pemabuk dan penzina sedangkan mereka ketua agama Islam, orang
Melayu tidak perlukan hasutan sesiapa untuk bencikan mereka. Orang
Melayu yang waras berfikir mahukan raja2 mereka bersetia kepada
Constitution Malaysia.
Raja2
Melayu jangan terpedaya dengan dakyah UMNO. 1993, Dr Mahathir dan UMNO
lah yang mahu membenam Raja2 Melayu. Bukan PAS. Bukan DAP. UMNO yang anti raja2 Melayu.
Bagaimana
DAP boleh perintah negara jika mereka hanya bertanding 50 kerusi
parlimen? Kalau calun UMNO kalah, yang menggantikan nya ialah orang
Melayu juga. Orang Melayu tidak rugi apa apa jika calun UMNO kalah.
Adakah
orang Melayu terancam jika UMNO tewas? Jawapan nya tidak. UMNO tewas di
Kelantan. Ada kita tengok orang Melayu mati bergelimpangan, agama Islam
terabai dan Raja Melayu di hapuskan? Tidak ada.
UMNO
tewas di PUlau Pinang. Ada kita tengok masjid atau surau kena roboh,
orang Islam tidak boleh sembahyang atau peruntukan agama Islam di tarik
balik? DAP PUlau Pinang beri RM62 juta setahun untuk agama Islam
manakala Kerajaan UMNO Negeri Sembilan beri RM 10 juta.
UMNO
tewas di Selangor. ada kita lihat orang Melayu susah, agama Islam
terabai, Sultan Selangor diancam? Tapi kalau Sultan Selangor bertabiat
tidak baik, kebencian rakyat timbul dengan sendiri nya.
UMNO
melaga lagakan kaum dalam negara ini. pemimpin UMNO bersekongkol dengan
kapitalis Cina tapi menganjurkan orang Melayu bermusuh dengan kaum
cina. Najib sendiri campur tangan memberikan projek ekstensi LRT Ampang
kepada rakan Cina nya. Inilah bukti hipokrasi pemimpin UMNO hari ini.
Dan
ini lah strateji pecah dan perintah yang UMNO amalkan. UMNO sebetulnya
tidak ada nilai yang hendak diberikan kepada orang Melayu melainkan
perasaan membenci orang lain. Bertahun lama nya UMNO memerintah,
golongan kaya bertambah kaya, yang miskin makin bertambah. Jurang
kekayaan dikalangan orang melayu sendiri paling besar jika dibandingkan
dengan jurang kekayaan antara kaum lain di negara ini.
Kesetiaan kepada UMNO bukan diberi PERCUMA dan babi buta. Kepercayaan mesti DIUSAHAKAN bukan dituntut.
No comments:
Post a Comment