Najib jangan merepek
May 07, 2012
7 MEI — Perdana Menteri Najib Razak dalam siri jelajahnya ke
Gua Musang menyamakan niat Bersih 3.0 Duduk Bantah di Dataran Merdeka
28 April 2012 lalu dengan unjuk rasa raksasa Dataran Tahrir Mesir yang
menggulingkan diktator Hosni Mubarak.
Biar orang lain menyangka begitu, seperti Dr Mahathir misalnya atau
Obama. Pengamatan orang itu adalah haknya bimbang Najib menghadapi
cabaran yang sama jika dia tidak mengambil iktibar dari semua
perkembangan itu.
Tetapi jika Najib menyangka begitu, dia telah menyamakan dirinya dan
cabarannya sudah sama seperti Hosni Mubarak. Apa yang Mubarak terhadap
Mesir dan rakyatnya adalah masalah buruknya. Apa yang terjadi kepadanya
adalah bala gara-gara sikap takburnya.
Najib jangan menunggu dan mahu nasib yang serupa menimpa kerjaya
politik dan perkhidmatannya kepada negara. Benda yang buruk itu jangan
diminta dan jangan ditunggu.
Apa yang Najib patut buat itu mengambil pelajaran dari nasib itu dan
berdoa supaya bala yang demikian tidak menimpanya, bukan saja jika
berlaku celaka baginya tetapi ia azab bagi penyokongnya dan orang yang
tumpang dari makan daripadanya.
Sangkaannya orang hendak menjadikan dia begitu adalah perasannya dan
menyamakan apa yang terjadi itu adalah merepek. Najib jangan merepek
terhadap perkara yang belum difikirkan oleh penganjur dan penyokong
Bersih 3.0.
Tindakan Bersih 3.0 adalah mahu Najib melaksanakan tuntutan lapan
perkara Bersih 2.0 dulu. Mahu PRU 13 mengikut sistem pilihanraya yang
bersih.
Jika tuntutan itu disempurnakan, maka Bersih 3.0 itu tidak ada. Dataran Merdeka tidak jadi satu agenda penting menjelang PRU 13.
Memang semuanya hendak membuang Najib dari tampuk pemerintahan dan
mengakhiri monopoli kuasa Umno sejak tahun 1955. Ia hendak diganti
dengan kerajaan Pakatan Rakyat. Tetapi caranya ialah melalui pilihanraya
bersih, bukan pilihanraya tipu dan tidak demokratik.
Najib bukan saja remehkan tuntutan lapan perkara itu tetapi
perbodohkan golongan pro demokrasi yang bersih dengan jawatankuasa
pilihanraya Parlimen tipu. Najib perbodohkan Parlimen dan sekalian ahli
politik seperti dia memperbodoh orang Umno.
Perumpamaan Melayu mengira memperbodohkan orang seperti menyamakan
orang dengan lembu. Dengan contoh skendal lembu kondo suami Shahrizat
yang dilindungi Najib, betul Najib telah menjadi sekalian orang seperti
lembu dalam semua perkara.
Sekalian yang tidak mahu jadi macam lembu menuntut PRU 13 satu
pilihanraya bersih. Ratus ribu orang datang ke Dataran Merdeka atas
kehendak sendiri membantah Bersih 2.0 dulu dibakul sampahkan. Semua
mentuntut ia ditunaikan.
Tentulah ada tindakan susulan jika ia tidak ditunaikan. Apa? Tunggulah!
Tidak sekali-kali setakat 28 April 2012 itu mereka hendak memulakan
kerja seperti rakyat Mesir yang turun ke Dataran Tahrir lebih setahun
lalu.
Tetapi apa yang berlaku itu adalah satu amaran dan ingatan kepada
Najib, jangan dorong rakyat bertindak seperti apa yang dibuat terhadap
Hosni Mubarak. Penyokong Bersih 3.0 khususnya Pakatan Rakyat tidak mahu
berlaku seperti yang menimpa Mesir itu kerana kuasa demokrasi itu boleh
diperolehi melalui PRU 13 yang bersih.
Revolusi rakyat Mesir terjadi kerana mereka tidak boleh dapat apa-apa
dari regim Hosni Mubarak. Tiada pililhan selain dari apa yang mereka
lakukan.
Tetapi rakyat Malaysia boleh dapat perubahan melalui pilihan raya
tetapi pilihanraya itu mesti bersih. Yang menjadi halangan ialah Najib
memperkenal transformasi tipu, enggan menjadikan SPR sebagai satu
suruhanjaya yang bersih.
.
Pembangkang belum memikirkan untuk menyamakan Najib dengan Mubarak,
tetapi Bersih 3.0 itu adalah amaran supaya jangan sampai orang
menjadikan Dataran Merdeka itu seperti Dataran Thahrir. Jika kebebalan
Najib itu nanti dilihat orang sama saja dengan Mubarak, kita tidak dapat
tahan orang Malaysia jadi seperti orang Mesir.
Sebelum ada yang menirunya, Najib mesti elekkan kecelakaan itu dengan
mendengar apa orang mahu. Najib jangan minta Dataran Merdeka jadi
Dataran Tahrir! Tuhan tidak suruh minta diuji. Jika merepak Najib itu
dikira sebagai mencabar supaya ia dilakukan terhadapnya, tunggulah nanti
akan Tuhan perkenankan!
Mintalah yang elok dan muluk! Jangan inginkan yang buruk dan yang busuk.
harakahdaily.net
No comments:
Post a Comment