RADIO TAMIL MINNAL FM DI-DISKRIMINASIKAN OLEH KERAJAAN BARISAN NASIONAL
Saudara saudari yang menyintai bahasa Tamil , seorang penderhaka bahasa Tamil sedang giat mengatur langkah untuk menghina serta manghapuskan Bahasa Tamil yang kian lama telah berkembang maju di negara ini. Penderhaka itu yang bertopeng sebagai Pengawal Bahasa Tamil secara tidak langsung dan juga dengan langsung membunuh Bahasa Tamil .
Sejak dilantik sebagai Pengawal Minnal.fm pada Ogos 2005 , Rajasegaran bergerak sebagai api dalam sekam untuk menghapuskan Bahasa dan Bangsa. Lebih lebih lagi aktiviti penghapusan Bahasa ini dilakukan dengan strategi listeners friendly.
Bangsa ini telah leka serta gagal mengambil tindakan terhadap sebuah stesen Radio swasta yang ditubuhkan beberapa tahun dahulu dan taktik kotor mereka kian beleluasa. Malangnya , kini stesen kerajaan juka turut mengekori stesen swasta tersebut. Penderhaka Bangsa dan Bahasa tidak seharusnya dibiarkan begitu sahaja. Marilah kita bersatu untuk menyekat aktiviti penderhaka ini.
Pada 25 November 2007 , dengan mengadakan Perhimpunan Raksasa di Kuala Lumpur kita telah membuktikan kepada pihak-pihak tertentu , bahawa Bangsa ini juga boleh Berjaya. Marilah kita mengembleng tenaga sekali lagi , untuk membuktikan kita juga boleh menghalau Penderhaka Bahasa. Marilah kita menghalau penderhaka tersebut yang periuk nasinya adalah sumber Bahasa Tamil .
Berikut disenaraikan kejayaan Penderhaka Bahasa / Bangsa tersebut :
Kehilangan Pengacara (DJ) yang arif dan fasih berbahasa
Sejak Rajasegaran dilantik sebagai Pengawal Minnal.fm pada Ogos 2005 , Mu.Shankar tiada lagi di situ bermula bulan September. Kumaran telah hilang. Rajeswary telah bertukar jwatan ke bahagian lain. Stesen telah kehilangan penerbit yang berkaliber seperti di atas. Setelah dapat bertahan sekian lama Meenakumari telah lari ke Radio swasta. Suara Vijayan dan Sillali tidak kedengaran lagi. Kavirajan hanya muncul di rancangan sukan. Jamuna dibalas dendam. Thayalan dihalau. Siva telah hilang dalam beberapa bulan sahaja. Minnal telah kehilangan banyak pengacara bawah pengawal ini.
Menambahkan Waktu Siaran Bahasa lain
Dahulunya lagu Hindi ke udara selama 20 minit selepas berita pukul 9.00 pagi. Tetapi kini, di bawah pengurusan Penderhaka Bahasa ini , lagu Hindi ke udara selama 55 minit selepas berita 10.00 pagi. Kenapakah waktu lebihan diperuntukkan untuk Bahasa yang tiada banyak pendengar?
Banyak Rancangan Menarik Dihentikan
Rancangan Makkal Naduve yang berfaedah kepada pendengar ditiadakan. Rancangan kesusasteraan telah dihentikan untuk satu jangka waktu. Pentas Muzik (klasik) dihentikan siarannya. Cerpen tiada lagi. Rancangan Ullasa Oorvalam dikeluarkan daripada senarai rancangan. Rancangan Ullaasa Oorvalam adalah rancangan yang memupuk bakat seni negara. Banyak artis telah mencari nafkah melalui rancangan ini.
Penggunaan Bahasa yang menjijikkan & tidak disenangi
Saya adalah syaitan , saya tidak akan melepasakan sesiapa yang menyentuh saya, Lagi baik anda semua pergi bekerja di Chowkit, Lebih baik pengacara lelaki semua memakai sari, Kalau anda dipecat daripada Minnal , seekor anjing pun tidak akan melayani anda , Jangan gelojoh duit , Saya lahir kepada ibu bapa yang baik , tak tahu pula latar belakang anda , Saya tidak akan mengeluarkan anda dari sini tetapi tindak tanduk saya akan membuat anda sendiri keluar dari sini . Inilah tutur kata Si Penderhaka Bangsa ini kepada pengacara-pengacara Minnal.fm. ( Ada lagi yang lebih menjijikkan yang tidak ditulis di sini mematuhi peradaban penulisan) Inikah ini sifat seorang pemimpin ?
Doa Selamat & Tamil Valthu dihentikan
Biasanya sesuatu mesyuarat dimulakan dengan doa selamat serta ‘Tamil Valthu’. Ia telah diamalkan oleh kepimpinan lalu. Tetapi sejak Si Penderhaka ini mengambil alih ia dihentikan.
Lagu Motivasi pada waktu pagi ditiadakan.
Dari 6.30 pagi hingga 7.00 pagi , biasanya lagu-lagu motivasi serta lagu-lagu berunsurkan moral diudarakan. Tetapi sejak pengambilalihan si Penderhaka ini , lagu lagu berunsurkan cinta dimainkan pada waktu pagi.
Instrumental Pelbagai dihentikan
Dahulunya dari 4.30 pagi hingga 5.00 pagi instrumental seperti Nadaswaram , Veena, Sithar, Jaladarangam, Violin keudara. Tetapi sejak Si Penderhaka menjadi pengawal semua instrumental lain dihentikan melainkan Nadaswaram.
Radio Swasta sebagai pedoman
Anda semua mengikut cara penyampaian yang kuno , kalau anda menggunakan Bahasa yang elok tiada siapa akan mendengan Minnal.fm. Si pengawal ini telah mendesak DJ minnal mengikuti gaya Radio Tamil Swasta yang sedang menghancrkan Bahasa Tamil .
Menghapuskan Penggunaan Bahasa Tamil yang Jitu
Dahulunya radio ini disanjungi kerana menggunakan Bahasa Tamil yang standard serta jitu. Kini penggunaan Bahasa Rojak diarahkan. Pengumuman serta iklan akhir-akhir ini menggunakan bahasa rojak yang mendapat tentangn daripada masyarakat. Adakah Stesen Melayu atau Stesen Cina atau Stesen Inggeris mengamalkan penggunaan Bahasa Rojak ? Bukankah ia bertentangan dengan dasar kerajaan?
Sentiasa Mencari Kesalahan Orang lain untuk menutup kesalahan sendiri
Si Penderhaka ini bertabiat menuding jari untuk menutupi kesilapan yang dilakukan olehnya. DJ yang dimbilnya tidak fasih berbahasa tetapi Rajasegaran menuduh bahawa bahagian berita membuat banyak kesilapan dan memberi arahan kepada DJ mencatatkannya. Dengan ini, permuafakatan dengan bilik berita diabaikan. Begitu huga Si Penderhaka ini sentisa campur tangan dalam bahagian sukan serta bahagian agama Islam.
Pengacara/DJ Yang Tidak Fasih
Sejak Si Penderhaka Bahasa & Bangsa ini menerajui Minnal.fm, Penerbit berkaliber dihentikan atau dipindahkan malah banyak pengacara baru diambil ( serta- merta ) yang tidak fasih berbahasa dan mentah. Pengacara diambil dalam ad-hock basis. Pengambilan dilakukan secara penghantaran SMS. ( Tidak pernah berlaku dalam sejarah RTM). Lantaran itu, kualiti rancangan kini tidak baik berbanding zaman sebelumya.
Sentisa mengelakkan sesiapa yang memanggil ke pejabat atau yang ingin menjumpanya
Perhubungan awamnya PR begitu teruk sehinggakan Si Penderhaka ini enggan berjumpa dengan pendengar yang ingin menemuinya. Seringkali mengelakkan sesiapa yang ingin berbual dengannya melalui telefon. Sentisa menutup pintu biliknya . Adakah ini sifat baik seorang pengawal?
Ego yang keterlaluan
Biar akhbar atau pendengar memberi apa jua komen , kita tidak perlu mengendahkannya. Inilah arahan Si Penderhaka ini.Tidak mesra pendengar. Komen –komen yang membina juga dibaikan.
Lagu Tempatan
Dahulunya , setiap satu jam satu lagu lokal ( Tamil ) ke udara supaya meningkatkan prestasi lagu-lagu tempatan dan juga membantu artis-artis tempatan. Tetapi kini ianya digantikan dengan rancangan 15 minit setiap hari yang jauh kurang bilangan lagunya. Bukankah ia beretantangan dengan dasar kerjaan yang ingin memupuk semangat nasionalisme?
Lagu lama ( klasik)
Ribuan pendengar mendengar radio pada 11.15 malam setiap hari untuk mendegar lagu klasik Tamil selama 40 minit setiap hari. Kini rancangan itu tidak ke udara. Arahan diberikan untuk tidak mengudarakan lagu-lagu klasik kononya hendak menarik golongan muda tetapi kehilangan sokongan ribuan golongan tua.
Mengenepikan Dunia seni tempatan
Apa juga yang berkaitan dunia seni tempatan , terus ditolak ke waktu yang pendengarnya amat kurang ( selepas 12 tengah malam) walaupun ianya penting dari segi nilai. Akan tetapi, Dunia Cinema ( India) sentisa diutamakan. Apa jua yang berkaitan Dunia Perfileman India diudarakan pada Primetime. Kalau artis tempatan , banyak pula halangan yang kena dilalui tetapi artis luar Negara tiada halangan dan terus ke konti. Adakah ini selaras dengan usaha kerajan untuk mempromosikan seni tempatan?
Sivaji The Boss
Sebuah filem lakonan Rajinikanth yang dipasarkan di Malaysia oleh En Velpary ( anak Dato Sri S Samayvellu). Untuk mengampui Dato Sri , komentar filem ini diarahkan ke udara pada waktu pagi ( 8.00 pagi - 9.00 pagi) oleh Rajasegaran. Ini meraih kemarahan masyarakat. Apakah hadiah yang diterima oleh Si Penderhaka ini? Tiada siapa yang tahu.
Radio Komuniti dijadikan Radio Samyvellu
Apa jua program yang dihadiri Dato Sri samyvellu diberi keutamaan. Tidak kira waktu , rakamannya akan diudarakan. ( Tak tahu pula , apa yang diharapkan oleh Si Penderhaka ini? ) Contohnya , ada satu masa dahulu SMS palsu disebarkan bahawa seekor lembu telah memasuki kuil di Sentul dan ia tidak baik untuk masyarakat India lantas mereka harus menyalakan lampu ‘agal’ di depan rumah . Isu ini sepatutnya ditangani oleh seorang tokoh agama. Tetapi si penderhaka ini , terus merekod suara Samyvellu ( 12.00 tengah malam) dan mengudarkannya. Radio komuniti dipergunakan untuk kepentingan diri.
Radio Kerajaan dijadikan Radio Politik
Beberapa ahli politik ditemubual dalam rancangan khas beberapa bulan sebelum pilihanraya ( untuk memenuhi kehendak peribadi) . Tiada siapa yang mengambil tindakan pada waktu tersebut. Tetapi akhirnya hampir kesemua ahli politik yang diwawancara telah kalah dalam pilihanraya. Pelbagai aktiviti politik terutamanya daripada MIC mendapat tempat dalam jadual penyiaran.
Stesen yang bersih menjadi sarang rasuah Radio Tamil ini dikenali di kalangan umum kerana kemashyurannya sebagai sebuah stesen yang dihormati. Tetapi nama baik itu telah dijual setelah Penderhaka ini ambil alih pucuk pimpinan. Apakah sebabnya Piala Samyvellu mendapat liputan yang begitu hebat sekali? Ke manakah perginya duit yang diterima setelah DJ minnal.fm beramai-ramai pergi menari di situ ? Rancangan Kuiz UPSR Kuyil : Apakah motifnya dan ke manakah perginya duit tersebut ? Beberapa acara pentas turut mengundang ahli politik terkenal dan apakah sasaran di sebalik tabir?
Waktu bertugas dilanjutkan tetapi gaji tidak dinaikkan
Waktu bertugas pengacara /DJ dilanjutkan dari 3 jam ke 4 jam tetapi , gaji mereka masih untuk 3 jam. Adakah ini adil? Semua stesen lain membayar artis piecemeal / AB mengikut kadar yang ditetapkan. Kenapakah ia tidak dilakukan di Minnal.fm. Kenapakah tiada tindakan diambil.? Penerbit yang menyoal digut akan diberhentikan.
HINDRAF
Amat sedih , apabila Penderhaka ini memperalatkan Perhimpunan Hindraf yang mengubah halatuju masyarakat untuk kepentingan diri sendiri.
Banyak masalah dalaman timbul sejak Rajasegaran menjadi pengawal minnal.fm. Masalah masalah ini lama-lama menjadi bukit ( bertambah banyak) dan menyebabkan perkolompokan wujud antara DJ. Ada segolongan yang tidak sehaluan dengan gaya pimpinannya mula bersuara. Ini tidak disukai Rajasegaran. Maka Penderhaka ini menunggu masa untuk balas dendam terhadap mereka yang bersuara.
Magendran , Meenakumari , Vijayan , Sillali , Kavirajan , Jamuna dan Thayalan telah dituduh menyertai Perhimpunan Hindraf. ( Sebenarnya tiada sesiapapun daripada mereka menyertai perhimpunan tersebut). Betapa sedih , Perhimpunan yang bertujuan murni disalahtafsir dan diperalatkan oleh Penderhaka ini untuk membalas dendam.
Penderhaka ini telah menulis suatu SMS yang menyatakan 7 orang DJ minnal.fm dilucutkan jawatan dan menyebarkan SMS tersebut. Setelah itu , dia membuat laporan polis bahawa ada orang mengugut akan membunuhnya. ( Pelakon terhandal !)
Harian Tamil dan Malaysiakini membawa perkara ini sebagai berita muka depan/utama pada keesokan harinya. Ketua Pembangkang membawa perkara ini ke Parlimen. YB Menteri Penerangan ( yang penuh berkuasa kononya!) telah murka. Menteri turut serta dalam drama ini dengan melemparkan tuduhan yang sewenang-wenangnya untuk mempertahankan jawatannya. ( Kini , Dia tidak lagi dipilih sebagai ahli parlimen !!!) Ini membuatkan Rajasegaran gembira dan mengatur langkah seterusnya.
Menteri mengadakan PC. ( Penderhaka ini berdiri di sebelah menteri dengan tresenyum lebar). Menteri melemparkan tuduhan yang tidak berasas tanpa berfikir dahulu. Jamuna dan Thayalan telah diberhentikan tugas sebelum ini katanya. Yang lain telah menyertai perhimpunan Hindraf ujarnya. Menteri turut mengeluarkan fitnah bahawa Jamuna dan Thayalan adalah kekasih. ( Cerita yang direka oleh Rajasegaran) . Menteri mengeluarkan kata-kata yang keji dan menghina. ( Padahnya telah diterima sekarang !!) Laporan Polis dibuat terhadap Makkal Osai dan Malaysiakini.
Penderhaka ini telah melakukan perbuatan keji dan terhina dengan melemparkan tuduhan yang tidak berasas terhadap 7 DJ ini dan menghalang mereka terus bertugas.
Menteri turut mengeluarkan penyataan bahawa Indian journalists are not proffessional. Makkal Osai adalah akhbar jalanan katanya . ( Si penderhaka ini berdiri sebelah dan senyum lebar dan menyatakan bahawa Malaysia Nanban juga begitu. ) Menteri turut mengugut wartawan di situ , jika apa yang disebutnya disiarkan , tindakan akan diambil.
Keesokannya, 7 DJ tersebut dipanggil untuk siasatan. Yang paling menyedihkan, dari pintu masuk Angkasapuri mereka dikelilingi polis bantuan yang berpistol, dan dibawa ke bilik Pengarah untuk siasatan . ( Seumpama penjenayah / pelampau). Air mata yang diitiskan mereka seharusnya mesti dijawab oleh semua yang terlibat.
Mereka dihalang bertugas kecuali Magendran dibenarkan selepas beberapa minggu.
Wahai saudara saudari marilah bersama meninggikan suara kita untuk menghalau Penderhaka Bahasa & Bangsa kita dari situ:
Jangan kita benarkan seorang Penderhaka terus mengkhianati Bahasa & Bangsa kita .
Pihak pengurusan RTM tidak mengambil tindakan terhadap Si Penderhaka ini , walaupun banyak aduan telah dibuat . Persoalan 7 orang yang diberhentikan masih belum terjawab walaupun jaminan diberi bahawa ia akan ditangani dalam sebulan.
Maka kini, rakyat harus membuat keputusan ( kerana pihak pengurusan tidak boleh dipercayai lagi) seprti mana yang dibuat pada pilihanraya lepas.
Marilah bersama-sama menentang perbuatan jahat oleh golongan yang tidak bertanggung jawab.
Berikut adalah saluran untuk kita menyuarakan Hak kita :
Menteri Penerangan :
YB DATO AHMAD SHABERY CHEEK
MENTERI PENERANGAN
03-22827046/ 03-22822487
Pejabat Menteri :
OFFICE : 03-22887687/ 7689
Timbalan Menteri :
YB DATO TAN LIAN HOE
TIMBALAN MENTERI PENERANGAN
03-22825330
Ketua Setiausaha :
Y BHG DATO KAMARUDDIN SIARAF
KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PENERANGAN
03-22826875 / 03-22849834
Ketua Pengarah Penyiaran :
Y BHG DATO HJ ABD RAHMAN HAMID
PENGARAH PENYIARAN
03-22825028/ 03-22887303
Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran
Y BHG DATO ADILAH SHEK OMAR
TIMB PENGARH PENYIARAN
03-22825986/ 22887303
Pengarah Penerbitan Radio :
K GIRIJA A/P BALAKRISHNA
PENGARAH PENYIARAN RADIO
03-22823264 / 22887212
Minnal. fm
M. Rajasegaran ( Pengawal ) : 017 3639010
Pejabat : 03-22887277 / 22887571/ 22887793/ 22887497
Kementerian :
KEMENTERIAN PENERANGAN
WISMA TV , ANGKASAPURI
50610 KUALA LUMPUR
Halaman sesawang :
http://www.kempen. gov.my
Anonymous email
1 comment:
Thank you
Post a Comment