Terima Kasih kepada semua anak bangsa Malaysia


27hb Sept 2008 sudah pasti akan menjadi kebangaan bagi setiap individu yang telah berani keluar berarak bersama ribuan yang lain dengan satu tujuan dan satu matlamat dengan membuktikan pada mata dunia bahawa anak bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, kepercayaan agama, peringkat usia dan kefahaman politik yang berbeza dapat berkumpul dan menuntut keadilan terhadap akta kezaliman ISA.

Saya sebagai salah seorang anak bangsa Malaysia yang berdiri teguh di samping perjuangan Hindraf Makkal Sakthi ingin merakamkan ribuan terima kasih dann pujian kepada semua yang telah turut sama menjayakan perarakan aman "Hindraf Anti-ISA CandleLight Vigil".

Sesuatu yang luar biasa terjadi pada perarakan hari ini di mana pihak polis bertindak secara adil dengan menjaga kelancaran trafik dan keselamatan peserta. Tiada sekatan jalan raya, tiada paksaan bersurai, tiada water canon, tiada bom pemedih mata, tiada keganasan mahupun kelakuan keterlaluan dan tiada tangkapan mahupun insiden yang tidak diingini dilaporkan berlaku sepanjang 2 jam tersebut.

Terima kasih kami ucapkan kepada pihak polis yang berlalu adil dan aman dengan menjaga keselamatan dan kelancaran perarakan kami sepanjang tempoh tersebut. Terima kasih yang teramat tinggi juga kepada semua pihak media massa terutamanya yang beroparasi secara online iaitu MalaysiaKini dan TheMalaysianInsider kerana sentiasa memberi ruang kepada kami untuk meluahkan isi hati dan seterusnya mementaskan ianya kepada mata dunia secara adil dan seadanya.Terima kasih juga atas tenaga dan suara laungan anak bangsa Malaysia yang tidak lemah semangat.

Sejauh lebih kurang 1km, daripada Dataran Merdeka sehingga ke Hentian Pudu Raya, laungan bertenaga "Hindraf Vaalga", "Bebaskan RPK", "Mansuhkan ISA" lantang kedengaran daripada para peserta dari berbilang kaum dan peringkat usia. Mungkin bagi mata pelancong asing ianya umpama perayaan yang tidak tertulis dalam kelender tahunan namun yang pasti mereka akan faham segalanya apabila membaca akhbar di pagi nanti.

Semoga masej, usaha dan perjuangan kita pada malam tadi akan menyedarkan mereka-mereka yang sengaja tidak mahu sedar selama ini. Jom bersama-sama kita berdoa agar kesedaran hadir di dalam hati mereka untuk tidak terus menzalimi anak kelahiran MANUSIA dengan ISA.

No comments: