5 Billion Ringgit Duit KWSP Untuk Siapa? (malay language)

Hari ini telah dipastikan bahawa sistem ekonomi kapitalis neo liberal telah berakhir. Krisis ekonomi yang melanda sistem kapitalis neo liberal ini sedang nazak. Secara bengong hanya Najib Razak sahaja yang cuba menafikannya dan berkata bahawa Malaysia ‘terselamat’.

Dasar Ekonomi Bengong Najib Razak ini akan membawa mudarat yang amat sangat kepada orang ramai. Justeru, mari kita memahami dasar ekonomi bengong Najib Razak.

Langkah akhir Najib – dua hari sebelum meninggalkan Kementerian Pertahanan, Najib Razak telah menanda tangani perjanjian untuk membeli Eurokopter. Helikopter ini berharga 2 bilion ringgit. Negara Brazil telah membeli helikopter yang sama dengan harga 1 bilion ringgit. Apakah Malaysia di tipu 1 bilion ringgit ?

Jawabnya - tidak. Harga helikopter ini sama. Tidak berubah-ubah. Tukang buat dan tukang jual ini tidak menipu. Kita rakyat Malaysia yang kena tipu oleh Najib Razak. Harga ini telah ‘dinaikkan’. Yang membayar nanti ialah kita semua kerana yang membeli helikopter ini ialah keajaan. Kerajaan itu orang ramai. Orang ramai itu ialah kita semua.

Cara ‘menipu’ ini samalah seperti cara Najib Razak membeli jet pejuang Sukhoi dan kapal selam dari Peranchis. Yang berbeza kali ini hanyalah tidak ada perterjemah cun dari Mongolia. Juga kali ini bukan syarikat perunding Razak Baginda yang menjalankan urus jual/beli. Ini kerana Razak Baginda penasihat politik Najib Razak sedang ditahan dalam penjara kerana dituduh terlibat membunuh Altantuya.

Berita masih belum jelas syarikat kroni mana pula yang mendapat komisen 1 bilion ringgit membeli Eurokopter ini.

Dari mana agaknya duit-duit ini akan datang ? Apakah duit ini juga datang dari punca yang sama? Dalam suasana gawat ini banyak persoalan timbul kenapa beli helikopter?

Pertanyaan ini terjawab pantas. Belum pun satu bulan menjadi Menteri Keewangan Najib Razak telah ‘mengsongklap 5 billion ringgit’ duit KWSP. Duit ini ialah duit simpanan kaum buruh dan kaum pekerja. Duit KWSP adalah duit simpanan yang wajib disimpan oleh semua pekerja. Majikan juga diwajibkan menyumbang sama dalam dana KWSP. Duit KWSP ini bertujuan untuk akan digunakan di hari tua – sebagai pencen atau untuk diambil membuat rumah, pergi naik haji dan sebagainya.

Menurut dasar ekonomi bengong Najib Razak duit 5 bilion ringgit ini akan disalurkan kepada syarikat ValueCap Sdn.Berhad. Tujuan penyaluran duit KWSP ini ialah untuk menaikkan harga nilai saham-saham syarikat-syarikat yang dianggap ‘nilai jatuh’.

Persolaan timbul - nilai saham ini rendah ialah kerana orang ramai tidak yakin terhadap syarikat-syarikat ini. Memasukan duit ke dalam syarikat ini tidak akan membawa apa-apa keuntungan. Untuk sementara waktu kemungkinan nilai saham syarikat ini akan naik tetapi akhirnya akan jatuh terlungkup juga.

Apabila saham ini mendapat suntikan 5 bilion ringgit maka nilai saham ini akan naik. Bila nilai saham ini naik maka makin ramai tuan empunya saham akan menjualkan saham mereka kerana ekonomi sedang gawat. Bila saham banyak terjual maka nilai saham ini akan jatuh kembali.

Hanya orang bengong sahaja yang tidak faham bagaimana spekulasi bergerak pantas di Bursa Saham Kuala Lumpur. 5 bilion ringgit ini akan di cekup oleh pemodal besar terutama dari luar negara. Dalam masa yang singkat 5 bilion ringgit ini pasti akan hangus. 5 bilion ringgit ini adalah duit kita semua di judikan di Bursa Saham oleh Najib Razak.

Lihat pula ekonomi kita. Harga bahan bakar petrolium telah jatuh. Ketika menulis ini harga satu tong minyak mentah ialah 62 dolar. Untuk mengeluarkan minyak dari perut laut Petronas memerlukan 60 dolar. Ertinya dalam satu tong kita hanya untung 2 dolar. Jika harga minyak jatuh lagi maka akan tidak berbaloi untuk Petrons mengeluarkan minyak.

Lihat pula harga kelapa sawit. Harganya juga telah jatuh. Pada ketika ini harga satu tan minyak kelapa sawit kurang lebih 1,500 ringgit. Perbelanjaan untuk mendapat satu tan minyak sawit dianggarkan antara 1,200 ke 1,700 ringgit. Dalam masa yang tidak lama kos pengeluaran – baja, buruh, pengangkutan - lebih mahal dari pendapatan.

Justeru, kerana menyedari semua ini Pakatan Rakyat telah meminta agar Balanjawan 2009 di ulang kaji kembali. Belanjawan 2009 yang dibentangkan di Parlimen sekarang berdasarkan harga minyak yang melebihi 100 dolar satu tong dan harga kelapa sawit hampir 3000 ringgit satu tan.

Pendapatan negara yang dijadikan asas Belanjawan 2009 bergantung kepada hasil bahan bakar minyak petrolium dan minyak sawit. Jika harga dua bahan ekspot kita ini jatuh ertinya pendapatan negara jatuh. Justeru Belanjawan 2009 wajib di ulang kaji.

Najib Razak yang menjalankan dasar Ekonomi Bengong telah menolak permintaan Pakatan Rakyat di Parlimen. Apa yang dilakukan oleh Najib Razak ialah ‘mengsongklap duit KWSP.’

Selama lebih dari 30 tahun sistem eknonomi kapitalis neo liberal telah diperkenalkan oleh Amerika Syarikat. Kapitalis neo liberal bermakna – apa yang boleh jual di jual – apa yang boleh beli dibeli. Sistem kapitalis ini telah mengenepikan peranan daulah. Kerajaan TIDAK dibenarkan memiliki hospital, sekolah dan universiti, leterik, sistem pengangkutan, air atau menyediakan subsidi untuk orang ramai. Menurut falsafah neo liberal jika kerajaan campur tangan maka sistem kapitalis akan cacat.

Justeru gerombolan United Malays National Organistion telah turut sama mengamalkan sistem kapitalis neo liberal. Hasilnya – lembaga api leterik dijual pada kroni, lembaga agihan air di jual pada kroni, membuat jalan raya di jual pada kroni, hospital dijual pada kroni. Siapa kroni ini ? Mereka adalah anak beranak dan kaum keluarga gerombolan United Malays National Organisation.

Untuk menipu rakyat maka gerombolan United Malays National Organisation telah mengatakan bahawa ini adalah Dasar Ekonomi Baru untuk menolong orang Melayu. Bila ada kritikan muncul maka gerombolan ini akan berselindung di bawah Perlembagaan dan Hak Keistemewaan Orang Melayu. Jika kritikan datang dari yang Bukan Melayu maka mereka akan mengatakan bahawa orang Bukan Melayu tidak ada hak untuk membincangkan hak keisntemewaan Melayu. Gerombolan ini akan mengancam dengan tindakan undang-undang.

Tingkah laku dan perangai gerombolan United Malays National Organisation ini samalah seperti satu gerombolan perompak selepas melakukan rompakan akan berselindung di Masjid atau di Kuil atau di Gereja. Ini taktik yang telah dilakukan oleh gerombolan United Malays National Organisation berulang-ulang kali.

Dasar Ekonomi Bengong Najib Razak ini akan membawa mudarat yang maha besar kepada kita semua – Melayu dan Bukan Melayu. Ekonomi kapitalis tidak pernah kenal kamu beragama apa, kamu berbangsa apa atau kamu bersembayang dimana. Apabila ekonomi kuncup yang terpukul henat ialah kelas bawahan – kaum pekerja, kaum buruh, kaum tani dan nelayan dipukul hebat. Ramai warga akan hilang pekerjaan dan mata pencarian.

Kita wajib menerima hakikat bahawa Malaysia turut sama mengamalkan sistem ekonomi kapitalis neo liberal. Sistem ini berpusat di Amerika Syarikat. Apabila ekonomi Amerika Syarikat menguncup maka semua ekonomi kapitalis neo liberal dalam dunia ini juga akan menguncup sama.

Justeru Pakatan Rakyat tidak ada pilihan melainkan wajib mengambil alih kerajaan secepat mungkin untuk menyelamatkan negara dari bencana kemelesatan ekonomi. Dasar Ekonomi Bengong Najib Razak wajib diganti secepat mungkin. Malah Najib Razak sendirikan wajib di humbankan ke dalam tong sampah sejarah

Langkah awal ialah konsep KEMBALI KE BUMI. Petanian wajib di jadikan tulang belakang ekonomi Malaysia. Pertanian ini bukan hanya menanam sawit atau getah sahaja tetapi rakyat wajib dibantu untuk menanam tanaman untuk dimakan. Jika ekonomi meleset orang ramai masih ada makanan. Makanan untuk diekspot bukan tujuan utama kerana pasaran makanan dunia juga sedang menguncup. Jika kita dapat mengekspot makanan maka anggaplah ini adalah sebagai bonus.

Kembali Ke Bumi ini bertujuan untuk membeli masa agar kita dapat menyusun kembali struktur ekonomi kita yang selama 30 tahun ini telah di porak perandakan oleh dasar kapitalis neo liberal.

Tidak dapat tidak penstrukturan baru ekonomi yang akan dibawa oleh Pakatan Rakyat tidak akan berpandukan keuntungan maksima atau dasar – apa boleh jual jual – apa boleh beli beli. Struktur ekonomi baru wajib memperlihatkan peranan daulah yang lebih kuat. Wajib diwujudkan garis pemisah untuk memisahkan pengaruh kaum pemodal dari politik negara.

Kuasa kaum pemodal menentukan dasar ekonomi negara adalah dasar neo liberal. Dasar ini sedang terbogel dan terbukti meleset dan gagal. Dasar kapitalis neo liberal ini wajib ditinggalkan. Rakyat dunia memerlukan satu struktur baru yang berasakan kekuatan kaum pekerja, buruh dan tani.

tukartiub
29/10/08

No comments: