Polis lepaskan tembakan gas, cuba gagalkan ceramah Anwar

SUNGAI PETANI: Polis telah melepaskan gas pemedih mata ke arah orang ramai yang berhimpun untuk mendengar ceramah Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi.

Selain tembakan tersebut, trak FRU juga telah mengguna water cannon dengan menyembur air ke arah oarang awam yang sejak awal lagi sudah berkumpul untuk mendengar amanat Anwar bersempena pilihan raya kecil Bukit Selambau yang akan di adakan pada 7 April depan. Kejadian itu berlaku kira-kira 10 minit selepas Anwar memperkenalkan calon KeADILan Bukit Selambau kepada umum.

Tindakan polis telah mengakibatkan suasana menjadi kelam-kabut dan ceramah beliau terpaksa dibatalkan yang diadakan di padang awam Cinta Sayang Sungai Petani.

Dianggarkan lebih 1,000 polis berada di padang tersebut dan cuba menyuraikan hampir 10,000 orang ramai yang berhimpun.

Keadaan menjadi huru-hara apabila orang ramai sukar mencari tempat perlindungan setelah terkena kira-kira 50 das tembakan.

Difahamkan 4 orang telah ditangkap dan terdapat pelbagai sekatan jalan raya menju ke tempat ceramah.

Perkara itu disahkan sendiri oleh seorang penulis dan novelis terkenal yang turut berada di tempat kejadian melalui sistem pesana ringkas kepada Harakahdaily jam 10 malam tadi.

Harakah
24/03/09

No comments: