Wujud 2 undang-undang rasuah di Malaysia!

Apakah Malaysia menggunapakai dua undang-undang berkaitan rasuah apabila pemimpin Umno yang disahkan terbabit dengan rasuah tidak diambil tindakan malah didiamkan begitu sahaja.

Sebaliknya kalau tuduhan dibabitkan pemimpin Pakatan Rakyat atau pegawai kerajaan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera menyiasat.

Pesuruhjaya PAS? Pahang, Dato? Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, berdasar kepada amalan di negara ini sekarang? kelihatan dakwaan rasuah yang melibatkan pemimpin Umno seperti dikecualikan daripada dikenakan tindakan.?????????????

???????????????????? "Buktinya dapat dilihat apabila rasuah?yang berlaku dalam Umno dianggap tidak menjadi satu kesalahan, sebaliknya kalau berlaku membabitkan orang lain tindakan segera diambil.

"Mana ada negara mempunyai dua undang-undang mengenai rasuah seperti di Malaysia. Biar pun mereka cuba menggunakan istilah rasuah politik namun kesalahan tetap sama,? katanya pada ceramah di Kampung Gong Penaga dekat sini, baru-baru ini.

Baru-baru ini, Lembaga Displin Umno memutuskan Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam didapati bersalah? mengamalkan politik wang ketika kempen merebut jawatan utama dalam Umno sempena Perhimpunan Agung parti tu bermula minggu ini.

Naib Presiden Umno itu sebelum ini menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor, Ustaz Kamal Saari berkata, politik wang dan rasuah merupakan kesalahan yang sama kerana ia melibatkan pemberian wang bagi memenangkan jawatan yang ditandingi.

Katanya, kesalahan tersebut begitu besar dan tidak pula disiasat SPRM biar pun banyak pihak membuat laporan kepada badan itu terhadap kesalahan yang dilakukan Mohd Ali.

Tuan Ibrahim juga berkata. Dato' Seri Najib Razak dikatakan agak kelam kabut memandangkan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi belum lagi menetapkan tarikh penyerahan tugas.

"Saya difahamkan sudah tiga kali Najib bertemu Abdullah bagi mendapatkan tarikh penyerahan kuasa," katanya.

Menurutnya bakal perdana menteri kini dihantui banyak masalah peribadi termasuk dakwaan sebuah akhbar di Perancis, di mana Najib dilaporkan mengenali Altantuya, wanita Mongolia yang mati dibunuh dengan kejam di negara ini.

Kata beliau Pemuda Umno sepatutnya berarak ke kedutaan Perancis di ibu negara bagi menghantar memorandum bantahan terhadap penyiaran berita tersebut sekiranya Timbalan Perdana Menteri benar-benar tidak terbabit.

Beliau juga berkata, imej Najib tambah teruk apabila beliau dikatakan menjadi peneraju utama kepada 'rampasan' kuasa di Perak sehingga menyebabkan wujudnya dua kerajaan di negeri itu sekarang.

"Ekoran tindak tanduk pemimpin terbabit menyebabkan suasana politik di Perak tidak lagi aman melainkan dibubarkan Dewan Undangan Negeri," ujarnya.

Harakah
22/03/09

No comments: