Polis berdemo depan Pejabat Agung PAS


KUALA LUMPUR: Kerana percaya satu demonstrasi akan berlaku di perkarangan Pejabat Agung PAS selepas Jumaat hari ini, lebih 20 anggota polis memenuhi perkarangan pejabat PAS Jalan Raja Laut itu.

Para kakitangan pejabat PAS itu menganggap, anggota polis yang berdemo hari ini kerana tidak ada seorang pun ahli PAS yang berkumpul di situ untuk berdemo.

Demostrasi itu dikatakan akan diadakan sebaik sahaja selesai solat Jumaat hari ini, namun tidak ada sebarang kelibat demonstrasi itu.

Polis yang berpakaian seragam dan preman memenuhi kedai-kedai dan perkarangan kedai di depan pejabat PAS itu.

Turut serta adalah beberapa wartawan dan jurugambar.

Polis dan wartawan mula beredar kira-kira jam 3.20 petang selepas hampir satu jam setengah berkumpul di pekarangan bangunan PAS itu.

Sejak dua hari lepas, SMS yang menyebut satu demo akan diadakan di perkarangan Pejabat Agung PAS tersebar ke merata-rata.

Wartawan juga turut menerimanya menyebabkan ada di kalangan mereka percaya dengannya.

SMS itu berbunyi, "Demo bersih di pejabat PAS jln raja laut pada 19.6.09 selepas solat jumaat."

Ia, kata SMS itu akan dianjurkan oleh Bersih.

Ia telah memarahkan Haji Mohamad Sabu iaitu Pengerusi Jawatankuasa Mobilisasi Demokrasi PAS yang selama ini menganjurkan demo Bersih.

Demo kali ini dikatakan akan dilakukan oleh mereka yang menentang kononnya ada kerjasama sesetengah pemimpin PAS dengan Umno untuk menubuhkan kerajaan perpaduan.

Tahun lalu, SMS yang serupa juga beredar di kalangan penyokong PAS dan media. Demo dikatakan akan diadakan untuk membantah muzakarah antara Umno dengan PAS ekoran pendedahan mesyuarat sulit antara Umno dan PAS oleh Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi.

Namun, demo itu juga tidak ada.

19/06/09

No comments: