Iktiraf bukan Melayu sebagai bumiputera baru !Malaysia ada makna

Ramai keluarga rakyat Malaysia, seperti kaum Cina dan India, telah menetap di negara lebih daripada 100 tahun. Mereka telah menyumbang kepada pembangunan negara, termasuk membantu negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dari jajahan British.

Berdasarkan kenyataan Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Nazri Abdul Aziz (seperti dilaporkan Bernama), terdapat lebih kurang 60,000 warga Siam di semenanjung Malaysia yang dikategori sebagai Bumiputera dan menikmati hak status Bumiputera seperti kaum Melayu. Mohamed Nazri turut berkata warga Siam telah menetap di sempadan Thailand dengan Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak dan telah lama tinggal di negara.

Mohamed Nazri Abdul Aziz (gambar kiri) turut menyeru orang ramai untuk memahami pemberian taraf warganegara dan status Bumiputera kepada warga Siam.

Berhubung kenyataan tersebut, saya menyokong langkah kerajaan mengiktiraf hak dan status warga Siam di negara kita. Pemberian status warganegara dan Bumiputera tersebut adalah adil memandangkan sumbangan warga Siam di dalam pembangunan negara setelah sekian lama.

Dalam isu yang sama, adalah diharap agar kerajaan menimbang untuk mengiktiraf semua rakyat yang dilahirkan di Malaysia sebagai "Bumiputera" dalam masa terdekat, tanpa mengambil kira negara asal keturunan mereka.

Ramai keluarga rakyat Malaysia, seperti kaum Cina dan India, telah menetap di negara lebih daripada 100 tahun. Mereka telah menyumbang kepada pembangunan negara, termasuk membantu negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dari jajahan British.

Kebanyakan mereka juga tidak pernah menjejak negara asal keturunan mereka dan mungkin tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan sesiapa di negara asal keturunan mereka. Bagi mereka, Malaysia merupakan satu-satunya negara di dalam kehidupan mereka.

Oleh itu, saya berharap kerajaan menimbang untuk mengiktiraf semua rakyat Malaysia bukan Melayu sebagai "Bumuputera" sekiranya:-

1. Mereka dilahirkan di Malaysia, dan

2. Ibu-bapa dan datuk-nenek mereka adalah warganegara Malaysia.

14/06/10

No comments: