Perhimpunan HRP diteruskan esok walau tanpa permit

Feb 26, 11 6:56pm

Perhimpunan yang dirancang oleh Parti Hak Asasi Manusia (HRP) akan tetap diteruskan esok walaupun ianya dilarang oleh pihak polis dan kerajaan.

NONE"Ia tetap diteruskan. Tidak ada perubahan," kata ketua penerangannya, S Jayathas.

Bercakap dengan Malaysiakini, beliau berkata, kerajaan telah berkali-kali menolak permohonan mereka untuk mendapatkan permit polis.

Jayathas berkata surat-surat telahpun dihantar kepada ketua polis negara, Kementerian Dalam Negeri serta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri.

"Tidak ada sebarang jawapan pun dari mereka," katanya.

Namun, katanya, HRP akan berhimpun di Kuala Lumpur pagi esok yang mereka harap akan mengulangi perhimpunan Hindraf pada November 2007 yang disertai oleh 30,000 orang.

Ketika itu, Hindraf telah menganjurkan demonstrasi terbesar di ibunegara, yang merupakan kemuncak kepada ketidakpuasan hati masyarakat India kerana didakwa dipinggirkan.

brickfields uthayakumar hindraf 280209 water cannonHindraf kemudiannya diharamkan dengan lima pemimpinnya ditahan
di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Mereka semua telah dibebaskan, dan sebahagiannya kini bersama HRP.

Sambil mengakui perhimpunan esok mungkin tidak sebesar 2007, tetapi Jayathas berkata, mereka berharap bahawa "dua atau tiga ribu orang" akan keluar menyertai protes anti-rasis itu.

1 comment:

Anonymous said...

Kat Singapura ada beratus ratus sekolah tamil.