Setiausaha Agung PSM, Arutchelvan mengesahkan kepada MerdekaReview bahawa keenam-enam tahanan telah dibebaskan tadi, dan beliau kini berada bersama mereka.
Menurut peguam mereka, Yudi, keadaan keenam-enam orang EO6 agak baik. Bagaimanapun, beliau berkata dirinya gagal menilai keadaan kesihatan mereka secara teliti kerana dirinya bukan doktor.
Jeyakumar Devaraj mula melancarkan mogok laparnya sejak semalam, mendesak agar kerajaan membebaskan diri dan rakan seperjuangannya. Malah, 36 orang warga Malaysia menyatakan kesediaan untuk mencukur rambutnya pada pagi esok sebagai bantahan terhadap penahanan EO6.
Bagaimanapun, candle light vigil yang dijadualkan untuk berlangsung pada jam 9 malam ini akan diteruskan di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor. Menurut Arutchelvan dalam Facebooknya, satu majlis menyambut pembebasan EO6 bakal dijalankan pada jam 7.30 petang ini, di tempat yang sama.
No comments:
Post a Comment