Adalah amat jelas sekarang bahawa slogan ‘Rakyat Didahulukan’ merupakan retorik kosong Perdana Menteri Najib Tun Razak jika beliau gagal mengarahkan syarikat-syarikat telekomunikasi supaya jangan membebankan para pengguna kad telefon pra-bayar dengan caj 6% cukai kerajaan.
Ini membuktikan dengan jelas bahawa slogan ‘Rakyat Didahulukan’ memang bererti Rakyat akan Didahulukan untuk menyumbang kepada dana Kerajaan Persekutuan dan dana ini kemudiannya akan dibazirkan dengan sewenang-wenangnya oleh Kerajaan Persekutuan serta untuk memanfaatkan kepentingan mereka dan kroni mereka.
Adakah ini hadiah dari Kerajaan BN sempena merayakan Hari Malaysia pada 16hb September?
Tetapi penulis berpendapat bahawa cukai 6% ini yang akan membebankan pengguna dari golongan pesara, golongan miskin dan yang berpendapatan rendah akan memberikan peluang kepada Najib untuk menjadi hero jika beliau berjaya menghentikan syarikat-syarikat telekomunikasi dari membebankan para pengguna pada masa kegawatan ekonomi yang sedang dialami oleh negara.
Bagus! Bijak! Inilah strategi murahan Najib untuk meraih sokongan rakyat.
Satu situasi diwujudkan dan dipermainkan dan selepas itu diselesaikan oleh Najib untuk menunjukkan yang beliau adalah seorang pemimpin yang berkebolehan. Beliau mesti ‘mewujudkan satu situasi dan menyelamatkan situasi tersebut’ untuk menjadi hero demi meraih sokongan rakyat.
Dan rakyat akan dipermainkan dan diperbodohkan dengan cara yang begitu mudah sekali. Ini menunjukkan bagaimana senangnya untuk menipu dan memperdayakan rakyat 1Malaysia.
No comments:
Post a Comment