Setiausaha Jingga 13, VK Vicky membuat laporan tersebut di pejabat SPRM Selangor di Shah Alam jam 11. 30 pagi hari ini.
PETALING JAYA: NGO Jingga 13 membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mendakwa Perdana Menteri menyalahguna kuasa ketika majlis sambutan hari jadi beliau dan pertunangan anak perempuannya.
Setiausaha Jingga 13, VK Vicky membuat laporan tersebut di pejabat SPRM Selangor di Shah Alam jam 11. 30 pagi hari ini.
Kordinator NGO itu, Faris Musa memberitahu FMT, “Jingga 13 meminta SPRM menyiasat secara adil dan telus kes tersebut”.
`Serah bukti’
“Kami menyerahkan bukti dan dokumen kepada SPRM mengenai salah guna kuasa oleh Najib untuk kepentingan yang tidak ada kena mengena dengan jawatannya.
“Dalam kedua-dua majlis tersebut, Pejabat Perdana Menteri digunakan untuk membiayai kos. Jawaban bahawa Najib yang membayar kos tidak disertakan bukti,” kata Faris.
PKR mendakwa majlis sambutan hari jadi Najib di Seri Perdana pada 24 Julai membabitkan jumlah RM79,053 itu dibiayai Pejabat Perdana Menteri.
Manakala kos majlis pertunangan anak perempuan Najib membabitkan kos RM409,767, dakwa Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.
Bagaimanapun, Pejabat Perdana Menteri menafikan majlis itu ditanggung pejabat berkenaan.
No comments:
Post a Comment