Tugas dan misi rakyat semua ialah membantu Najib membuktikan kejujuran permohonan maafnya. Cara yang terbaik membantu PM Najib ialah memastikan dia menjadi ketua pembangkang dalam Parlimen yang akan datang.
Kenapa? Dengan cara yang demikian, pengucapan mohon maaf akan menjadi perbuatan dan perlaksanaan.
Ini bukan isu sombong. Kalau sombong, kita boleh melupakan dengan senang orang yang sombong. Ini isu kerajaan yang korap dan lemah. Ini isu sebuah kerajaan yang setelah 50 tahun lebih memerintah, masih gagal meningkatkan kesejahteraan rakyat Bumiputera.
Ini isu kerajaan yang kleptokratik, yang membenarkan pimpinan politik kerajaan dan pentadbir kerajaan menyalah guna kuasa untuk mendapat sumber kekayaan. “Kleptocracy” ialah kerajaan oleh pencuri untuk pencuri.
Penyenaraian FGV akan menyebabkan FELDA hilang RM2 billion lebih dari bajet untuk mengurus dan mentadbir Felda. Dari penyenaraian tersebut, Felda akan mendapat sebahagian kecil keuntungan dari IPO tersebut. Daripada bahagian tersebut, Felda akan bayar hutang EPF sebanyak RM3 billion. Dari bahagian tersebut juga Felda kena bayar durian runtuh kepada peneroka dan warga KPF.
Setelah tempoh bulan madu habis, apa akanjadi pada masa depan Felda dimana 112,000 peneroka terdiri dari majoritinya Melayu? Bolehkah Felda menyediakan kemudahan dan khidmat pada tahap yang sedia ada dengan bajet sebanyak RM 400-500 juta setahun?
Dan bahagian besar untung dari IPO pergi kepada mana? Ianya pergi ke kantung pejabat PM.
Dan PM Najib memohon maaf daripada rakyat diatas “corporate deception” ini?
Jika rakyat memaafkan dan menyambung hayat pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN), negara ini akan menuju kepada suatu mutation demokrasi-oligarchy iaitu pemerintahan oleh elit politik dan elit bisnes. Malah, inilah yang kita sedang lihat terjadi depan mata kita akibat merelakan pemerintahan Umno dan BN.
Kita kena faham mengenai saikoloji penyokong dan pimpinan Umno. Umno bukan dipacu oleh perjuangan suatu seruan. Mereka semua adalah “in business”. Budaya Umno adalah budaya “tender-preneurship”.
Kita jangan terpedaya apabila PM Najib memohon maaf diatas keterlaluan kerajaan BN pada tahun 2008. Disebalik permohonan maaf tersebut terkandung salah satu penyebab penolakan rakyat kepada BN. Iaitu bongkak dan sombong. Bolehkah sombong yang tersurat mahu di nyahkan dengan kesombongan yang tersirat?
Mohon maaf Najib sebenarnya, adalah “pompous arrogance” yang di salut dengan gula. Kenapa kita kata “pompous arrogance”? Kerana ianya mengandung fikiran bahawa Umno dan BN memiliki monopoli dan hakmilik kekal untuk memerintah negara sesuka hati.
Sudah sampai masanya rakyat menyedari bahawa semua kita, parti politik menawarkan diri untuk di beri peluang memberi khidmat, mengurus dan mentadbir kerajaan dengan baik. Bagaimana kita menawarkan diri? Dengan meyakinkan rakyat kita boleh menyediakan pimpinan yang terbaik. Bukan dengan mintak maaf. Kalau jujur undur diri bukan mohon maaf.
Kerajaan yang baik itu bergantung kepada satu perencah yang penting. Rahsia kerajaan yang baik ialah pimpinan yang baik.
Sebab terbesar Umno dan BN kian di tolak, ialah mereka gagal menyediakan pimpinan terbaik. Dan ianya bermula dari Najib sendiri. Sikap yang suka kepada membina palace plots, berpakat dengan kuncu-kuncu dan klik-klil, menunjukkan bahawa Umno dan BN tidak lagi mampu menawarkan kepada rakyat pimpinan yang baik.
Dibawah pimpinan Najib, yang kita lihat ialah kemunculan klik-klik kepimpinan yang beranggapan misi meraka bukanlah menawarkan khidmat dan permohonan di beri pelaung untuk “serve the country”, tapi untuk menentukan klik mereka mengatasi kilk yang lain berlumba mendapat kuasa. Apabila misi berjaya, maka, “to the victor, all the spoils”.
Kenapa, rakyat mahu memaafkan Najib, sedangkan dia tidak mahu berjajnji bahawa gejala to the victor belongs all the spoils di hapuskan? Ini punca dan penyebab segala rasuah, segala salah guna kuasa, segala kesombongan yang muncul dari pimpinan Umno dan BN. Helo pak Najib, ketaat setiaan rakyat di bina dengan fikiran dan penghujahan, bukan dengan pembayaran dan keganasan.
Kita mesti beritahu Najib dan juga warga PR, bahawa sesiapa yang memerintah, memerintah at the pleasure of the rakyat. Tidak ada orang mempunyai hakmilik kekal. Semua hanya mempunyai TOL yang kekal. Dan apabila pleasure rakyat terhakis dan bertukar menjadi displeasure, maka kerajaan akan di ubah.
No comments:
Post a Comment