Semenjak
tahun 1981( kurang lebih ketika seorang yang bernama Mahathir Mohamed)
mengambil alih jawatan presiden UMNO dan PM, UMNO menyimpang dari
perjuangan asal. Ianya bukan lagi parti yang mendahulukan rakyat, tapi
mendahulukan diri sendiri, kaum keluarga, sahabat, kroni, yang boleh
menangis bila bertemu, dan Melayu UMNO. UMNO dah jadi parti yang rasuah,
melanun dan merompak kekayaan negara ini.
setiap
tahun RM20-30 billion hilang melalui rasuah. Dalam masa 10 tahun,
RM1300 billion atau RM130 billion setahun telah hilang. Jumlah ini
separuh daripada bajet negara. Bayangkan jika jumlah ini di kembalikan
ke dalam bajet negara dan di agihkan kepada belanja pembangunan, negara
kita akan lebih sejahtera. Akan tetapi sebab kita ada kerajaan yang
penuh dengan lanun dan perompak, negara kita musnah dan ranah.
Setiap
harga tender adalah harga yang di UMNOkan. PLUS sepatutnya menelan
belanja hanya RM 3 billion, tapi di koskan kepada kerajaan sebanyak RM 6
billion. Operator PLUS sudah mengutip RM 18-19 billion, maka apa perlu
lagi operator ini meneruskan perniagaan mengutip tol?
Biarlah
lembu terus menjadi lembu, jangan kita, terutama orang Melayu pula
menjadi lembu. Projek MRT di berikan kepada Gamuda-MMC kerana MMC milik
penghulu kroni dan serial plunderer of our nation’s wealth. Gamuda ada
kaitan dengan keluarga di Raja Perak. Harga RM 50 billion sangat tidak
munasabah dan mengapa kita perlu menggunakan kaedah swiss challenge
method, kita tidak faham. Mengapa tender terbuka tidak di buat. Jawapan
nya, harga muktamad projek MRT belum kita ketahui. Yang kita tahu ialah
kos nya akan di UMNOkan.
Bila
harga dan nilai sesuatu projek di UMNOkan bermakna, kos nya di tambah
30-40%. Ini sesuai dengan DEB kan? Kecuali bumiputera yang untung
melalui dasar tersebut ialah kelompok PUTERA dari istilah BUMI-PUTERA.
Putera bangsawan, putera pemimpin politik, putera2 elit- mereka yang
untung. Rakyat bumi tertingal dan di tinggalkan di belakang dan bila
mendapat RM 500 atau RM 100, di iringi dengan leteran panjang lebar
bagaimana berjimat cermat.
Wakil
peneroka yang menyetujui penyenaraian FGV menandatangani warrant mati
peneroka Felda. 360,000 hektar tanah Felda holdings dan segala asset
yang lain akan di pindahkan kepada FGV. Setelah tempoh bulan madu habis
dan durian runtuh habis, peneroka akan merana dan akan menjadi hamba
abdi kepada FGV. Apabila bajet tahunan FELDA hanya tinggal RM 400 juta,
peneroka akan sedar bahawa Felda tidak ada wang untuk mebayar gaji dan
menyenlenggara rancangan felda seluruh negara. Pegangan KPF yang hanya
sekitar 35% dalam FGV akan untung hanya jika pengurusan FGV pandai
berniaga dan melabur. Ia tidak ada rekod untung kecuali 2 tahun
kebelakangan ini. itu pun dengan melakukan silap mata- kos di tanggung
oleh Felda, bahagian untung di ambil oleh FGV.
Wakil
KPF yang menyetujui plan penyenaraian FGV akan menanggung tanggung
jawab mengkhianati 112,000 peneroka Felda di seluruh negara.
Apa yang UMNO ada untuk jadi releven kepada orang Melayu?
Bahkan,
UMNO tidak mampu untuk mengakui mereka suara kepada majority orang
Melayu. Dalam tahun 2008, daripada 5.7 juta pengundi Melayu, hanya 2
juta yang menyokong calun UMNO. Mengapa orang Melayu menolak UMNO? Sebab
nya ialah orang Melayu memerdekakan diri mereka dari jiwa hamba dan
melihat UMNO kekal sebagai struktur yang menyokong system feudal.
Kecuali kali ini, UMNO menggantikan raja yang feudal dan menghamba
abdikan orang Melayu.
UMNO
hari ini hidup dan beroperasi atas beberapa metos; (1) memperjuangkan
kepentingan semua orang Melayu (2) memperjuangkan agama Islam dan (3)
mempertahankan institusi Raja Melayu. Keutamaan yang di beri kepada
metos yang mana, mengikut keadaan semasa.
Bila
dirasakan orang Melayu terancam, maka kegelisahan dan ketakutan orang
Melayu di utamakan. Negara Malaysia jadi repablik jerit mereka. PM orang
Cina laung mereka. Habislah Melayu jika UMNO kecundang. Insitusi Raja
Melayu akan di hapuskan. Agama Islam di ancam.
Siapa
yang ancam agama Islam? Jika agama Islam lemah, punca utama nya ialah
orang yang beragama Islam itu, iaitu Muslim itu lemah. Miskin pada
perangai2 mulia yang membawa kepada kemajuan dan kejayaan- itulah sifat
yang terutama ada orang Melayu. Walaupun Zaaba menulis mengenai
kemiskinan pada sifat dan perangai2 mulia dalam tahun 1927, apabila saya
lihat Ibrahim Ali dan geng2 dia bercakap mengenai perkara perkara
ekstrimis, apa yang di nyatakan oleh Zaaba 85 tahun dahulu, masih ada
pada orang Melayu.
Berapa jumlah orang kristian di negara kita ini? berapa orang kristian yang ada dalam DAP? Bukankah lebih munasabah jika kristian dalam DAP mengkristian orang2 Cina yang bukan kristian dan tidak ada agama terlebih dahulu , daripada mengkristiankan orang Melayu. Apa masaalah kita jika ada mubaligh kristian yang mengkristiankan orang Asli dan Dayak memeluk agama itu? mereka bukan Muslim sebermulanya.
Masaalah
murtad- itu persoalan lain. Ia jadi isiu besar, jika murtad di kaitkan
dengan aktiviti mubaligh kristian. Itu pun kita kena tanya, apa sebab
orang yang sudah memeluk Islam, menukar agama mereka?
Mungkinkah
tarbiyah orang Islam sendiri tidak cukup? Mungkinkah keadaan kemiskinan
yang melarat dan keadaan tidak terbela dan peminggiran golongan ini
menyebabkan mereka masuk agama lain?
Hanya
kerajaan yang tidak bertanggung jawab dan sebuah kerajaan yang
menangguk di air keruh dan ingin menjadikan isiu ini modal politik
sahaja membesarkan isiu ini dan menjadikan ianya isiu politik. Orang
gila akan membiarkan isiu agama di jadikan bahan pergaduhan politik.
Jika
kita sayangkan agama Islam, tentu kita boleh menerima bahawa penganut
agama kristian sayang akan agama mereka. Lebih baik kita focus kepada
menguatkan dan membetulkan aqidah orang Muslim daripada menyalahkan
orang lain akan kekurangan dan kesilapan kita sendiri.
Ini
sahaja yang di ketahui oleh UMNO dan golongan yang menyokong mereka.
Mempolemikkan isiu agama, walhal keadaan orang Muslim mundur dan melarat
adalah hasil dari dasar2 dan peranganan pemerinthan UMNO yang lemah.
Dan
sekarang bekas presiden UMNO, bekas PM yang mengatakan UMNO is rotten
to the core, the government is corrupt from top to bottom, UMNO penuh
dengan pimpinan half past six, menggesakan kita terus menyokong UMNO?
Biralah lembu kekal dengan kelembuan nya, janganlah kita, manusia mahu di lembukan!
No comments:
Post a Comment