PELAKON
wanita terkenal, Zahida Rafik mengancam mengambil tindakan
undang-undang terhadap pihak yang menuduhnya menerima wang RM1.5 juta
daripada Menteri Umno yang didakwa mempunyai 'hubungan intim' dengannya.
Menjawab soalan peminat di Twitter, Zahida menafikan dakwaan itu dan berkata peguamnya sedang meneliti kes itu.
"Saya tidak
lakukan apa-apa berkenaan perkaran itu. Peguam saya sedang menyelesaikan
perkara itu sekarang! Jadi biarkan mereka (lakukannya), OK!
"Tunggu saja berita baik,OK!" katanya dalam laman blog mikro itu.
PKR kelmarin
mengetengahkan laporan polis mendakwa terdapat seorang menteri pusat
membayar sehingga RM1.5 juta kepada seorang Zahida dalam tempoh empat
bulan 'hubungan intim' mereka.
Laporan
polis itu didakwa dibuat oleh Noor Azman Azemi, 38, pada 13 Mac di Balai
Polis Ampang selepas artis itu dikatakan mendakwanya melarikan diri
dengan wang sebanyak RM200,000.
Saudaranya
dikatakan memberikan salinan itu kepada anggota parlimen Ampang Zuraida
Kamaruddin yang kemudiannya mendedahkan kandungannya kepada pemberita di
lobi Parlimen dan mempersoalkan sumber dana menteri itu.
Zuraida
mendakwa artis itu menerima RM58,000 pada Oktober lalu, RM112,000 pada
November, RM330,000 pada Disember dan RM510,000 pada Januari tahun ini. -
Sabahkini
No comments:
Post a Comment