MASYARAKAT INDIA MUNDUR KERANA MIC
Masyarakat India merupakan antara kaum yang paling tertindas di negara
kita. Walau pun negara kita telah merdeka 54 tahun tetapi status
sosio-ekonomi kaum India masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan
kaum-kaum yang lain. Sebahagian besar daripada kaum India hidup dalam
keadaan serba kekurangan. Mereka tidak dapat menaiki tangga kejayaan
kerana tidak ada hala tuju yang konkrit dibentuk oleh pemimpin-pemimpin
MIC iaitu parti yang mewakili kaum di dalam komponen kerajaan Barisan
Nasional. MIC telah gagal menghulurkan tangan kepada kaum India yang
amat memerlukan bantuan kerajaan dari dahulu lagi. Tambahan pula,
Kerajaan Barisan Nasional dengan bantuan MIC telah menindas kaum India
di negara kita selama ini.
Kini, keadaan telah menjadi genting
dan orang-orang India dianggap faktor penentu kemenangan banyak diantara
kerusi DUN dan Parlimen. Ini telah menjadi rangsangan kepada MIC dan
Barisan Nasional untuk membantu kaum India dengan pelbagai cara. Tetapi,
nasi sudah menjadi bubur. Segala salah laku, pengabaian dan penindasan
terhadap kaum India tidak boleh diperbaiki lagi oleh MIC lagi. Sudah
sampai masa untuk MIC dan Barisan Nasional mengundur diri dan memberi
ruang kepada Pakatan Rakyat untuk mencorakkan semula masa hadapan kaum
India di negara ini.
Masyarakat India harus sedar bahawa
peluang telah diberikan kepada MIC selama 54 tahun untuk meningkatkan
tahap sosio-ekonomi mereka. MIC bukan sahaja gagal berbuat demikian
malah telah menipu masyarakat India dalam beberapa skandal kewanagan
yang melibatkan berjuta-juta ringgit. MIC hanya membantu kaum kerabat
dah kroni-kroninya untuk menikmati kekayaan negara. Kesejahteraan rakyat
biasa tidak dipedulikan langsung. MIC telah memperdayakan kaum India
dengan idea-idea kolot supaya menyokong Barisan Nasional dalam setiap
pilihanraya. Pemimpin-pemimpin MIC juga sentiasa menakutkan kaum India
dengan propaganda politik yang tidak munasabah. Kaum India telah
dipermainkan oleh MIC untuk kepentingan politik Barisan Nasional secara
keseluruhannya.
Jika MIC satu parti yang benar-benar telah
memperjuangankan hak orang-orang India, kenapakah sebahagian besar dari
kalangan mereka itu hidup dengan penuh penderitaan? Jika MIC masih mahu
dipandang relevan, perlu mendedahkan atau membuktikan semua usaha-usaha
yang diambil olehnya untuk memajukan kaum India dari segi sosio-ekonomi
selama ini.
Ini tidak bermaksud MIC tidak berbuat apa-apa
kebaikan kepada kaum India. Baru-baru ini MIC memberi RM20 kepada
pengundi-pengundi India untuk mendapatkan sokongan mereka. Ini merupakan
satu pencapaian yang perlu dibanggakan oleh pemimpin-pemimpin MIC yang
memperjuangakan hak bangsa India. RM20 akan mengubah status
sosio-ekonomi kaum India untuk 3 generasi akan datang?
Secara
kesimpulan, MIC harus mengaku kelemahan mereka dan turun daripada pentas
politik yang telah memundurkan kaum India selama ini. Mereka tidak
sepatutnya tamak dan gila kuasa sehingga nasib kaum India digadai untuk
selama-lamanya
No comments:
Post a Comment