By klpost
Mainan
politik parti-parti kaum seperti UMNO, MCA dan MIC pastilah latar dan
gaya kempen politik mereka akan sentiasa dan sarat dengan elemen kaum
yang biasanya terlajak kepada hasutan perkauman.
Ini akan disulam dengan elemen keagamaan sebagai minyak pelincir yang
akan melancarkan serangan dan fitnah terhadap parti lawannya.
Kempen perkauman UMNO-BN
1. Ramai pemimpin UMNO mengatakan kaum Cina dan India adalah kaum
pendatang. Dengan kata lain, kaum-kaum ini tidak boleh ada hak yang sama
seperti mana hak-hak Melayu dan Bumiputera. Dengan bahasa yang lebih
canggih, mereka ini adalah warganegara kelas dua. Ini jelas satu
kenyataan menghina, sedangkan UMNO akan melenting dan marah jika
pemimpin Melayu Islam mereka dikritik oleh kaum bukan Melayu. Pastinya
ia akan dibalas dengan caci maki, koyak dan pijak gambar si pengkritik.
Inilah gaya dan moral politik perkauman UMNO.
2. Semua pemimpin UMNO mengatakan bahawa bangsa Melayu akan musnah
tanpa ada kuasa politik UMNO. Ini memberi erti yang pelbagai dan isinya
sangat beracun. Ia boleh ditafsir sebagai amaran kepada kaum-kaum lain
di Malaysia bahawa kuasa politik Melayu (baca:UMNO) tidak boleh dicabar,
tidak boleh dipersoal, tidak boleh dikritik walaupun ternyata
sesetengah pemimpin mereka itu rasuah. UMNO tidak boleh menerima apa jua
kritikan, seolah-olah bangsa Melayu jenis UMNO ini maksum (suci dan
tiada dosa). Dan pastinya kenyataan sebegitu dengan sengaja ingin
mengundang rasa benci ke atas kaum Melayu kepada kaum-kaum lain.
3. MCA dan Gerakan pula mendakwa DAP menjadi boneka PAS kerana
apabila PR memerintah kelak, DAP dituduh akan tunduk untuk menerima
hukum hudud. Ini membawa maksud yang sangat jelas bahawa, mereka sengaja
hendak menakut-nakutkan masyarakat Cina atau India dengan menggunakan
hudud (agama) bahawa DAP tidak mampu memperjuangkan nasib kaum mereka.
Dengan kata lain, MCA memfitnah DAP kononnya ia hanya akan mampu melihat
kaum Cina kena seksa dan potong tangan apabila PAS memerintah bersama
Pakatan Rakyat.
Sedangkan semua tahu bahawa DAP dan PAS terus teguh mempertahankan
prinsipnya tanpa menyinggung perasaan sahabatnya dalam PR. Malah dalam
Pakatan Rakyat sendiri telah menegaskan bahawa semua parti komponan PR
telah ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’ dalam isu hudud dan pada masa
yang sama, PR terus konsisten mengekalkan semangat dan mempertahankan
Perlembagaan Persekutuan.
Yang lebih ironik, di pihak BN sendiri, terus membisu dalam isu hudud
ini. Langsung tiada kata sepakat antara mereka. Sudah tentu media massa
kawalan UMNO-BN pura-pura tidak sedar atau menutup pekung dalaman
UMNO-BN dalam soal hudud.
4. UMNO menuduh bahawa DAP ingin menubuhkan negara Kristian dan
menghapuskan agama rasmi, bahasa rasmi dan artikel 153 Perlembagaan
Persekutuan. Ini jelas sekali merupakan serangan jahat yang sangat
mengelirukan rakyat. DAP bukanlah parti yang berasaskan dan beragendakan
fahama apa-apa agama. Tetapi, DAP menerima semua nilai-nilai baik yang
dibawa oleh mana-mana agama termasuk Islam. Nilai-nilai inilah yang
dipegang oleh DAP.
Jadi, tidak timbul sama sekali, agama menjadi matlamat DAP,
sebaliknya DAP akan terus kekal menjadi sebuah parti politik untuk
merangka dan mentadbir negara. DAP tidak ada keinginan untuk menjaga
iman seseorang itu. Sebaliknya DAP memberi kebebasan kepada setiap
individu dan para penganut apa-apa agama untuk beramal dan menjadi umat
yang baik dan jujur.
Rakyat dapat apa?
Dalam dimensi kempen sebegini, selain kemenangan dan kuasa yang
diperolehi oleh parti dan ahli politiknya, kita ingin melihat juga hasil
yang mungkin dituai oleh para penyokong dan pengundi UMNO-BN – yakni
rakyat secara keseluruhannya.
Adakah rakyat akan bertambah bijak setelah percaya dengan kempen
perkauman UMNO-BN ini? Jawabnya tidak. Kerana, atas apa jua hujah dan
alasan, kempen yang menggunakan elemen perkauman hanya akan
memecahbelahkan keharmonian antara kaum. Mereka yang menyokong UMNO dan
BN, akan sentiasa curiga dan was-was dengan kaum lain walaupun selepas
kempen dan musim pilihanraya selesai.
Perasan ini akan berterusan dari masa ke semasa. Prasangka akan
merebak setiap hari dalam pelbagai urusan seharian, di warung, di pasar
raya, di tandas awam, di tempat letak kereta hinggalah di pejabat dan di
sekolah.
Mereka-mereka ini akan terus berkonspirasi dan umpat-mengumpat
terhadap sesama mereka. Apa yang mereka pelajari, apa-apa pengetahuan
yang mereka ada akan terlebur dek kerana prasangka antara kaum yang tak
berkesudahan.
Ketika ini, masyarakat kita telah mengidap penyakit jiwa dan mental.
Sedangkan mereka (ahli politik) yang telah menang itu, akan terus dengan
nikmat kebendaan dan kuasa yang disalahgunakan setiap masa.
Akhir kepada barah ini, pastilah kebinasaan kepada seluruh rakyat dan negara.
Istiqamah melawan perkauman
Melihat kepada lakaran kesudahan politik perkauman ini, ia agak
menakutkan kita yang waras ini. Namun, DAP dan rakan-rakan dalam Pakatan
Rakyat akan terus istiqamah dalam perjuangan menerusi politik baru yang
sihat dan waras.
PR sebagai suara rakyat tidak menentang UMNO hanya kerana namanya
UMNO, sebaliknya PR akan menang kerana dasarnya yang adil dan praktikal
serta merangkumi semua kaum dan agama akan diterima oleh rakyat.
Jika kita ingin kotakan apa yang kita kata, pastinya untuk kemenangan
itu, kita akan pilih jalan dan cara yang bersih. Jika kita kalah
sekalipun, kita tidak merosakkan minda anak bangsa kita. kemenangan
moral tetap ada.
No comments:
Post a Comment