September 08, 2012
8 SEPT — Cebisan fakta yang saya tulis tentang Umno sejak dua
hari yang lepas, susah untuk Umno memahaminya. Dalam Umno hanya seorang
sahaja ahli yang bekerja keras, iaitu Najib, Presidennya sekarang.
Penjelajahan Najib keseluruh negara telah membelanjakan wang rakyat
ratusan juta ringgit. Di sini Umno juga terlupa yang rakyat sedang
memerhatikan tindakan pimpinan Umno dalam usaha mendapatkan mandat dalam
PRU kali ini. Akhir-akhir ini Dr Mahthir sahaja yang keluar untuk
menyokong Najib habis-habisan seorang sahabat saya berseloroh, “sokongan
Mahathir itu ada makna tu!”
Dalam dua posting saya yang terdahulu, saya telah melepaskan apa
yang ada tersimpan di dalam jiwa saya dan orang-orang yang sama
pemikiran seperti saya memahaminya. Seperti biasa orang-orang Umno tidak
akan faham sampai bila-bila.
Dalam keadaan yang tidak menentu Umno sendiri tidak dapat meyakinkan
partinya sendiri yang mereka akan berjaya mengekalkan kuasa di
Putrajaya. Dr Mahathir kali ini bekerja keras untuk mempertahankan Umno,
parti yang beliau tubuhkan dan juga parti yang beliau sendiri mengakui
sebagai sebuah pertubuhan yang telah busuk sampai ke ususnya.
Hasil dari warisan pimpinan Umno yang begitu lemah oleh Dr Mahathir,
rakyat tidak lagi memberikan penghormatan yang tinggi kepada parti itu
lagi. Di sinilah kegagalan Dr Mahathir kerana semasa beliau berkuasa
beliau tidak pernah memikirkan nasib masa depan Umno itu sendiri. Beliau
terlalu tertumpu untuk menguatkan kekuatan peribadi beliau dan
mengorbankan masa depan partinya. Beliau sendiri tidak dapat menerima
kenyataan yang pimpinan negara mesti dibentuk dan dibina.
Justeru apabila beliau meletakkan jawatan maka yang ada di keliling
beliau hanyalah kumpulan pemimpin yang tidak sepatutnya menjadi
pemimpin. Terlalu “engrossed” untuk memperkuatkan kekuatan peribadi
beliau maka partinya secara tidak di sedari telah menghadapi “vacuum”
kepimpinan yang serius. Maka Pak Lah lah yang beliau lantik untuk
menggantikan beliau berdasarkan kepada kenyataan yang Pak Lah merupakan
Naib Presiden yang tertinggi semasa itu.
Semalam Dr Mahathir mengaku kesilapan kerana memilih Pak Lah sebagai
pengganti beliau. Kalau kita hendak tuai apa yang terbit, kata-kata Dr
Mahathir kebenaran. Pak Lah kepada beliau merupakan pilihan yang salah.
Dr Mahathir sedang mengalih dan menganjakkan semua kesalahan beliau
kepada Pak Lah. Mentang-mentanglah Pak Lah tidak menjawab kerana beliau
tidak mahu lagi menyibuk setelah beliau bersara.
Kalau Dr Mahathir tidak melantik Pak Lah semasa beliau bersara siapa
pula yang sepatutnya mengambilalih beliau? Kalaulah beliau memilih Najib
semasa itu, ramai merasakan yang keadaan sekarang akan lebih teruk dari
sekarang. Jadi kenyataan Dr Mahathir yang beliau melakukan kesalahan
kerana memilih Pak Lah untuk menggantikan beliau itu amat “personal” dan
nampak sangat dendam kesumat beliau terhadap penggantinya itu.
Dr Mahathir tidak menyedari selembut-lembut Pak Lah, beliau adalah
seorang yang degil dan sangkaan Dr Mahathir yang Pak Lah akan
membenarkan beliau (Dr Mahathir) masuk campur dalam pentadbirannya
adalah salah. Dr Mahathir tidak mengenali Pak Lah dengan sebenarnya.
Walaupun Pak Lah itu seorang yang lembut, tetapi lembut beliau bukan
untuk di sudu. Kalau Pak Lah itu keras orangnya, keras beliau itu bukan
untuk di takek. Oleh kerana Pak Lah tidak membenarkan Dr Mahathir untuk
menyudu atau menakek beliau (Pak Lah), maka Dr Mahathir kecewa dan mula
membidas Pak Lah “without mercy”. Kalaulah Pak Lah membenarkan Dr
Mahathir masuk campur seperti Najib sekarang ini Dr Mahathir tidak akan
mengkritik Pak Lah sedemikian rupa.
Menyalahkan Pak Lah seratus peratus adalah tidak rasional untuk Dr
Mahathir melakukannya. Kecelaruan negara kita bukan di mulakan oleh Pak
Lah. Ia bermula dari Dr Mahathir lagi. Pengakuan Dr Mahathir yang beliau
selalu salah memilih penggantinya itu adalah benar. Musa adalah
lantikan beliau, Ghafar Baba pun lantikan beliau. Selepas Ghafar, Anwar
Ibrahim pula dan selepas Anwar, Pak Lah. Semua lantikan beliau akhirnya
tidak bersesuaian dengan beliau (Dr Mahathir). Kalau beliau tidak suai
dengan semua pihak, maka Dr Mahathir mesti melakukan introspeksi dirinya
sendiri.
Sesungguhnya yang membuatkan beliau tidak bersesuaian dengan semua
timbalan atau pengganti beliau itu sudah cukup membuktikan Dr Mahathir
memang tidak boleh bersesuaian dengan semua orang terutamanya mereka
yang mempunyai pengaruh yang Dr Mahathir takuti. Itu sahaja yang boleh
membuktikan kenyataan ini.
Sekarang timbul satu persoalan lagi terhadap Dr Mahathir. Jika semua
orang yang di sokongnya akhirnya terbukti yang itu merupakan kesilapan
Dr Mahathir memilihnya, apa pula alasan untuk kita yakini yang pilihan
beliau untuk menyokong Najib untuk terus menjadi pemimpin nombor satu
negara itu adalah tindakan yang tepat untuk beliau.
Bagi saya, jika lantikan beliau dahulu tidak seorang pun yang
bersesuaian untuk negara, saya juga menjangka yang suatu hari Dr
Mahathir akan bertelagah dengan Najib. Dr Mahathir akan bergaduh dengan
Najib seperti beliau bergaduh dengan Pak Lah jika Najib tidak memberikan
keistimewaan terhadap anakandanya yang bernama Mukhriz untuk menjadi
pemimpin negara di masa depan.
Tindakan Dr Mahathir semuanya bersandarkan kepada politik peribadi
dan keluarga beliau. Itulah sebabnya rakyat tidak mahu memberikan
sokongan kepada Dr Mahathir kerana rakyat sudah berfikir dan mereka
tidak mahu lagi di laga-lagakan oleh Dr Mahathir kerana Dr Mahathir
hanya bertindak untuk kepentingan beliau dan keluarga beliau sahaja.
Tindakan Dr Mahathir dengan sukarela melakukan kerja-kerja yang
dipertanggungjawabkan kepada penyelia kemas atau pegawai penerangan khas
jabatan penerangan memang tidak ada siapa yang mengagaknya akan
berlaku. Kita memilih untuk menyakinkan diri kita yang Dr Mahathir akan
menjadi seorang negarawan besar negara, tetapi tindakan beliau sekarang
telah menjatuhkan martabat beliau ketahap penolong kepada Ahmad Maslan
sahaja.
Pendeknya kita memang sudah bersetuju kepada satu formula baru dalam
memilih seseorang pemimpin. Formulanya senang sahaja. Formulnya ialah,
kita jangan menyokong sesiapa yang di sokong oleh Dr Mahathir, kerana
sesiapa yang di sokong oleh Dr Mahathir suatu hari nanti akan menjadi
pemimpin yang lemah dan kurang kegunaan dan faedah untuk negara.
Seperti yang kita dengar akhir-akhir ini Dr Mahathir sedang menyokong
Najib dan kumpulannya. Apabila itu pilihan Dr Mahathir maka benarlah
tindakan ramai rakyat menolak pilihan Dr Mahathir kerana tidak seorang
pun yang di sokong oleh Dr Mahathir itu tidak menghadapi masalah. Baik
Musa, Ghafar, Anwar dan Abdullah semuanya bermasalah.
Kalau kita ikut kehendak Dr Mahathir untuk menyokong Najib, ia
bermakna kita menyokong calon yang salah seperti yang terbukti dengan
pewaris-pewaris kepimpinan Dr M yang lalu. Ini merupakan satu kebenaran
dan Dr Mahathir sendiri mengakuinya semalam.
aspanaliasnet.blogspot.com
No comments:
Post a Comment