Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail menyindir Umno berhubung usaha parti itu mengubah suai bas dua tingkat.
SEREMBAN:
Presiden PKR, Dato’ Seri Wan Azizah Wan Ismail menyindir Umno dengan
mengesyorkan Umno mengubah suai sendiri sebuah bas seperti mana PKR
mengubahsuai sebuah bas dua tingkat untuk program ‘Jelajah Merdeka
Rakyat’.
Wan Azizah berkata demikian di sebuah ceramah sempena siri lawatan
‘Jelajah Merdeka Rakyat’ peringkat Negeri Sembilan di Rantau malam
kelmarin (Jumaat).
“Kalau cemburu dengan bas kami, buat bas sendiri. Letak gambar Najib
(Perdana Menteri) besar-besar ke tepi bas. Ini ‘attack’ (serang) bas.
“Apa dah jadi dengan Nilai 3? Macam belon lepas. Hari ini orang
datang ke Nilai 3 hanya kalau ada majlis perkahwinan untuk beli
barang-barang hantaran dan ‘door gift’.
“Bagaimana dengan ‘Vision’ (Wawasan) 2020? Sudah 54 tahun Barisan Nasional (BN) tidak buat perubahan,” katanya.
Wan Azizah turut mengumumkan penggunaan pentas bergerak lengkap
dengan sistem PA dan lampu yang diubahsuai menggunakan sebuah lori
treler.
“Negeri Sembilan merupakan lokasi pertama kami menggunakan ‘pentas bergerak-lori treler’ yang baru dilancarkan pagi tadi.
Kalau keputusan PRU13 (Pilihan Raya Umum ke 13) lewat, tanda Pakatan Rakyat menang.
Tanda Pakatan menang
Tanda Pakatan menang
Sementara itu Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim pula memberi
indikasi kepada lebih 1,000 hadirin bagaimana hendak mengetahui bahawa
Pakatan berjaya membentuk kerajaan pusat pada PRU13 nanti.
“Najib tidak boleh lari. Dia perlu bubar parlimen. Kalau tidak
November atau Disember tahun ini, perlu bubar dalam bulan Januari,
Februari atau Mac tahun depan.
“Saudara mesti tengok televisyen untuk mengetahui keputusan PRU13 nanti.
“Kalau Umno menang, pukul 9.00 malam sudah dapat keputusan PRU13.
“Tapi kalau jam sudah menunjukkan pukul 12.00 malam, 1.00 pagi atau
2.00 pagi, tetapi keputusan PRU-13 masih juga tidak keluar-keluar, maka
itu tanda Pakatan sudah membentuk kerajaan pusat yang baru,” kata Anwar
yang disambut dengan tepukan gemuruh oleh orang ramai yang terdiri
daripada masyarakat berbilang kaum.
Anwar turut menyelar tindakan Utusan Malaysia dan TV3 yang tidak
habis-habis menyerang beliau dengan fitnah seperti orang ‘gila talak’.
“Siang malam maki saya. RM3 bilion lah, betina lah dan macam-macam fitnah lagi.
“Dulu ada wanita ditangkap di Pahang kerana minum arak.(keluar dalam semua media).
“Ya, sebagai orang Islam kita latih anak-anak kita jangan minum arak kerana ianya haram dan punca kepada segala maksiat.
Kilang arak
Kilang arak
“Sekarang saya nak tanya. Mana dia? Pernah saudara baca dalam Utusan
Malaysia, The Star, New Straits Times, RTM atau TV3; bahawa keluarga
bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pegang syarikat arak San
Miguel?
“Bukan satu botol, bukan satu kilang tapi satu syarikat arak,
keluarga dia pegang. Ada orang berani tegur? Mana dia Ustaz Umno?,”
tanya Anwar.
Anwar juga mengulangi janji beliau jika Pakatan berjaya membentuk
kerajaan pusat, dalam masa 24 jam, beliau akan umumkan penurunan harga
minyak.
“Saya tidak bohong. Insya-Allah, God willing, dalam masa 24 jam saya akan umumkan penurunan harga minyak.
“Kalau tahun ini PRU, Insya-Allah tahun ini juga kita akan batalkan hutang PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional).
“UMNO kata negara akan bankrap, kita sama-sama tengok negara akan
bankrap atau tidak. Beritahu saya mana satu negara dalam dunia yang
pernah bankrap kerana menolong rakyat di negara tersebut?
“Negara bankrap kerana rasuah dan ketirisan itu ada,” jelas Anwar
No comments:
Post a Comment