Setiausaha kerajaan negeri, Datuk Mohamad Khusrin Munawi adalah pengerusi Jawatankuasa Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan ke-55 dan Hari Malaysia peringkat negeri Selangor yang diadakan pada 30 Ogos lalu di Dataran Kemerdekaan di Shah Alam.
Beliau mengesahkan bahawa DYMM Tuanku tidak pernah dijemput untuk malam ambang kemerdekaan kerana Baginda akan hadir pada program rasmi pada sebelah pagi 31 Ogos iaitu Majlis Tahlil dan Doa Selamat di Masjid Negeri.
Justeru, kerajaan negeri yakin sepenuhnya dengan pengalaman YB Datuk Setiausaha dan seluruh Jawatankuasa Program yang terdiri dari pegawai kerajaan dalam mengendalikan acara sambutan yang melibatkan protokol dan tetamu jemputan.
Seperti yang dijelaskan sebelum ini, program sambutan pada malam kemerdekaan pada tahun-tahun sebelum ini tidak pernah melibatkan kehadiran DYMM Sultan Selangor.
Seorang pun ADUN BN tak hadir
Sekiranya acara ini melibatkan DYMM Sultan mana mungkin setiausaha kerajaan negeri dan pegawai kerajaan terlepas pandang akan perkara ini.
Tambahan pula, sekiranya DYMM Sultan Selangor berkenan untuk mencemar duli dan menghadiri acara ini adalah menjadi tanggung jawab Setiausaha Sulit baginda, Datuk Munir Bani untuk memaklumkan kepada setiausaha kerajaan negeri.
Saya berpendapat, kekeliruan timbul apabila Datuk Munir tidak memberikan maklumat yang sewajarnya kepada setiausaha kerajaan negeri.
Menteri Besar amat kecewa apabila ada pegawai yang gagal melaksanakan tugas mereka dengan baik sehingga mewujudkan suasana tegang serta menggugat hubungan baik beliau dengan DYMM Sultan Selangor.
Kerajaan negeri pada masa yang sama telah menghantar jemputan kepada semua ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk ADUN pembangkang dari BN tetapi tiada seorang pun mereka ini menghadirinya.
Ini membuktikan mereka ini tidak mempunyai semangat kemerdekaan mengamalkan politik jumud dan sempit. Bagi menutup kelemahan sendiri maka mereka memperbesar-besarkan isu yang tiada.
Oleh :
FAEKAH HUSIN
Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor
No comments:
Post a Comment