Demo bantahan projek perlombongan pasir di kawasan Hutan Simpan Bukit Sedanan.

KENYATAAN MEDIA
Tarikh :  24 Februari 2013
Perkara:  Demo bantahan projek perlombongan pasir di kawasan Hutan Simpan Bukit Sedanan.

1. Kami, penduduk di kawasan Tebong amat kecewa dengan keputusan kerajaan negeri Melaka untuk meluluskan permit lombong pasir bagi tempoh berkuatkuasa mulai 27 Jan 2013 sehingga  26 Julai 2013 bagi pihak pelesen Pemasaran Melaka Sdn Bhd di dalam kawasan Hutan Simpan Bukit Sedanan.

2. Keputusan ini jelas menjejaskan kualiti alam semulajadi di mana Hutan Simpan Bukit Sedanan telah terjejas fungsinya sebagai kawasan tadahan air, pengawalan banjir dan perlindungan hidupan liar. Ianya turut menjejaskan nilai Hutan Simpan Bukit Sedanan sebagai tempat untuk membuat kaji selidik, pembelajaran dan pendidikan mengenai bidang perhutanan, suatu kekayaan serta tarikan yang ada pada Malaysia.

3. Sememangnya di bawah Akta Perhutanan Negara 1984, mana-mana kerajaan negeri berkuasa untuk membenarkan pengambilan atau pengeluaran sumber hutan dari hutan simpan yang telah digazetkan oleh kerajaan negeri; namun ianya tertakluk kepada beberapa syarat:-

a. Kerajaan negeri boleh mengambil atau mengeluarkan sumber hutan                                                                                 sekiranya hutan simpan  itu tidak diperlukan untuk:

(1) Hutan kayu.
(2) Hutan perlindungan muka bumi.
(3) Hutan pemuliharaan tanah.
(4)  Hutan pengawalan banjir.
(5)  Hutan tadahan air.
(6)  Hutan perlindungan hidupan liar.
(7)  Hutan simpanan dara.
(8)  Hutan rekreasi.
(9)  hutan pendidikan.
(10)  Hutan penyelidikan.
(11)  Hutan untuk kegunaan persekutuan (Akta 131 Perkara 10-1).

b. Kerajaan negeri boleh mengambil atau mengeluarkan sumber hutan sekiranya wujud keperluan untuk:

(1) kegunaan pemuliharaan air, biodiversity dan keseimbangan eko-sistem.
(2)  Menanggung pengeluaran balak untuk memenuhi keperluan industri perhutanan.
(3)  Pembangunan ekonomi negeri; 4) kesesuaian tanah; dan menggantikan keluasan tanah yang seakan sama sebagai hutan simpan (Akta 131 Perkara 12).

4. Persoalannya, apakah Hutan Simpan Bukit Sedanan tidak diperlukan lagi sebagai kawasan tadahan air, pengawalan banjir dan perlindungan hidupan liar? Apakah kawasan hutan simpan perlu dikorbankan untuk pembangunan ekonomi negeri Melaka sedangkan pelbagai penyelewengan dan pembaziran dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka sendiri.

FAKTA: Anggaran hasil negeri untuk tahun 2013 yang terdiri daripada hasil cukai, hasil bukan cukai dan terimaan bukan hasil sebanyak RM249.9 juta menunjukkan penurunan daripada hasil sebenar pada tahun 2012 iaitu RM271.79 (-8%); Jumlah tunggakan bayaran balik hutang awam kepada Kerajaan Persekutuan meningkat sebanyak 43% tahun lepas iaitu RM126.48 juta pada akhir tahun 2011 berbanding RM88.20 juta pada tahun 2010. Kedudukan pelaburan kerajaan Melaka menurun sebanyak 74% sepanjang 5 tahun daripada RM178.87 juta pada tahun 2007 kepada RM46.28 juta pada tahun 2011.

Ginie Lim
Penyelaras Parti Keadilan Rakyat
DUN Machap

No comments: