KLANG 22 FEB: Kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim pada ceramah perdana
Jelajah Merdeka Rakyat di Taman Rakyat, Taman Sri Andalas, Klang
disambut meriah dengan plakad ‘Anwar PM ke-7′.
Berikutan itu, rakyat baik Melayu, Cina dan India menjulang plakad
berkenaan dengan disertai gema sorakan sebelum Anwar bergambar kenangan
dan memulakan ucapan.
Plakad itu disediakan atas inisiatif Ketua Angkatan Muda KEADILAN
(AMK) Selangor, Azmizam Zaman Huri yang diedar kepada sebahagian dari
lebih 5,000 hadirin.
Anwar pada 17 Februari lalu disambut dengan plakad yang asalnya
disediakan untuk Datuk Seri Najib Razak tetapi orang ramai
mengubahsuaikannya kepada ‘I Love (New) PM’.
Ia berlaku pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Persatuan
Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) di Kolej New Era di
Kajang yang dihadiri Najib secara berasingan.
No comments:
Post a Comment