Bekas pengarah Jabatan Siastan Jenayah, Polis,
Kuala Lumpur berkata pakar patologi Thailand Dr Pronthip Rojanasunand
sepatutnya dibenarkan membuat bedah siasat di negara ini.
Sehingga keakhir tahun 1998 nilai kesahan dan kebolehpercayaan
laporan-laporan Pakar Patologi (Pathologist ) tidak banyak dipersoalkan.
Malahan kebanyakkan pendapat dan penemuan pakar-pakar berkenaan
diterima bulat-bulat sebagai kata pemutus.
Namun begitu keadaannya berbeza sejak beberapa tahun kebelakangan ini
dimana kedapatan kewibaan dan tahap profesionalisme pakar-pakar
tempatan bidang ini, bukan sahaja diragui dan dipersoalkan malahan
dikecam begitu hebat apabila telah terbongkar perbuatan manipulasi dan
pemalsuan yang berlaku secara terancang dalam penyediaan laporan-laporan
forensik dalam kes-kes berprofil tinggi yang tertentu.
Fenomena ini lebih terserlah lagi dalam kes-kes penyiasatan
melibatkan kematian Teoh Beng Hock, Kugan Ananthan (Kugan), Aminurrasyid
Amza, Ahmad Sarbani dan terkini dalam kes kematian C.Sugumaran pula.
Menambah burukkan lagi keadaan, ialah apabila Malaysian Medical
Council sendiri telah mendapati seorang Pakar Patologi dari Hospital
Serdang, Dr.Abdul Karim Tajuddin bersalah melakukan salahlaku
professional kerana memalsukan penemuan laporan post-moterm dalam kes
melibatkan Kugan.
Namun begitu Peguam Negara tidak memulakan sebarang pendakwaan
terhadap Pathologist terlibat walaupun kesalahan tersebut adalah
perbuatan memalsukan keterangan.
Punca ketidakyakinan rakyat.
Perbuatan memalsukan dan/atau memanipulasikan laporan forensik terdedah dengan jelas dalam penyiasatan insiden mata-lebam 1998.
Dalam kes ini, Gani Patail kini Peguam Negara, dengan kerjasama rapat
oleh Musa Hassan,kini seorang mantan KPN telah memujuk dan/atau
menghasut dan/atau memaksa seorang Perunding Pathologist dari HKL,
Dr.Abdul Rahman Yusof untuk menyediakan laporan-laporan pakar yang palsu
untuk mengesahkan bahawa kecederaan yang dialami oleh Anwar Ibrahim
ketika dalam tahanan polis adalah akibat dicederakan sendiri
(self-inflicted injuries).
Gani Patail dan Musa Hassan sanggup melakukan tindakan tersebut
dipercayai untuk menyeragamkan dengan pengumuman yang dibuat 3 minggu
sebelum itu oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir ,bahawa Anwar
telah mencederakan diri sendiri.
Begitu juga dengan pemalsuan keterangan DNA diatas tilam masyhur oleh
Musa dan Gani yang dipercayai dilakukan setelah sebulan sebelum itu Tun
Mahathir mengumumkan bahawa pemecatan Anwar dari semua jawatan Kerajaan
dan Politik, diatas sebab kelakuan tidak bermoral dan penglibatan
beliau dalam aktibiti homoseksual.
Pemalsuan yang mereka lakukan ini adalah sebegitu jelas sehinggakan
Hakim mendiang Datuk Augustine Paul yang dikatakan memihak kepada pihak
pendakwaan pun, tidak berani untuk menerimanya sebagai keterangan sahih
dan benar, lalu mengeluarkannya daripada rekod prosiding.
Bukan sahaja mereka-meraka yang melakukan pemalsuan ini diberi
perlindungan oleh Kerajaan, malahan Gani Patail dan Musa Hassan
masing-masing dijadikan Peguam Negara dan Ketua Polis Negara
kemudiannya, diikuti dengan anugerah Darjah-Darjah Kebesaran dan rezeki
yang melimpah ruah.
Mungkin akibat melihat faedah dan ganjaran yang diterima oleh mereka
berdua inilah, yang mendorong satu atau dua orang lagi Pathologist yang
lemah semangat untuk mengikuti jejak langkah mereka yang tidak
bertanggung jawab itu.
Akibatnya kesemua laporan forensik oleh Pathologist tempatan
dipertikaikan kesahan dan kebolehpercayaannya khususnya dalam kes-kes
kematian ketika dalam tahanan polis.
Walhalnya Negara kita sendiri mempunyai pakar Pathologist yang bukan
sahaja setaraf, malahan lebih baik lagi daripada Dr. Pornthip
Rojanasunand dari Thailand itu.
Dakwaan penglibatan YAB Perdana Menteri.
Kini tahap ketidakpercayaan kepada laporan forensik oleh pakar
patologi tempatan dibawa pula ketahap antarabangsa apabila, terdapat
dakwaan terbuka yang mengaitkan PM Najib sebagai telah memberi tekanan
kepada Perdana Menteri Thailand untuk menghalang Dr.Pornthip
Rojanasunand untuk datang kesini bagi membuat pemeriksaan kedua keatas
mayat Sugumaran sepertimana yang beliau lakukan dalam kes Teoh Beng
Hock.
Peguam-peguam keluarga mendiang Sugumaran tidak akan membuat dakwaan
terbuka yang serius sedemikian itu terhadap seorang PM, sekiranya mereka
tidak mempunyai bukti yang kukuh.
Kini Dr.Pornthip sendiri telah membuat kenyataan terbuka menerusi
media elektronik.Sungguhpun maklumat yang didedahkan adalah terhad,namun
ianya sudah cukup untuk membuktikan bahawa memang benar terdapat
sesuatu perundingan antara pemimpin kedua-dua Malaysia dan Thailand ,
supaya Dr.Pornthip dihalang daripada melakukan pemeriksaan kedua, keatas
mayat Sugumaran walaupun beliau telah mempersetujuinya sebelum itu.
Apa yang rakyat tidak mungkin akan tahu ialah permainan dan
persetujuan dibelakang tabir, diantara kedua pemimpin tersebut.Kita
berharap PM Najib telah dinasihatkan oleh Jabatan Peguam Negara akan
implikasi tindakan beliau itu jika terbukti benar.
Perkara yang dilakukan bukan “perundingan politik” tetapi adalah
suatu konspirasi jenayah untuk menyorokkan keterangan yang benar
didedahkan didalam suatu prosiding kehakiman membabitkan kematian.
“It’s all fairy tales”
Dakwaan yang dilontarkan oleh peguam N.Surendran yang mewakili
keluarga mendiang Sugumaran adalah sesuatu yang sangat serious yang
bukan sahaja membabitkan maruah dan kredibiliti Perdana Menteri Malaysia
tetapi membabitkan juga Perdana Menteri Thailand.
Jawapan “It’s all fairy tales” yang keluar dari mulut Najib sendiri
adalah satu jawapan yang lemah dan tidak bermaya yang tidak sepatutnya
datang dari seorang Perdana Menteri yang bertanggung jawab.Beliau
sepatutnya lebih tegas dan melakukan sesuatu jika dakwaan itu tidak
benar.
Kita percaya rakyat dan pemimpim-pemimpin Kabinet Thailand mempunyai
pendirian mereka tersendiri khasnya apabila Perdana Menteri wanita
mereka yang pertama, dikaitkan dengan konspirasi jenayah di-Negara kita.
Begitu juga dengan reaksi apabila terdapat beberapa Peguam Perancis
mendedahkan yang Najib sendiri terlibat dalam scandal pembelian Scorpene
.Beberapa ramai puak pengampu di-Negara ini yang kononya tersangat
marah dan tersinggung dengan pendedahan tersebut.
Malahan terdapat seorang Menteri Kanan yang kononya sanggup
mempertahankan Najib sehingga titisan darah yang terakhir dalam perkara
ini.Terdapat juga Menteri dan pemimpin-peminpin kerajaan yang lain yang
mengambil tindakan “tidak dapat tanduk,telinga dipulas” seperti yang
berlaku kepada NGO Suaram.
Kita harus terima hakikat bahawa di-Thailand juga mempunyai
pemimpin-pemimpin dan puak yang serupa yang akan menunggu masa untuk
bertindak balas dengan cara tidak dapat tanduk telinga dipulas
juga.Lebih lagi rakyat Thailand yang sangat sensitif jika Raja atau
pemimpin tertinggi mereka dihina atau dituduh yang bukan-bukan.
Yang menjadi mangsanya kelak ialah rakyat jelata khasnya yang berada
dipersempadanan kedua Negara.Saya faham sensitibiti mereka, kerana
pernah bertugas selama 6 tahun di-Changloon dan Padang Besar ,ketika
pagar dan tembok sempadan mula dibina sehingga selesai.
Apa yang boleh kita lihat dihadapan mata dan kepala kita sekarang ini
pula, ialah masaalah lebih kurang 100 orang penceroboh dari kepulauan
Filipina yang dikatakan bersenjata yang menyusup masuk ke-Lahad
Datu,Sabah.
Jika Kerajaan mengharapkan kerjasama yang jujur daripada Kerajaan
Filipina untuk mengusir penceroboh-penceroboh ini ke-Negara asal mereka,
maka kita patut melupakan harapan itu.
Jika Kerajaan Najib boleh menipu dan mempermainkan Kerajaan Filipina
disaat-saat akhir berkaitan dengan penyerahan Manuel Amalilio, seorang
penjenayah yang dikehendakki kerana menipu lebih kurang 15,000 pelabur
rakyat Filipina pelaburan berjumlah P12 Billion, maka mereka juga
menantikan peluang untuk bertindak balas secara tidak dapat tanduk
telinga dipulas juga.
Kerana ingin menyelamatkan seorang penjenayah yang sangat
dikehendakki oleh Filipina,yang kebetulannya mempunyai pertalian
persaudara dengan Musa Aman,Ketua Menteri Sabah,Anifah Aman, Menteri
Luar yang berkaitan dengan Gani Patail,Peguam Negara juga,Kerajaan Najib
telah meletakkan rakyat Malaysia yang tidak berdosa yang sedang berada
atau bekerja di-Filipina dalam risiko untuk diapa-apakan oleh mana-mana
satu daripada 15,000 orang atau sanak saudara mereka, yang menjadi
mangsa penipuan oleh Amalilio.
Kita tidak boleh hairan jika pasukan keselamatan Filipina akan
membiarkan sahaja lebih ramai penceroboh-penceroboh dari kumpulan yang
sama, masuk ke-Lahad Datu setelah mereka diaibkan oleh Polis kita yang
“merampas” Amalilio dari genggaman mereka, sejurus sebelum menaiki kapal
terbang ke-Filipina.
Akhirnya kita akan terpaksa menyerahkan sebahagian dari tanah Sabah
kepada penceroboh-penceroboh itu sepertimana kita terpaksa menyerahkan
Pulau Batu Putih (Pedra Branca) kepada Singapura.
Kejadian penahanan seorang Senator Australia,Nick Xenophon
di-Lapangan Terbang LCCT dan menghalang beliau dari memasukki Negara ini
awal pagi tadi,jelas membuktikan Najib dan Kerajaannya menyimpan dendam
terhadap Xenophon, kerana telah mengeluarkan kenyataan yang mengkritik
Kerajaan BN tahun lalu.
Jika Najib dan Kabinetnya boleh menyimpan dendam terhadap seorang
Senator Australia,maka begitu juga Kabinet dan rakyat Thailand boleh
menyimpan dendam terhadap rakyat Malaysia kerana mengaitkan Perdana
Menteri mereka dengan salahlaku jenayah, manakala Kabinet dan rakyat
Filipina pula menyimpan dendam terhadap kita akibat ditipu disaat akhir
dalam kes penyerahan Amalilio.
Mungkin kepada PM Najib peristiwa yang berlaku ini dan kemungkinan
sejarah akan berulang hanyalah fairy tales semata-mata.Itu hak
beliau.Rakyat pula mempunyai hak untuk mengetahui perkara sebenar.
Kebolehpercayaan penafian Najib.
Berdasarkan kepada dolak-dalik Najib dalam memberikan jawapan kepada
beberapa perkara penting sebelum ini dan memandangkan bahawa beliau
sendiri boleh keliru atau tersilap dengan nama beliau sendiri, sama ada
terdapat perkataan Muhammad atau tidak,maka jawapan beliau dalam perkara
Dr.Pornthip Rojanasunand itu amat meragukan,mengelirukan dan tidak ada
nilai kebolehpercayaan.
Ministerial Statement.
Memandangkan tindakan dan jawapan Najib dalam perkara-perkara yang
dinyatakan diatas,boleh menimbulkan kegusaran dan perasaan bimbang dan
cemas dikalangan rakyat jelata, khasnya mereka yang mempunyai keluarga
atau sanak saudara dan sahabat handai yang bersempadan atau didalam
Negeri Thailand,Filipina dan Australia maka PM Najib sewajarnya
mengeluarkan satu Kenyataan Menteri (Ministerial Statement) bagi
menjelaskan tindakan yang beliau telah ambil berkaitan perkara
Dr.Pornthip Rojasunand,Manuel Amalilio dan terbaru terhadap Senator Nick
Xenophon.
Jika Kerajaan boleh mengeluarkan Ministerial Statement menerusi
Parlimen pada bulan Disember 2010 sebagai membela Gani Patail dan Musa
Hassan daripada dakwaan salahlaku jenayah mereka berdua,maka rakyat
mengharapkan penjelasan yang terperinci juga, dalam perkara yang boleh
mendatangkan kemudharatan kepada kehidupan dan keharmonian rakyat
sendiri.
No comments:
Post a Comment