Pagi ini kita dikejutkan dengan Pembebasan Razak Baginda @ tuduhan bersubahat membunuh Altantuya, Tahniah diucapkan pada Ketua Hakim yang baru kerana mencipta kejayaan pertama melegakan bos mereka Datuk Seri Najib selaku bakal Presiden Umno. manakala 2 anggota UTK itu dipinta membela diri, kini timbul pula persoalan , Siapa yang arahkan mereka jika Razak baginda tidak bersubahat?
takkan pandai pandai anggota pengiring Timbalan Perdana Menteri itu menembak dan mengebom dengan BOM C4 pada tubuh pada gadis Monggolia. yang ditembak dan diletupkan itu pula adalah orang yang terlibat dalam urusan urusniaga pembelian Kapal Selam dan Jet Sukhoi bersama Razak Baginda? apakah mereka suka suka meletupkan badan seorang gadis? kalau bukan Razak baginda siapa yang arahkan? Panglima Tentera ke? Menteri Pertahanan ke? Isteri Timbalan Perdana Menteri ke? ataupun Presiden Rusia. amat Mustahil jika mereka bertindak bersendirian dan menghilangkan data imigresen bersendirian dan mendapat akses mengeluarkan BOM C4 bersendirian. dengan pembebasan Razak Baginda lebih menimbulkan banyak persoalan dari penyelesaian.persoalannya kini atas arahan Siapa?
Maka benarlah dalam tulisan saya sebelum ini, 2 anggota UTK ini menutup wajah mereka sepanjang perbicaraan adalah satu bentuk rancangan terperinci. Mustahil wajah mereka di tutup sepanjang perbicaraan jika tiada arahan. selalunya wajah tertuduh hanya ditutup hanya ketika tahanan Reman. malah bukan sahaja ditutup dengan pakaian mereka tetapi pelbagai corak topeng yang dibekalkan Polis. cuma yang tidak ada dipakai adalah topeng wajah Najib .
Betulkah ramalan saya sebelum ini Identiti mereka akan ditukar selepas perbicaraa selesai, paling tidakpun mengapa wajah mereka tidak dipamerkan untuk orang ramai membantu siasatan. atau takut takut wajah mereka dipadankan dengan gambar Najib dan Isterinya rosmah ditempat tempat tertentu? agak Mustahil juga Akhbar Malaysia yang begitu cekap tidak mempunyai rekod gambar tertuduh lebi 2 tahun lebih perbicaraan ini berlangsung.mungkin juga jabatan Polis pun kehilangan rekod gambar mereka.
mungkin Najib sudah menyelesaikan masalah “kambing Hitam” yang perlu ada untuk melepaskan golongan atasan terlibat termasuk Najib. tapi mereka terlupa dengan keputusan Mahkamah hari ini lebih Banyak persoalan timbul.
Tahniah diucapkan kepada ketua Hakim yang baru berlagak dirinya bersih dari Rasuah. anda berjaya melakukan reformasi Kehakiman yang pertama.
Lawan Tetap Lawan
Reformis muda
No comments:
Post a Comment