Kemelut politik yang melanda negara sekarang adalah hasil sindrom 'pecah belah dan perintah' yang digunapakai Umno untuk mengekalkan kuasa. Kaedah ini sangat berjaya sewaktu pemerintahan Dr Mahathir. Pemimpin negara yang berada ditampuk pemerintahan sekarang adalah anak didik beliau. Sindrom ini sangat bahaya.
Apabila kaedah ini ditumpukan kepada negeri Perak yang dipegang oleh Pakatan (yang kurang daya tahan, kerana pemimpin mereka tidak pernah dilatih membina jatidiri), dengan sekelip mata ia tumbang tersungkur.
Kaedah ini walaupun mampu menjatuhkan kerajaan Pakatan, ia tidak bermaruah dan dalam jangka masa panjang, sangat bahaya kepada perpaduan negara. Bagaimana hendakkan perpaduan antara berbilang bangsa apabila orang Melayu sendiri diracik halus oleh pimpinan Melayu?
Inilah api kecil yang akan marak menjadi bencana kepada negara. Dan Umno sangat bertanggungjawab. Selepas ini bolehlah sediakan peruntukan besar untuk projek perpaduan memberi peluang kepada peracik-peracik Melayu, mengaut keuntungan. Satu perancangan bijak yang Presiden Obama pun tidak mampu lahirkan.
Matlamat Umno adalah mengekalkan kuasa. Kerana hanya Umno yang mampu merejam orang Melayu ke dasar laut dan menimbulkan kembali mereka dalam keadaan tenat tetapi mampu mengundi.
Negara, agama dan bangsa akan hancur, tapi itu tidak releven bagi Umno kerana yang penting kekal berkuasa. Perkara yang sangat tidak bermoral adalah membabitkan raja Melayu ke dalam kancah politik Umno. Timbullah sebahagian rakyat yang rasa marah serta terharu dengan raja-raja mereka.
Baginda raja-raja selaku ketua negara, negeri dan agama sentiasa menganggap pemimpin Umno orang yang baik, tidak pernah menyangka akan memanda pemimpin ini akan menghancurkan bangsanya. Baginda raja-raja tidak pernah terlintas memanda pemimpin Umno orang jahat dan mengamalkan politik jahat.
Patik pacal yang hina ini merafak sembah kepada Tuanku raja-raja supaya meneliti apa-apa yang dipersembahkan oleh orang-orang yang berniat jahat ini.
Janganlah tuanku terseret dalam politik jahat mereka. Janganlah tuanku bergantung kepada kuasa mereka. Mereka akan membawa negara ini ke jahanam.
Rakyat negara ini tidak boleh dipisahkan dengan raja-raja mereka. Patik sendiri sangat sayangkan raja raja dan tidak rela memanda pemimpin Umno menggunakan tuanku raja-raja sebagai batu loncatan untuk mereka terus berkuasa.
Patik ingin menarik perhatian tuanku sekalian sebagai ketua agama untuk cuba bertindak kepada perkara yang Tuhan larang, tetapi berleluasa di negara ini seperti JUDI, ARAK, DADAH dan PELACURAN.
Selama ini, setahu patik, memanda pemimpin Umno tidak pernah ambil peduli. Bertindaklah kepada perkara yang benar sebelum mendapat kemurkaan Tuhan dan seluruh negara ini merasai deritanya.

No comments:
Post a Comment