SPR Bodoh atau Bangsat: Adakan pilihanraya hari Selasa~malaysiakini

Pengundi di DUN Bukit Selambau dan Parlimen Bukit Gantang tidak perlu menunggu selama 58 hari untuk memilih pemimpin yang berwibawa menjadi wakil rakyat mereka, tegas Ahli Dewan Negara, Senator Mumtaz Nawi.

Beliau yang ditemui di Majlis Hi-Tea Dewan Muslimat PAS Pusat berkata, tempoh tarikh pilihan raya yang mengambil masa yang begitu lama telah mengulangi sejarah kali kedua selepas pilihan raya di Parlimen Pendang dan DUN Lunas.

Sudah tentu katanya, Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) memberi peluang kepada Umno untuk bersiap sedia menyusun jentera parti selepas parti itu mengadakan Perhimpunan Agung Umno.

"Dalam menghadapi pilihan raya SPR sepatutnya bebas dan tidak meletakkan mana-mana parti dalam kecenderungannya," tegas beliau.

Beliau mempersoalkan mengapa SPR boleh mempercepatkan tarikh Penamaan Calon dan membuang undi di Parlimen Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.

Memang benar katanya, dalam Perlembagaan tempoh pilihan raya selama 60 hari tetapi paling bagus jika diadakan cepat kerana masyarakat di DUN dan Parlimen tersebut memerlukan pemimpin.

"Jika dilihat keadaan sekarang khususnya di Perak rakyat jadi keliru negeri tidak stabil manakala pemimpin negeri BN pula tidak yakin untuk mentadbir negeri,"tegasnya.

Tambah beliau,biarlah rakyat membuat pilihan siapa pemimpin yang layak untuk memimpin mereka dan tidak perlu menunggu sehingga 58 hari.

Menurut beliau, jika sekarang ini PAS mengadakan pemilihan dalam Muktamar partinya apakah SPR bersedia untuk melewatkan tarikh pilihan raya.

Katanya, SPR mesti telus dan adil dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab tanpa berpihak kepada mana-mana parti politik.

Krisis politik yang berlaku di Perak itu tambah beliau, ibarat `Kapal yang hendak karam' hanya pemimpin yang dipilih oleh rakyat sahaja yang boleh menyelamatkan kapal tersebut.

Beliau turut berharap krisis politik di Perak ini perlu ditangani oleh semua pihak bukan ahli politik sahaja bahkan agensi kerajaan.

2 comments:

Anonymous said...

KAU LE YANG BODOH DAN BANGSAT. BLOG KAU NI TAK ADA KUALITI LANGSUNG, ASYIK MAKI HAMUN ORANG AJE. PARIA PUNYA BAHASA YANG KAU PAKAI. ORANG NYA PUN BEGITU MUNGKIN. JIWA KAU SAKIT TAU. BAIK PERGI BERUBAT. BUKAN SAKIT JIWA. JIWA SAKIT. PELAJARAN KAU PUN RENDAH. BLOG INI UNTUK ORANG YANG ADA OTAK DAN BOLEH BERFIKIR. SEDIH MAK BAPAK KAU KALAU DIA BACA TULISAN KAU DI BLOG. TAK PERCAYA TUNJUKKAN PADA MEREKA.

Anonymous said...

Tak ada orang paksa you mai baca lah oi, hang tak nak baca jangan masuk blog ini pei baca UMNO punya blog. Aku pun sedih orang seperti hang jalan ikut telunjuk orang tapi otak oda tak boleh pikir. Bole tak pi gantung didri