Najib punca istana diheret ke kancah politik~malaysiakini

Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar menyelar tindakan Umno/BN yang sengaja mengheret istana ke kancah politik demi kepentingan politik mereka.

"Punca kepada kekalutan yang berlaku hari ini ialah tindakan Dato' Seri Najib Tun Razak yang menggunakan istana bagi merampas Perak, kemudiannnya beliau berselindung di sebalik istana dan menuduh Pakatan Rakyat penderhaka.

"Walhal beliaulah yang memulakan segala-galanya, mereka menggunakan kedudukan dan kuasa untuk mempengaruhi istana, ini satu helah yang digunakan Umno/BN terutamanya Najib untuk memuaskan hati dan cita-cita politiknya menjelang Mac ini, katanya.

Mahfuz melahirkan rasa kesal dengan sikap Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Badawi yang mempertahankan 'rampasan kuasa' di Perak, sebaliknya menyalahkan Speaker Dun Perak sebagai menghina Sultan.

Sedangkan, apa yang dilakukan Speaker Dun Perak adalah menurut Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak, katanya.

"Siapa yang mulakan rampasan kuasa dengan menggunakan Istana, siapa yang menggunakan istana membenarkan pelantikan Menteri Besar dengan tidak mengikut peruntukan undang tubuh kerajaan negeri?

"Kini Umno/BN mahu menyalahkan Pakatan Rakyat. Saya kesal dengan kenyataan PM yang menyatakan Speaker menghina Sultan, sepatutnya diakhir pemerintahannya, PM perlu menunjukkan keazaman yang tinggi membersihkan nama beliau yang tercalar kerana permainan dalaman Umno sendiri," katanya.

Mahfuz seterusnya meminta Raja-raja Melayu agar tidak terjerat dengan permainan politik Umno ini kerana semuanya adalah untuk kepentingan politik Najib.

"Jangan nanti rakyat mempunyai persepsi bahawa Raja-raja digunakan untuk kepentingan politik. Raja-raja seharusnya dilihat 'neutral'," sarannya

Harakah
21/02/09

2 comments:

Anonymous said...

Apa yang berlaku di Perlis dan Terengganu OK untuk dia orang, tapi bila di Perak, PR dan penyokong derhaka. Buatlah apa umno mau, lagi dia buat lagi marah rakyat. Cuba tengok, apa yang umno buat semuanya serba salah. Yang mengejutkan saya bila berlaku kemelut di Perak ialah bapa saya pun mauh ikut pergi beri sokongan moral kepada MB Pakatan. Sebelum ini dia diam dan neutral sahaja. Sah dia pun sudah bengang.

saji said...

Dalam Islam, punca istana diheret kekancah politik ialah ketidakmampuan 4 katak Adun Perak berkenaan melawan hasutan syaitan dan godaan nafsu paling jahat atau amarah, serta wujud 3 faktor pembantu yang memudahkan dan mencepatkan 4 katak berkenaan melakukan kejahatan tersebut.Tiga faktor yang dimaksudkan ialah;

Faktor pertama, tidak beriman kepada Allah.

Faktor kedua, tidak yakin Hari Akhirat.

Faktor ketiga, terlalu cinta pada diri sendiri, keluarga sendiri dan kumpulan mereka sendiri.

Maksudnya, Najib bukan punca istana (Perak) diheret ke kancah politik,tetapi kesan atau akibat daripada tindakan 4 katak berwajah Adun itu sebagai puncanya.