Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar menegaskan Speaker Dun Perak, V Sivakumar mempunyai peruntukan kuasa besar berdasarkan kedudukan Dun dalam sistem perundangan negara.
Untuk itu katanya keputusan memanggil sidang Dun Tergempar pada 3 Mac lalu adalah sah dari segi kuasa Speaker yang diperuntukan dalam perlembagaan.
Sejak merdeka sistem demokrasi berparlimen dengan raja berperlembagaan adalah tunjang kepada pemerintahan, yang mana Dun atau Parlimen mempunyai kedudukan, sementara raja mempunyai peranannya, kata beliau.
Justeru kenyatan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa sidang dun tergempar yang dipanggil Sivakumar sebagai tidak sah adalah satu penghinaan kepada kemuliaan Dun dan perlembagaan, katanya.
"Di sinilah kuasa yang terdapat pada Speaker Dun atau Dewan Rakyat.Sebenarnya saya telah membaca tulisan peguam kanan di negara ini kesimpulan mereka jelas speaker Dun atau Dewan Rakyat ada kuasa besar dalam tentukan keputusan dan uruskan dewan," katanya yang juga merupakan Ahli Parlimen Tumpat.
Ujar Kamarudin, secara jelas tindakan Speaker Dun Perak memanggil sidang tergempar adalah sah mengikut pandangan peguam kanan Tommy Thomas.
Sehubungan itu, tiada siapa termasuk TPM atau Setiausaha Dun Perak boleh untuk buat apa-apa kenyatan atau tindakan arahkan polis dan mengarahkan bangunan ditutup, katanya.
Bagi Kamarudin, perbuatan itu bercanggah dengan perlembagan negara, negeri dan bercanggah dengan iktiraf ketelusan institusi Dun dan speakernya,
"Maka oleh sebab itu tindakan Setiausaha Dun dan TPM adalah menghina kuasa Speaker Dun dalam hal ini,"katanya.

Harakah
04/03/09
No comments:
Post a Comment