Polis digesa untuk menjalankan siasatan segera ke atas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak berikutan pendedahan akhbar Perancis, Liberation mengenai kes pembunuhan Altantuya Shariibuu.
Menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia,Shamsul Iskandar Mohd Akin, AMK melalui laporan polis yang telah dibuat pada 7 Mac 2009 yang lepas antara lain melihat bahawa penglibatan Najib dan juga isteri beliau, Rosmah Mansor di dalam kes pembunuhan tersebut adalah sesuatu yang sangat mengaibkan negara dalam keadaan berlaku pelbagai kelompongan di dalam perbicaraan mahkamah ke atas kes tersebut.
"AMK mendesak agar pihak polis tidak bersikap 'double standard' di dalam siasatan kes ini.
"Sekiranya polis boleh bertindak cergas untuk menyiasat laporan polis yang dibuat oleh Saiful Bukhari yang mendakwa sebuah blog memfitnah beliau; masakan siasatan yang secergas itu gagal dilakukan ke atas seorang rakyat Malaysia yang bertindak memalukan negara dan didedahkan pula oleh akhbar antarabangsa?,"jelasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.
Tambah Shamsul,AMK akan menggerakkan kepimpinan AMK di seluruh bahagian di Malaysia untuk mengemukakan laporan polis yang sama ke atas Najib untuk menggambarkan bahawa isu ini adalah serius dan perlu diambil tindakan segera.
"Susulan daripada laporan polis ini, AMK akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Dalam Negeri untuk mengemukakan memorandum agar pihak polis boleh bersikap profesional dan telus di dalam mengendalikan siasatan kes ini,"katanya.
Beliau juga berharap agar Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dapat mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menggantung tugas Najib agar beliau boleh disiasat secara telus dan terbuka.
"AMK percaya bahawa imej negara kini menjadi cemuhan masyarakat dunia. Maka bukanlah sesuatu yang sukar bagi kita untuk menumbangkan keegoan seorang pemimpin yang terpalit moral dan akhlaknya jika itu adalah penyelesaian akhir untuk memulihkan imej dan reputasi negara di mata dunia,"tegasnya.
Harakah
12/03/09

No comments:
Post a Comment