UMNO beli ADUN PKR Lunas

Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pakatan pembangkang menerima kejutan terbaru pagi Ahad, Ramadhan kedua apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Lunas yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah, Mohammad Radzhi Salleh ( kiri ) mengisytiharkan dirinya keluar parti dan menjadi ADUN Bebas.
Radzhi yang merupakan ADUN daripada PKR dan memegang portfolio Exco Pelancongan dan Pembangunan Masyarakat Serta Sumber Tenaga Manusia dalam kerajaan negeri Kedah mengumumkan pendiriannya itu pada sidang media di Kuala Lumpur.

Mengenai jawatan Exco yang dipegangnnya itu, beliau berkata, beliau tidak meletakkan jawatan tersebut dan menganggap dirinya masih Exco dari parti Bebas. Ini kerana menurut beliau, perlantikannya dibuat oleh Sultan Kedah dan bukannya Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang hanya mencadangkan namanya kepada Tuanku. Bagaimanapun jelasnya, jika Sultan Kedah menitahkan beliau meletakkan jawatan, beliau akan patuh untuk berbuat demikian.

Ditanya kemungkinan selepas ini aka nada dakwaan beliau keluar PKR kerana ‘dibeli’ sebagaimana sering dilontarkan oleh pemimpin pembangkang, Radzhi menegaskan, beliau tidak menyertai mana-mana parti kerana tidak wujud soal dibeli dan tetap menjadi ADUN Bebas
23/08/09

No comments: