UMNO Sekarang Hanya Bergantung Kepada Agenda Perkauman

Sedar atau tidak, UMNO sekarang ini hanya mampu bergantung kepada isu-isu perkauman. Dan UMNO sekarang ini tidak putus-putus menyerang DAP. Dan mereka melakukannya dengan tiada belas kasihan.

Mengapa Serang DAP?

UMNO mahu PAS rasa serba salah dan tidak senang menyebabkan PAS akan melatah ataupun hilang rasa konfiden dan jatidiri.

Mereka kerap mengatakan bahawa DAP anti ISlam dan PAS sekarang mengikut telunjuk DAP yang anti ISlam.

UMNO mudah melakukan perkara ini kerana ada "Fraksi UMNO" dalam PAS yang tolong menyebarkan ajaran sesat ini di kalangan ahli dan kepimpinan PAS.

Padahal, UMNO sendiri ada rekod anti-Islam yang lebih buruk dari DAP. DAP hanya berkata-kata tapi UMNO melakukan perkara-perkara yang merosakkan Islam di Malaysia.

Sebagai contoh:

a. UMNO yang memperkenalkan program "Perancang Keluarga" yang telah ditentang oleh PAS satu waktu dahulu. Bukan DAP

b. UMNO yang menghapuskan tulisan jawi. Bukan DAP

c. UMNO memperkenalkan PPSMI. Bukan DAP

d. UMNO menghalang perlaksanaan hukum Hudud dan Qisas di Kelantan dan Terengganu. Bukan DAP

e. UMNO mengizinkan judi dan arak dijual untuk keuntungan yang berlipat ganda di Malaysia. Bukan DAP

f. UMNO yang terlibat di dalam pemerkosaan budak bawah umur di Melaka sehingga menyebakan Guan Eng dipenjara

g. UMNO mengizinkan kelab gay di Bukit Bendera sehinggalah DAP yang menutupnya. Kelab gay di KL masih beroperasi kerana UMNO takutkan Marina MAhathir

h. UMNO yang memperkenalkan serta menyebarkan ajaran sekularisma di kalangan orang Melayu/Islam. Bukan DAP

i. UMNO yang memecat mufti Selangor selepas mufti Selangor menyokong tindakan yang dibenci Marina MAhathir. Bukan DAP

j. UMNO yang bertanggungjawab untuk peristiwa Memali. Bukan DAP.

k. Arak dan judi diizinkan dijual untuk keuntungan di Malaysia yang mempunyai Islam sebagai agama rasmi. Sedangkan di Norway, arak tidak diizinkan untuk dijual bagi tujuan meraih keuntungan dan Islam bukan agama rasmi Norway. Bukan DAP.

l. Selama UMNO memerintah MBSA, arak dijual sewenangnya di Shah Alam. Bukan DAP.

m. UMNO balachi kepada tokeh2 judi dan arak serta kabaret di Malaysia. Bukan DAP.

o. Menangkap, berbuat kacau, merampas masjid dan surau secara zalim dan angkuh. Bukan DAP.

p. UMNO gagal membangun ekonomi orang Melayu sehingga orang Melayu hanya mengawal 18% sahaja ekuiti negara. Bukan DAP

q. UMNO gagal membangun ekonomi orang Melayu sehingga 70% perbelanjaan Rancangan Malaysia ke Lapan pergi kepada syarikat2 bukan Melayu. Bukan DAP.

Dengan kata lain, apa bezanya UMNO berbanding DAP? Malahan UMNO lagi teruk kerana mereka mengaku Islam dan mereka mampu meracun pemikiran orang Islam untuk menghalalkan perkara yang haram.

dan banyak lagi contoh kalau saya nak bawa

Tujuan UMNO untuk Mengekalkan Sokongan

Mereka takut orang Melayu akan lari dari mereka. Jelas dari 2008, orang Melayu bandar majoriti menolak UMNO. UMNO sekarang ini berkubu di kampung-kampung di mana orang melayu masih mudah untuk ditipu kerana perjalanan maklumat yang perlahan.

Jadi, demi menyelamatkan UMNO dari hilang, mereka menggunakan alasan bahaya DAP untuk menghalang orang Melayu yang sudah makin meluat dengan UMNO itu.

Ertinya, majoriti sokongan kepada UMNO sekarang ini bukan sebab orang Melayu suka sangat kepada UMNO tetapi takut akan "bahaya DAP" yang diada-adakan oleh UMNO ini.

Ini peluang PR untuk menjatuhkan UMNO kerana alasan "bahaya DAP" ini alasan yang tidak kukuh dan lemah.

Saya terkejut kerana ada blogger bernama Mahaguru 58 yang termakan dengan cerita-cerita dongeng UMNO berkenaan dengan DAP ini.

Orang pandai pun boleh kena tipu. Yang bestnya, Mahaguru58 ni telah sampai ke tahap mendoakan Tok Guru Nikergabung Aziz supaya mati cepat kerana TGNA tidak bersetuju untuk bergabung dengan UMNO.

Padahal dia sendiri tak sedar dia kena tipu hidup-hidup. Dia marah kes arak di Selangor, tapi dia sikit pun tak marah UMNO keluar lesen arak dgn judi. Kes Najib lulus 10 lesen special draw yang baru, langsung dia tak komen.

MW
22/08/09

No comments: