Banyak kelemahan dan kepincangan dalam umno ditutup atau diselimuti dengan kenyataan2 indah daripada pemimpinnya. ini sama sekali salah dan tidak akan membantu memulihkan parti.
Saya sudah lebiih 30 tahun menjadi ahli umno di selangor dan saya berani berkata bahawa mereka yang memegang jawatan daripada peringkat ketua bahagian hingga ke ketua perhubungan negeri sebenarnya hanya mementingkan diri sendiri dan suku-sakat mereka.
Ahli bawahan hanya dijadikan alat untuk meraih undi dan sokongan setiap kali pemilihan peringkat parti diadakan. mereka ini boleh dikatakan kaya semuanya. yang menjadi ketua bahagian akan cepat kaya dalam tempoh tidak sampai setahun. daripada memandu kereta proton, mereka akan membeli bmw selepas menjadi ketua bahagian.
Ketua bahagianlah yang banyak memberi masalah kepada rakyat. mereka menganggap diri sebagai setaraf dengan ketua menteri atau menteri besar. malah ada yang berlagak lebih besar daripada ketua perhubungan negeri.
Penyakit berpuak-puak sebenarnya berlaku kerana kepentingana peribadi. mereka yang memegang jawatan parti sekarang sebenarnya ingin memburu kekayaan dengan cepat, takut2 kalau jawatan itu terlepas ke tangan orang lain pada pemilihan akan datang. sepenggal sudah cukup untuk mengaut untung kerana kebanyakan projek kerajaan atau negeri disalurkan melalui ketua bahagian.
Mengenai ketua bahagian yang membina empayar politik, ini memang benar tetapi tidak dipedulikan oleh pucuk kepimpinan. mana2 ahli yang berani menghalang hasrat pembinaan empayar ini akan disisihkan oleh ketua cawangan atau ketua bahagian atau oleh orang2 mereka.
Amat sedih melihat keadaan umno hari ini. oleh kerana mereka yang memegang jawatan tertinggi dalam umno adalah keturunan orang yang memang sudah kaya, mereka tidak merasai pahit getir ahli biasa dan oleh itu kurang mengambil tahu masalah mereka.
23/10/10

No comments:
Post a Comment